Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Nov 7, 2009

Kem Serikandi Bestari


Alhamdulillah, mengumpul tekad dan kekuatan. Akhirnya kem motivasi sulung UMFL RESOURCES dapat diusahakan juga , memenuhi dan keperluan ummah. Dengan kerjasama sahabat-sahabat guru yang banyak mendorong.. terimakasih Cg Roendah, Cg Murni atas sokongan yang tidak pernah luntur. Sehingga diwar-warkan program ni, mendapat sambutan yang menggalakkan. Sebaik umi bersuara di kalangan sahabat guru.. ada beberapa nama terisi dalam senarai booking, Alhamdulillah.. semoga matlamat suci disempurnakan dan dipermudahkan. InsyaAllah. Terimakasih juga buat anak-anak di luar sana yang sudi menghulur bantuan sebagai ajk dan fasi. Justeru, umi ingin mengajak sesiapa yang berminat silalah bersama dengan kami di Kem Keda Bendang Man, Sik. Ayuh! sama-sama kita membentuk puteri solehah di tengah kekalutan akhir zaman.

1 comment:

Silir Senja said...

“Aku kembalikan angin senja indah yang melembutkan dahaga ku kemarin.. Aku lepaskan segala rasa yang sudah merasuki rusuk-rusuk jiwa ku sejenak.. Aku simpan sedikit harum senja yang membuka malam kala itu.. Aku biarkan angin senja kembali ke sana melanglang cakrawala.. kerana seruas rasa saja yang masih mengalir dalam jiwa ku sudah cukup untuk menggerakkan asa-asa kembali.. Aku biarkan angin bertiup menjadi irama irama senja.. dan akan aku ingat harum senja itu..kerana aku tahu DIA ada di situ”

salam umi.

saya ingin sekali membantu.tapi khuatir saya tak mampu.saya hanya bisa mengirimi adik2 'buah tangan kecil' ini sahaja.sampaikan salam saya buat adik2 nanti.

-nor azizah othman-

zwani.com myspace graphic comments