" Hmm kami nak tolong apa ni.. " umi menyapa ustz solehah
"Oh! tolong ikat satey ni.. " ramah dia menjawab.
Lalu kami, pakat ramai-ramai bergotong-royong, sambil bekerja beramah mesra
Ditambah seri"umi sihat ?" ramai pula yang bertanya tentang 'sakit' umi. Maklumlah selepas operasi pembedahan awal tahun, ini antara majlis pertemuan yang umi hadir. "Alhamdulillah.... semakin pulih!"
Majlis ini dihadiri semua peringkat staf, dari pengetua hingga ke guard. Jika biasa melibatkan keluarga guru, malam ni lebih ramai. MasyaAllah. Semoga keluarga besar ini semakin diberkati. Majlis ini diserikan lagi dengan tayangan perdana 'Movie the Geng" . Wah! anak-anak umi hanya berbekalkan satey, ais kerim duduk mengadap LCD kat pentas. Sebaik tayangan bermula, anak-anak ini membatu tidak bergerak, ada yang ais krim cair di tangan, penangan hebat 'upin ipin and the geng' - sehingga jam 11.00, tika kami berangkat pulang, masih ada yang berkemas ruang dan tempat. Tahniah kepada pihak penganjur terutama Ust Yahaya (pengetua SMKAB) dan semua yang terlibat menjayakan program perdana ini. Tahun depan boleh buat lagi!
No comments:
Post a Comment