Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Apr 28, 2010

Berat sama dipikul

Bersama sebahagian anak2 umnfl's group yang hadir membantu

Bekerja keras membasuh di laman rumah baru
Jiran umi yang penyayang dan prihatin

Salam maya, hari ni masuk hari ke-3, umi bersama sebahagian anak2 umnfls group gotong-royong kemas, mengecat rumah baru (Taman Desa Chempaka, Mukim Pulai) Hmm... seronok tengok rumah dah siap bercat.. hari ni ada sedikit lagi ruang untuk disempurnakan. Kata orang.. "touch up".. Pandai juga anak2 gadis umi ni mengecat, cantik dan kemas! Mulanya.. nak panggil anak2 pelajar lelaki.. Bertangguh2 sampai 2-3 bulan. Bila umi buat iklan je, ramailah yang menyahut menghulurkan bantuan dan kesanggupan membantu. Hari pertama, jiran umi.. Kak Ros mengusung segala mop, penyapu dan pencuci, hari ke-2.. kami pinjam gelas dari rumah jiran lain pulak. Fuh! Baiknyer jiran2 baru umi.. layak ke umi jadi jiran mereka pula ? Apapun, hasil pemerhatian 2 hari, kerja anak2 umi ni... mereka sememangnya mantap. Hanya Allah yang membalas jasa kalian.. Wanita tetap hebat! - Thanks ummul, wani, shud, adibah, ftimah, jawariah, izni, aini, izzati.. Love all!

Apr 26, 2010

Bila hati mula berbisik

Salam dari kejauhan... berpagi lagi, umi dikejutkan dgn panggilan seorang anak pelajar..
" Umi ! ada student pengsan.. "
Bergegas umi mengikut langkah laju anak itu. Kebetulan, ada ukht Norison (Guru bertugas) dan pengetua. Alhamdulillah...
"Aisyah rupanya... " umi gosok kepala pelajar, baca doa penenang. Mudah2an.. Matanya sedikit terbuka, muka benar2 pucat, lesu. "Sakit ni... "
Aisyah dibawa ke hospital Baling ditemani dua sahabat sehati sejiwa.
Kemudian, umi disapa Pn Zoyah (Kaunselor) - "Jom! Kita suntik vaksin H1N1.."
"Hmm... " berkerut dahi umi.. Allah, baru je keluar hospital, barangkali terlalu mangli dengan kalimah 'suntikan' - naik pening mendengarnya. Tapi H1N1 menarik perhatian..
"Jom !" seorang sahabat, Cg Azah semangat menyambut pelawaan.
"Jab... umi call suami.. minta izin.. " umi terus menghubungi suami..
"Umi ok ke? Abi tak kisah... apa2 yang terbaik untuk umi, abi izinkan.. " tenang saja suaranya.
"Fuh!... iye ke ni? " umi pula 'taraddud'... Ya Allah... tolong..
Akhirnya... umi pergi jua dengan tiga lagi sahabat (Cg Zoyah, Cg Faridah dan Cg Azah)
Alhamdulillah.... Semoga Allah memelihara..

Apr 23, 2010

Mengapa tidak bahagia ?

Assalamualaikum semua.. hati sering bertanya, mengapa sukar mendapat bahagia? Mengapa sering tidak menghargai nikmat anugerah-Nya. "Why... me? " sering pertanyaan itu muncul dari bibir mongel anak2 umi. "Nape kami pulak yang kena... ini tak adil!" Mudahnya kita menghukum Allah tidak adil sedangkan Allah Maha Penyayang. Umi teringat senikata lagu nasyid ini..
"Bahagia itu ada di jiwa.. mahkota di singgahsana rasa.. bahagia itu adalah satu kedamaian.."
Sesungguhnya rasa bahagia itu hinggap pada jiwa yang sentiasa redha, pasrah dan tenang. Sukar untuk mempunyai jiwa yang sedemikian, bukan? Hmmm.... sukar, sangat sukar! Hanya kanak2 lebih mengerti erti kepuasan dan kebahagian sebenar... kerana belum ada palitan noda dan amanah...

Apr 19, 2010

Andaiku tahu


Assalamualaikum... Shobahulkhair. Hari ni, masih bercuti, then umi perlu ke Hospital Pantai, SP bertemu Dr Lim (follow up). Doa kat Allah, segalanya semakin pulih, InsyaAllah. Semuanya ini adalah kehendak-Nya jua berkat doa semua yang tersayang. Sesungguhnya hidup adalah perjuangan. Samada kita menang @ kalah. Winner @ loser. Perjuangan kita tiada had hingga titis air peluh yang terakhir. Benarlah kata orang, untuk berjuang, perlu ada 'team' - tak kisah 'team' itu dalam bentuk sahabat (usrah, geng) atau lebih bagus lagi our own family.. yang menjadi tulang belakang keteguhan perjuangan kita. Umi bersyukur, ada umnfl's family ... umnfl's group... umnfl's friends - dan pastinya UMFL RESOURCES yg berperanan merealisasikan matlamat dakwah dan tarbiah. Siapalah insan kerdil ini tanpa kalian... usah mendabik nilai ke'aku'an kerana itu tanda riak. Sentiasalah tunduk menyentuh tanah supaya nilai 'kerdil diri' mengawasi nada riak dan angkuh manusia. Tanpa sedar terkadang.. kita sering meragui kuasa-Nya. Sebenarnya kebimbangan kita pada takdir esok hari juga petanda keraguan. Justeru, marilah bersama umi, tingkatkan usaha dakwah dan wacana perjuangan sehingga ke titis peluh yang terakhir.. ada sahabat yang menziarah berpesan;
"Maudah... berehatlah. Banyak sangat buat program, ceramah.. study lagi "
Umi berterimakasih kepada semua yang meminta umi 'berehat'.. Barangkali erti 'rehat' yang sebenar pada umi - bila terhenti denyut nadi dan degup jantung - kerana ujian sakit kali ini membuatkan umi lebih teruja berjuang tarbiah kerana bimbang ... masih banyakkan baki masa yang Allah anugerahkan untuk umi? Masih sempatkan umi menyampaikan segala resah yang tersirat? Sedangkan di luar sana... masih ramai yang 'memerlukan'... Allahu Ya Rahman, Ya Rahim.. anugerahkanlah 'kekuatan' ini.

Apr 14, 2010

Setiap musibah ada hikmahnya... Ya Rahim...

umnfl's family - tersayang -

Assalamualaikum semua, apa khabar? Semoga succes.. maaf, umi sekeluarga diuji lagi. Tanggal 11 April terlakar lagi, satu kisah sadis, mencabar dan menguji keimanan. Umi tiba2 sesak nafas, dikejarkan ke Hospital Pantai. Ya Allah.. seakan tercabut nyawa. Sangka umi... telah tiba 'masa'nya. Tika umi memegang erat tangan suami dalam perjalanan ke hospital, mohon dihalalkan dosa isteri yang sering tersasar dari norma taat dan akurnya Aisyah ra. Mengenangkan terlalu banyak hajat, tanggungjawab, amanah yang belum terlaksana, umi jadi sebak sekali. Ya Allah... berilah peluang untukku lagi.. kerana kutahu rahman, rahimMu teramat lebar hamba se-asi diriku. Tika tiba di ruang emergency, umi terus dimasukkan ke wad ICU. Subhanallah.. bergelut nyawa dengan alat bantuan pernafasan, memory tahun lepas terimbau. Ya Allah.. hanya pada-Nya, umi serahkan nasib diri. Semalaman di dalam ICU, umi menyempurnakan segala zikir kifarah, selawat syifa dengan penuh kehambaan.. Ampunkanlah Tuhan, hamba-Mu banyak teralpa.. terbayang setiap wajah yang tersayang.. suami, anak2.. pelajar2, sahabat2... Ya Rabbi.. Alhamdulillah.. Allah masih tebarkan sayangNya. Umi dikeluarkan dari ICU jam 9 malam, 12 April. Kini kembali ke teratak naufal.. menyentuh keyboard net-top yang dirindu. Bercuti 10 hari... InsyaAllah. Terimaksih setulus cinta buat suamiku... jua buat anakku, anis... atas kesudian bersengkang mata menjaga, membina jiwa yang lemah ini. Atas 'kasih sayang da cinta ini.." hanya Allah yang mampu membalasnya.. Ya Rahman, Ya Rahim... Allahu Ya Karim..

