Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Apr 14, 2010

Setiap musibah ada hikmahnya... Ya Rahim...

umnfl's family - tersayang -

Assalamualaikum semua, apa khabar? Semoga succes.. maaf, umi sekeluarga diuji lagi. Tanggal 11 April terlakar lagi, satu kisah sadis, mencabar dan menguji keimanan. Umi tiba2 sesak nafas, dikejarkan ke Hospital Pantai. Ya Allah.. seakan tercabut nyawa. Sangka umi... telah tiba 'masa'nya. Tika umi memegang erat tangan suami dalam perjalanan ke hospital, mohon dihalalkan dosa isteri yang sering tersasar dari norma taat dan akurnya Aisyah ra. Mengenangkan terlalu banyak hajat, tanggungjawab, amanah yang belum terlaksana, umi jadi sebak sekali. Ya Allah... berilah peluang untukku lagi.. kerana kutahu rahman, rahimMu teramat lebar hamba se-asi diriku. Tika tiba di ruang emergency, umi terus dimasukkan ke wad ICU. Subhanallah.. bergelut nyawa dengan alat bantuan pernafasan, memory tahun lepas terimbau. Ya Allah.. hanya pada-Nya, umi serahkan nasib diri. Semalaman di dalam ICU, umi menyempurnakan segala zikir kifarah, selawat syifa dengan penuh kehambaan.. Ampunkanlah Tuhan, hamba-Mu banyak teralpa.. terbayang setiap wajah yang tersayang.. suami, anak2.. pelajar2, sahabat2... Ya Rabbi.. Alhamdulillah.. Allah masih tebarkan sayangNya. Umi dikeluarkan dari ICU jam 9 malam, 12 April. Kini kembali ke teratak naufal.. menyentuh keyboard net-top yang dirindu. Bercuti 10 hari... InsyaAllah. Terimaksih setulus cinta buat suamiku... jua buat anakku, anis... atas kesudian bersengkang mata menjaga, membina jiwa yang lemah ini. Atas 'kasih sayang da cinta ini.." hanya Allah yang mampu membalasnya.. Ya Rahman, Ya Rahim... Allahu Ya Karim..

2 comments:

smile_gurlz said...

semoga ummi dipanjangkan umur dan diberi kesempatan utk melunaskan segala tanggungjwb dgn cemerlangnya..
moga rahmat-Nya sentias mengiringi gerak langkah ummi...amin.

Along said...

Salam,.. Umi,. baru tahu umi x sihat bila baca blog ni hari ni... Umi,.. sentiasa tersenyum dalam ujian... Moga umi cepat sihat... Sayang umi...