
Dec 31, 2009
2010 - Its time to change

Dec 27, 2009
Sudah 10 Muharam rupanya...

Dec 24, 2009
Syabas untuk semua yang berjaya!

Alhamdulillah, debaran menunggu result pmr telah berakhir - umi temui ana-anak yang bergenang airmata gembira, tidak kurang juga yang mengusap wajah sayu melihat keputusan yang tidak seberapa. Ada yang merayu bersua PK 1, Cg Malek untuk penempatan tingkatan 4 di SMKB. Kesian sungguh, apatah lagi budak lelaki yang 'macho' tika di tingkatan 3.. sedih nak tinggalkan kawan2. Sabarlah... barangkali ada nasib yang lebih beruntung di sekolah baru. SPM menanti, buktikan di sana! Umi temui beberapa wajah ibu tersenyum bangga dan puas, kejayaan anak yang di luar jangka.. Alhamdulillah. Sempat beramah mesra dengan seorang ibu..
Dec 23, 2009
Result PMR hari ini! Debaran bermula...

Salam.. keringat mengulangkaji selama 3 tahun, hasilnya dituai hari ni. Anak2 PMR pastinya menunggu slip penuh debaran. Pepun, jangan lupa solat dhuha sebelum mengambil result. Pahatkan buah tawakkal agar setiap kejayaan akan disyukuri, setiap kegagalan dijadikan pengajaran dan iktibar. Barangkali, bakal gugur air mata kesyukuran, kesedihan, kepiluan. Anak memeluk erat bahu ibu, ayah. Saat mereka menyeka air jernih yang gugur tanpa kawal adalah impak ikhlasnya ibu ayah mendidik, mengharapkan cemerlang anak. Selepas mendapat keputusan, hasil bijak mengatur pula destinasi - tempat menyambung belajar yang seterusnya - masih di sekolah yang sama @ beralih angin ke daerah baru.. Segalanya bergantung pada keputusan hari ini. Anak2 yang dikasihi, barangkali ini juga peluang mencari program2 yang boleh membina diri, merangsang bijak mewarnai kehidupan gemilang akan datang.. Syabas! bagi yang mencapai 'target', usaha lagi untuk anak2 yang diuji dengan keputusan.. Pasrah dan redha, ubat ketenangan! Tabah - kejayaan membawa kepujian melampau yang terkadang mendorong jiwa angkuh pada nikmatnya Tuhan, ujian pula satu terapi untuk kita sedar siapa kita di sisi Tuhan yang Maha Kuasa. Subhanallah!
Seminar Terbaru UMFL RESOURCES

Dec 20, 2009
Pesan buat anakku
Dec 18, 2009
Koreksi Awal Muharam

Keringat yang dihargai
Dec 17, 2009
Tips Pemakanan Ikut Sunnah
Menurut petikan ayat daripada bahan bacaan yang pernah saya baca. Rasullulah S.A.W tidak pernah sakit perut disebabkan menjaga aturan permakanan beliau. Antara aturan pemakanan Baginda ialah;
1. Jangan makan Susu + Daging
2. Jangan makan Daging + Ikan
3. Jangan makan Ikan + Susu
4. Jangan makan Ayam + Susu
5. Jangan makan Ikan + Telur
6. Jangan makan Ikan + Daun Salad
7. Jangan makan Susu + Cuka
8. Jangan makan buah + susu ; cth : Koktel
9. Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah dulu baru makan nasi.
10.Jangan sesekali tinggal makan malam. Sesiapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan berganda. Tidur satu jam selepas makan tengahari.
Nampak memang agak pelik tapi untuk mengetahui kenalah mengamalkannya. Dalam kitab juga ada melarang kita memakan makanan laut bercampur dengan makanan darat.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam, dikuatri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh Saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan biokimia yang terhasil yang boleh merosakan usus kita.
Info dipetik daripada www.mymesra.com.my
Program Bijak Belajar SMKB/PPD Baling
Cerita Tentang Cinta Serikandi
Di mana kita di akhir 1430H...
Nov 24, 2009
Cerita tentang Sridah - hebatnya sahabatku..
Nov 23, 2009
Berkongsi ceria orang berjaya
Pendidikan Islam - sekadar ramalan biasa

Nov 21, 2009
Manfaatkan cuti sekolah untuk anak-anak tersayang
Nov 19, 2009
Berakhirnya satu debaran..
Nov 18, 2009
"Exam Fever" Aduhai, anak....
Nov 13, 2009
Dalam kelemahan wanita .. di situ ada kekuatan.
Nov 12, 2009
Seketika hati terusik merindui-Nya
Nov 7, 2009
Kem Serikandi Bestari

Alhamdulillah, mengumpul tekad dan kekuatan. Akhirnya kem motivasi sulung UMFL RESOURCES dapat diusahakan juga , memenuhi dan keperluan ummah. Dengan kerjasama sahabat-sahabat guru yang banyak mendorong.. terimakasih Cg Roendah, Cg Murni atas sokongan yang tidak pernah luntur. Sehingga diwar-warkan program ni, mendapat sambutan yang menggalakkan. Sebaik umi bersuara di kalangan sahabat guru.. ada beberapa nama terisi dalam senarai booking, Alhamdulillah.. semoga matlamat suci disempurnakan dan dipermudahkan. InsyaAllah. Terimakasih juga buat anak-anak di luar sana yang sudi menghulur bantuan sebagai ajk dan fasi. Justeru, umi ingin mengajak sesiapa yang berminat silalah bersama dengan kami di Kem Keda Bendang Man, Sik. Ayuh! sama-sama kita membentuk puteri solehah di tengah kekalutan akhir zaman.
Ihtifal Tadika Mawaddah - Syabas!
Salam, 24 jam: peruntukan masa anugerah amanat ilahi barangkali tidak cukup untuk melakukan segala tugas, menceduh segala ilmu, menyempurnakan semua kehendak. Ya Allah.. berikan kekuatan untuk menyempurnakan hajat. Kekangan masa di hujung minggu, sepagi di sekolah. Baru berpeluang membuka blog, mengisi ruang. Semalam, umi dijemput menyampaikan hadiah sempena Ihtifal Tadika Mawaddah. Subhanallah, hebatnya anak-anak kecil mempersembahkan kebolehan masing-masing. Teruja dan kagum dengan keupayaan guru-guru Tadika. Syukran atas kesabaran kalian, membentuk dan mentarbiah. Anak bongsu umi turut menyertai acara pakaian beragam - cute dengan jubah dan iqal - mudah-mudahan membesar seredup raut wajahnya.
Nov 6, 2009
Mengapa menangis ?
Lahirnya manusia bermula dengan tangisan. Tangisan itu juga menggembirakan orang keliling mereka. Tidak pernah pula ibu bapa bayi itu menangis melihat anak mereka menangis. Tidak juga mereka berasa bersalah bila merasa gembira melihat satu tangisan. Demikian tangisan bayi itu amat diperlukan sebagai bukti normal dan selamat nyawanya. Alhamdulillah. Bila kita mula meniti usia dewasa, tangisan kerap dikaitkan dengan kekecewaan. Ianya bagai satu kemestian pula. Terkadang menjadi satu luahan. Dalam keriuhan dan diam ada tangisnya. Diam atau meriuhkan keadaan tangisan adalah kemestian. Kita akan menangisi kegagalan kita. Malah air mata juga gugur bila kita gembira. Tangisan adalah satu suara hati manusia, justeru tidak adil jika tangisan itu hanya dikaitkan dengan sifat kewanitaan. Manusia yang mengadap Ilahi setelah perlakuan dosa besar yang dilakukanakan menangis, tangisan yang amat pahit tetapi diterima dengan kurniaan manis dari Allah. Bagaimana Allah begitu penyayang menerima tangisan ummah yang pernah mengkhianati jalanNya. Maka itu Allah melahirkan manusia dengan anugerah satu tangisan dalam diri mereka. Manusia yang ego pula kerap merasa malu untuk menangisi kekesalan mereka. Bagi manusia, menangis ini satu kelemahan. Benarkah?Tangisan adalah perlambangan kesedihan dan kegembiraan. Manusia menangis bila putus asa. Manusia menangis bila beroleh kemenangan dan kejayaan. Dan dalam kesedihan, tangisan meluahkan kepuasan. Kepuasan ini melahirkan satu gerak untuk bertindak ke arah tidak akan sedih lagi. Sedar atau tidak tangisan membawa manusia memotivasikan diri. Bergerak untuk tidak menangis untuk satu kekecewaan dan berubah ke arah menangis untuk satu kemenangan. Manusia selalu mengingkari kebenaran kenikmatan satu tangisan. Cubalah menangisi sesuatu dengan sesungguh hati. Dan rasakan nikmatnya! Demi Allah, Maha Kaya Allah telah mencipta titis-titis air mata dengan begitu suci dan jernih bagai aliran sungai menyucikan kotoran pada satu permukaan. Dalam suasana taubat, manusia menangisi perbuatannya dengan satu keyakinan bahawa Allah Maha pengampun dan penyayang dengan air mata sebagai perantaraan dan bukti kekesalan ini. Sebaliknya manusia yang menyalahgunakan ciptaan Allah yang satu ini untuk tujuan yang tidak seharusnya, perlulah mereka sedar dan menyesalinya. Air mata bukan untuk menangisi satu kematian. Maka itu Allah menjanjikan hukum-hukum tertentu untuk perkara begini. Tangisan untuk satu pemergian adalah satu kerugian.Dalam setiap tangisan, tersembunyi satu luahan naluri yang cukup simbolik. Melalui tangisan manusia bagai dapat menyampaikan apa yang terbuku seakan meluahkannya melalui percakapan, perlakuan dan ada perantaraan. Walhal ianya berlaku hanya dalam diri, diri si menangis! Pernahkah manusia benar-benar terfikir untuk apa dan mengapa mereka menangis? Dan pernahkah manusia benar-benar merasai nikmatnya? Buanglah tanggapan tangisan itu hanya melambangkan kelembutan dan hanya bagi mereka yang lemah perlu menangis. Ego yang tinggi dapat ditewaskan dengan satu tangisan yang benar-benar tangisan! Oleh itu menangislah... kerana ia rawatan untuk segala 'duka'mu..
umi: tersentuh melihat 'tangisan' Adam (Hero cerita 'NurKasih') sebentar tadi tatkala berpisah dengan isteri tercinta. Geram pulak... tengah2 suspen.. tiba2 tiba catatan.. "Bersambung.. " Waduh! Ini kali pertama umi menonton cerita drama pilihan anak-anak pelajar dari awal hingga akhir. Menarik gak!
Nov 3, 2009
Rahsia cinta dan kasih sayang
staz. " Hmm.. tak dok makna ni.. " dikerah ilmu bahasanya , ustaz gagal mencari pengertian nama. Bertanya arwah ayah ialah satu perkara yang amat sukar kerana arwah terkenal dengan 'garang' .. Suatu hari bertanya arwah ibu.." Tak tahu la... Cuba tanya ayah!" Fuh... umi gagahi juga bersemuka kerana rasa ingin tahu yang menggunung. "Polis tu silap catat, ayah suruh tulis mawardah tak pun mawaddah... time tu dia sakit perut, kawan dia tanya 'mu mau dak?.. dia jawab "Mau... dah". Hah! Nape tak dibetulkan? Arwah tersengeh.. Jarang dia sengeh macam tu. Lucu benar barangkali. "Dah caya ke? Umi mengangguk. arwah tak pernah bohong. Dia kan imam. "Cerita tu rekaan.. Memang nama mu ayah letak maudah". Justeru nama itu jadi misteri hingga ke hari kerana tidak ada makna. Boleh ditafsirkan dengan mawardah (bunga mawar) atau mawaddah (cinta) atau apa sahaja yang berkenan di hati. Tapi umi ada satu rasa yang lahir dari nama... kasih, sayang dan cinta. Kasih yang melata untuk siapa sahaja yang sudi menerima. Sayang yang sempurna untuk insan yang sentiasa membahagiakan hati. Cinta yang abadi, setia buat suami tersayang. Cinta nan agung buat DIA yang segalanya bagi umi. Telah jauh umi berjalan, dari timur ke selatan, terus ke seberang kemudian terdampar di Baling. Setiap laluan jalan, umi temui kasih, sayang dan cinta. Di setiap lorong hidup. umi temui insan yang teguh diuji dan rajin menguji, dalam lakaran hayat ini, umi belajar mengenal erti hidup adalah memberi. Tiap pemberian perlu ada mawaddah dan mahabbah agar ikhlasnya mengukuhkan tali ukhuwwah. Pemberian yang ikhlas harusnya tiada didamba pembalasan kerana itu bukan hak kita. Kuasa kita hanya memberi, selagi mana kudrat kita bisa memberi. Hanya Allah yang selayaknya menerima. Namun kasih Allah yang tidak pernah bertepi tetap menganugerahkan kita 'rasa memberi dan menerima' - kita lafazkan sayang dan cinta, dianugerahkan insan yang menyayangi dan mengasihi kita. Ya Allah, syukurku pada hari ni.. menerima anugerah cambah kasih dari teman seperjuangan. Allahu yubarik! Allahu Ya Rahman Ya Rahim.. Sesungguhnya kami amat mencintai-Mu! Titipkan sayang dan cinta kami ni ke hadrat-Mu agar ia subur dengan iman , disalut ikhlas, diwarnai mahabbah dan maghfirah-Mu. Terimakasih, Tuhan!Nov 1, 2009
Cerita tentang teman
Cinta dunia - Ibu segala kejahatan
Terimakasih Tuhan kerana sentiasa melindungi kami dari segala kejahatan ini. Sesungguhnya dunia ini sering menipu kami, kerana hati kami sering diturap dengan cinta pangkat, cinta kekayaan, cinta nama, cinta pujian, cinta glamour, cinta sanjungan, cinta banyaknya pengikut, cinta kuasa dan lain-lain lagi. Cinta dunia tu bukan hanya pada harta saja. Ia umum. Orang miskin pun dapat cinta dunia. Cinta pangkat, cinta nama lagi bahaya. Dari cinta dunia ini, akan melahirkan macam-macam kejahatan yang lain. Sebab itu dikatakan cinta dunia itu ibu segala kejahatan. Akan lahir sombong, hasad dengki, bakhil, tamak, jatuh menjatuhkan, benci membenci. Ya Allah jauhkanlah kami.Kalau sudah majoriti manusia begitu, dunia sudah menjadi neraka sebelum neraka. Tak ada kedamaian lagi, tak ada kasih sayang lagi. Akan lahir lagi penyakit lain pula iaitu cintakan diri. Maka ia tak akan fikirkan orang lain. Bahkan ada orang cinta diri sampai tidak pedulikan ibu bapa dan keluarga. Kalau dengan ibu apa, keluarga, anak isteri pun dah tak dipedulikan, dengan orang lain betapa lebih parah lagi. Malas bekerja dan belajar juga adalah cinta dunia . Mengapa malas? kerana ingin relax, yang mudah, dunianya nak minta-minta saja. Cinta dunialah itu. Biasanya ia tak fikir mak bapak, anak, isteri tak peduli. Hidupnya dengan meminta minta.Terfikirkah oleh kita cinta dunia itu cinta diri? Cinta dunialah itu. Kejutan jam 12 tengah malam
aru di akhbar online - ceritanya masih sama - So, kita hanya doakan yang terbaik untuk masyarakat Islam. Pasti ada hikmah yang tersembunyi, fahaman wahabi Dr Asri sebenarnya telah lama maklum.. Malah ketika beliau menjadi mufti Perlis,terlalu banyak isu pendapatnya yang bertentangan dengan pandangan ulama' lain malah sering dipertikaikan. Pada umi, Dr Asri merupakan ulama' yang 'berani' memberi pendapat selagi mana ia masih tidak lari dari dusturnya yang asal - InsyaAllah, kita tunggu dan lihat apa perkembangan seterusnya. Oct 31, 2009
Hikmah di sebalik musibah
Oct 30, 2009
Ada satu kisah cinta

Oct 26, 2009
Bila mawaddah bertamu
Oct 25, 2009
Antara jiwa dan hati
Salam alaik! Saat ini hati umi bergetar, memburu tenang dalam kekalutan, justeru jiwa mencari jalan tenang, justeru lahirlah persoalan ini - adakah jiwa mendidik hati @ hati mendidik jiwa? sukar bagi kita langsung memahami apa sebenarnya hakikat hati nurani atau qalb. Hati nurani itu apa ? Hati yang beku itu seperti apa dan hati yang terhijab bagaimana mekanismenya? Dalam Alquran sering disebut dengan orang yang hatinya sakit, hatinya membatu, hatinya yang buta… dan lainnya, hati yang manakah itu? Sebagian orang mudah sekali mengatakan bahwa apa yang terlintas dalam fikirannya saat itu bersumber dari hati nurani nya.
”Tidak ada dosanya jika kamu berbuat salah, kecuali jika hatimu menyengajanya.Dan Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Mengasihi” (QS 33:5).
Jika hati kita terluka, maka kita menjadi sakit. Jika ia mengalami kerusakan berat, maka kita pun meninggal dunia. Jika hati batiniah kita terjangkiti sifat-sifat buruk dari hawa nafsu kita, maka kita akan sakit secara spiritual. Jika hati tersebut secara keseluruhan didominasi oleh hawa nafsu, maka kehidupan spiritual kita pun akan mati. Hati jangan disalah artikan dengan emosi. Emosi, seperti amarah, rasa takut, dan keserakahan berasal dari hawa nafsu. Ketika menusia berbicara mengenai hasrat hati, mereka biasanya merujuk pada hasrat hawa nafsu. Hawa nafsu tertarik pada kenikmatan duniawi dan tidak peduli akan Tuhan; sedangkan hati tertarik kepada Tuhan dan hanya mencari kenikmatan di dalam Tuhan.
Bicara tentang hati dijelaskan dalam hadis berikut ”Sesungguhnya di dalam tubuh manusia terdapat segumpal daging. Jika ia sehat, maka seluruh tubuh pun akan sehat, jika ia sakit maka seluruh tubuh pun akan sakit. Itulah hati.”
Hati adalah sebuah kuil yang ditempatkan Tuhan di dalam diri setiap manusia; sebuah kuil untuk menampung percikan Ilahi di dalam diri kita. Dalam sebuah hadis qudsi terkenal, Allah berfirman, ”Aku, yang tak cukup ditampung oleh langit dan bumi, melainkan tertampung dalam hati seorang beriman yang tulus.” Kuil di dalam diri kita ini lebih berharga dari pada kuil tersuci sekalipun di muka bumi ini. Maka, jika kita melukai hati manusia lainnya dosanya lebih besar daripada merusak sebuah tempat suci di dunia ini.
Umi: Sentiasalah jaga hati.. agar dia menjadi makanan jiwa.

