Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Oct 22, 2009

Kem Jejak Qiadi Rabbani - Alhamdulillah!

- wajah ceria biar bermandi peluh ketika jungle tracking -

Alhamdulillah, jam 12 tengahari.. Kem Jejak Qiadi Rabbani (Anjuran Badan Pengawas SMKB) sampai ke puncak acaranya. Guru-guru pengiring memastikan semua peserta cukup sebelum bas bertolak. Anak-anak pengawas yang bakal memegang amanah tahun 2010 pulang dgn seribu harapan dan semangat. InsyaAllah.. Thanks alot untuk anak-anak MT Pengawas 2009, Rozali, Sulhi, Ja, Adilah dan An (sangat terharu dgn pengorbanan kalian). Tahniah kepada guru-guru yang bertugas (hanya Allah yang membalas harga komitmen) - Ust Puad, setia dari mula hingga akhir. Cg. Rozman selaku Kem Komandan, dibantu erat Cg Murni dan Cg Hizam..Ustz Khadijah dan Ustz Afifah, subhanallah..Terimakasih! Di sini, kukenal erti kasih-sayang, pengorbanan dan kekuatan. Kubina kekuatan diri di celah kehebatan insan yang kudalami hati mereka. Tabah dan perkasa! Ya Allah.. semoga kekuatan semangat dakwah Ust Hazriq, Ust Sahudin, Ust Wahab terus kekal membina remaja berwawasan. Guru-guru pengawas SMKB, terimakasih Cg Roendah, Cg. Rihta, Cg Shimah, Ustz Wan Asmah.. dan banyak lagi nama yang tak terhitung jasanya. Budi kaunselor, Cg. Zoyah dan Cg Yushaila.. mantap tarbiah bina Quwwah Insaniah.. Terasa kerdil dalam perjuangan suci. Semoga Allah pertingkatkan diri meneruskan hidup di alam fana ini, semoga Allah sentiasa hidupkan hati ini agar subur terus menyumbang sedaya yang mampu. Ya Allah..

Umi: Terimbau kenangan bermain mesra di bawah air terjun. Di sana kasih tercipta!

1 comment:

Anonymous said...

huhu
salam umi,,
best ayat2 umi..
mantap..
enjoy bila dibca..