Alhamdulillah.. Sebaik selesai sahaja majlis penutup seminar penulisan anjuran PTS, umi dan dua sahabat (Siti Hajar dan Murni) terus memecut pulang ke utara tanah air. Subhanallah, pengisian yang mantap, padat dan penuh bersemangat dikendalikan oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak dan Tuan Zamri Mohamad. 2 orang jurulatih berpengalaman
dalam dunia penerbitan dan penulisan buku. Seminar kali ini disertai oleh peserta pelbagai latar belakang. Ada daripada kalangan guru, editor, usahawan, pengarang dan mahasiswa. Gabungan peserta daripada latar belakang pelbagai menjadikan seminar ini lebih berprestij. Yang bestnya, umi berkenalan dengan Sis Husna Hasan, pen editor majalah Telaga Biru. Juga berpeluang jumpa dengan cik Zabrina Abu Bakar, pengarang buku Life Is An Open Secret. Karyanya p
ernah beberapa kali menduduki cara buku bestseller MPH. Sehari bersama sahabat2 di seminar ini, umi merasakan diri sangat kerdil dan bertuah kerana menemui ramai individu hebat di bidang penulisan. Subhanallah! Info lanjut mengenai program ini boleh dilawati di www.akademipenulis.com. InsyaAllah.Umi: Semarak semangat untuk menyiapkan buku fiksyen terbaru umi 'Bicara Tentang Cinta".
No comments:
Post a Comment