Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Apr 7, 2010

Indahnya hidup bersyariat

Salam sejahtera ke atas semua. Bertatih menyempurnakan tugasan selaku jurulatih nasyid, umi terasa kerdil di kalangan kehebatan pakar2 nasyid daerah Baling/sik. Subhanallah! Mujurlah ada kekhilafan dalam lagu dan suara, maka berjaya anak-anak umi menempatkan diri di angka 4. Alhamdulillah.. Tahniah kepada pasukan dari Sik, Johan - SABK Irsyadiyah, Naib Johan - SMKA Sik, ke-3, tuan rumah - SMKA Baling. Syukurlah... Kesungguhan kalian (anak-anak Shoutul Imtiyaz) telah Allah anugerahkan dengan no-4, hebat tu!

Sebenarnya, ada isu yang ingin umi bangkitkan.. perlukah wanita kini berpurdah? Umi didampingi dua sahabat karib (berpurdah), di sebalik kagum dengan keperibadian, kesungguhan.. umi tertarik mencari bahan dan hukum. Maka ditemui hujah ini.. semoga boleh menjawab beberapa persoalan di minda anak2 terutama SMKB yang sering bertanyakan soal ini.. selamat mendalami ilmu:

Syeikh Yusof al-Qardhawi mentarjihkan pandangan yang mengatakan wanita Islam wajib menutup seluruh badannya kecuali muka dan tapak tangan.Inilah pandangan jumhur ulama semenjak zaman sahabat r.a. Syeikh Abdul Sattar Fathullah Said, (seorang prof di Universiti al-Azhar) yang merupakan seorang ulama dalam gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir juga mempunyai pandangan yang sama. Syeikh Abdul Sattar berpendapat hijab diwajibkan ke atas wanita Islam dan memakai purdah adalah fadhilah bukan wajib. Adalah tersasar pandangan yang mengatakan berpurdah merupakan satu bida’ah dalam agama.

Syeikh Yusuf al-Qaradhawi menyatakan pandangan dalam katanya:

وأفضل للمسلمة المشتغلة بالدعوة:ألا تنتقب؛ حتى لا تضع حاجزًا بينها
وبين سائر المسلمات، ومصلحة الدعوة هنا أهم من الأخذ بما تراه أحوط

Maksudnya: Dan adalah afdhal bagi wanita muslimah yang terlibat dengan aktiviti dakwah bahawa dia tidak memakai purdah (niqab) kerana (dengan memakai purdah) boleh menjadi penghalang antara dia dengan wanita-wanita Islam yang lain. Maslahah (kepentingan) dakwah adalah lebih utama di sini daripada mengambil pandangan yang dilihatnya lebih berhati-hati.

Semoga Allah swt mengurniakan keberkatanNya untuk kita semua.

No comments: