Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Oct 17, 2009

Harga sebuah kejayaan

Salam. Sekadar berkongsi ,setiap hari, bila menghirup udara segar. Kita rasa cukup puas, bila melihat wajah dicermin, kita sibuk mencari di mana cacatnya. Jarangnya kita bersyukur.. Subhanallah! Indahnya anugerah wajah ini, nikmatnya udara segar yang membolehkan kita meneruskan hayat. Ya Allah.. betapa akulah hamba-Mu yang jarang bersyukur. Astaghfirullah. Semalam, umi mengikuti rombongan kelas 4AS, SMK Baling yang baru sahaja memenangi award kelas terbaik sepanjang 2009 ke Hotel Emerald Puteri SP. Girangnya mereka Subhanallah, ceria sepanjang perjalanan. Kami bertolak menaiki bas, jam 12 tghr, setibanya di Hotel disambut oleh penyambut tetamu, terus ke Tingkat 2, MasyaAllah! Banyaknya makanan.. Alhamdulillah, di sini tersimpul ikatan, antara sesama pelajar dan guru. Tahniah, cikgu Rihta, anak-anak pelajar 4AS. Semoga terus kekal utuh di tangga teratas. Umi doakan kalian sentiasa dalam inayah-Nya, terkawal prestasi akademik dan akhlak. InsyaAllah.
Umi: Terhibur dengan gelagat Amri - peserta ter'comel' rombongan.

No comments: