Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Oct 1, 2009

Inzar Allah Kembali lagi


Padang, Sumatera Indonesia: Gempa bumi sekuat 7.6 magnitud disusuli gegaran ke2 sekuat 6.8 magnitud dalam tempoh kurang 24 jam ketika penyelamat bertungkus-lumus mengesan dan cuba mengeluarkan mangsa terperangkap di bawah runtuhan bangunan. Terkini, jumlah kematian akibat gempa bumi sekuat 7.6 magnitud kelmarin dijangka meningkat apabila anggota penyelamat mengalihkan runtuhan bangunan di bandar padat dengan penduduk itu. Gegaran ke-2 merosakkan ratusan bangunan dan memutuskan rangkaian komunikasi di beberapa kawasan. Pusat Krisis Kementerian Hal Ehwal Sosial mengesahkan, 770 orang maut dan 440 cedera parah, tetapi ketua agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, John Holmes, berkata sekurang-kurangnya 1,100 terbunuh. Daripada jumlah itu, lebih 400 terbunuh di Padang, manakala selebihnya di empat kawasan berhampiran. Ketua pusat itu, Rustam Pakaya, berkata beribu-ribu lagi dipercayai masih terperangkap. Di Filipina pula dilanda ribu taufan Ketsana. Jutaan penduduk kini bergelut mengatasi kesan akibat Taufan Ketsana yang hingga kini mengorbankan hampir 400 nyawa sepanjang laluannya di Asia Tenggara. Pihak berkuasa Vietnam mengesahkan 101 kematian dan 18 yang lain masih hilang selepas Ketsana melanda negara itu Selasa lalu. Tiupan angin dan banjir menyebabkan 1.4 juta warga Vietnam hilang tempat tinggal selepas 350,000 rumah sama ada rosak atau ditenggelami air.Di Kemboja, 11 orang terbunuh manakala 277 orang disahkan terkorban di Filipina. Jabatan Kaji Cuaca Thailand turut memberi amaran kemungkinan berlakunya banjir kilat di 17 wilayah di timur laut negara itu dan tentera kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Umi: Peringatan Allah tiba lagi dengan penuh kehebatan kuasa-Nya, namun umat Islam di Malaysia masih leka dengan segala keindahan dan hiburan duniawi. Kupohon Ya Rabbi, titipkanlah sedaran iman dan hidayah di jiwa anak-anak remajaku hari ini agar mereka sentiasa bergantung dengan rahmat dan inayahmu. Ya Allah... peliharalah kami dari segala bencana dan bala-Mu.



No comments:

zwani.com myspace graphic comments