Apr 9, 2010

Kenangan Shoutul Imtiyaz

Assalamualaikum semua, sesekali mengimbau saat2 gemilang ketika Shoutul Imtiyaz mula mengorak langkah sebagai satu kumpulan nasyid di SMKB - Tika adanya suara2 emas anak2 putera SMKB, ramainya puteri2 yang teruja dengan alunan dan gaya persembahan mereka.. MasyaAllah.. satu anugerah. Rindu dengan gelagat dan kesungguhan mereka ketika berlatih dan membuat persembahan. Paling terkesan ialah persembahan di Mesyuarat Agung PIBG , tika dialunkan nasyid 'Pertemuan' dan 'Selawat Burdah'. Ke mana agaknya menghilang anak2 SI ..?

Apr 7, 2010

Indahnya hidup bersyariat

Salam sejahtera ke atas semua. Bertatih menyempurnakan tugasan selaku jurulatih nasyid, umi terasa kerdil di kalangan kehebatan pakar2 nasyid daerah Baling/sik. Subhanallah! Mujurlah ada kekhilafan dalam lagu dan suara, maka berjaya anak-anak umi menempatkan diri di angka 4. Alhamdulillah.. Tahniah kepada pasukan dari Sik, Johan - SABK Irsyadiyah, Naib Johan - SMKA Sik, ke-3, tuan rumah - SMKA Baling. Syukurlah... Kesungguhan kalian (anak-anak Shoutul Imtiyaz) telah Allah anugerahkan dengan no-4, hebat tu!

Sebenarnya, ada isu yang ingin umi bangkitkan.. perlukah wanita kini berpurdah? Umi didampingi dua sahabat karib (berpurdah), di sebalik kagum dengan keperibadian, kesungguhan.. umi tertarik mencari bahan dan hukum. Maka ditemui hujah ini.. semoga boleh menjawab beberapa persoalan di minda anak2 terutama SMKB yang sering bertanyakan soal ini.. selamat mendalami ilmu:

Syeikh Yusof al-Qardhawi mentarjihkan pandangan yang mengatakan wanita Islam wajib menutup seluruh badannya kecuali muka dan tapak tangan.Inilah pandangan jumhur ulama semenjak zaman sahabat r.a. Syeikh Abdul Sattar Fathullah Said, (seorang prof di Universiti al-Azhar) yang merupakan seorang ulama dalam gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir juga mempunyai pandangan yang sama. Syeikh Abdul Sattar berpendapat hijab diwajibkan ke atas wanita Islam dan memakai purdah adalah fadhilah bukan wajib. Adalah tersasar pandangan yang mengatakan berpurdah merupakan satu bida’ah dalam agama.

Syeikh Yusuf al-Qaradhawi menyatakan pandangan dalam katanya:

وأفضل للمسلمة المشتغلة بالدعوة:ألا تنتقب؛ حتى لا تضع حاجزًا بينها
وبين سائر المسلمات، ومصلحة الدعوة هنا أهم من الأخذ بما تراه أحوط

Maksudnya: Dan adalah afdhal bagi wanita muslimah yang terlibat dengan aktiviti dakwah bahawa dia tidak memakai purdah (niqab) kerana (dengan memakai purdah) boleh menjadi penghalang antara dia dengan wanita-wanita Islam yang lain. Maslahah (kepentingan) dakwah adalah lebih utama di sini daripada mengambil pandangan yang dilihatnya lebih berhati-hati.

Semoga Allah swt mengurniakan keberkatanNya untuk kita semua.

Apr 1, 2010

Budaya luar dah jadi budaya kita

- adik pun penat fikir masalah ummah -

Salam... hi! Tika ini barangkali ramai kaum ibu telah lena kerana anak-anak chomel telah mula berdengkur.. Fuh! lega... Namun umi tahu, time ni juga la, anak2 umi di IPT ramai yang sedang bergelut dengan assigment yang tak pernah habis, ada yang masih bersama 'teman' di warong mamak @ cybercafe @ di mana lokasi yang sesuai. Pastinya ada juga yang masih terkinja di kelab malam bersama teman2 sehati sejiwa.. begitulah budaya anak muda kini. Inilah yang dikatakan budaya barat yang mula dianggap 'budaya kita', yang menentang @ membantah dikelaskan sebagai 'tak update'.. Allahu akbar! penat fikir, penat lihat... sangat penat! Ya Allah...