Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Oct 15, 2009

Malang tak berbau - Segalanya Tersurat

- Umi bersama sebahagian pelajar YKH -

Alhamdulillah, Umi baru sahaja selesai sesi ceramah Teknik Menjawab PSI bersama dengan anak-anak pelajar Yayasan Khairiah (YKH), - syukran kepada pengurusan YKH, terutama Ustaz Asyraf dan Anakanda Syatirah atas kerjasama dan bantuan.- ketika menerima panggilan dari ustaz Sham. MasyaAllah! Afiq kemalangan !. Lokasi, Kuala Pegang, menurun bukit 'Mardec', berhampiran rumah cg. Mie SMKAB. Afiq merupakan bekas pelajar SMKAB, giat dlm berpesatuan - sekarang mengikut pengajian nursing tajaan Sime Darby di Subang Jaya, Sngor. Sememangnya suratan-Nya tidak terduga, malang tidak berbau. Langsung umi terus pulang ke rumah. Allahu Akbar! Kesian sungguh... Umi melihat sapuan kasih seorang murabbi ketika Ustaz Fuad menyapu ubat ke luka, ketika Ustaz Sham mengambilkan tayammum untuk beliau, Ustaz Alauddin bersama Ustaz Sham menghantar Afiq pulang ke rumahnya di sg. Petani. Encik Daud, Hirman juga membantu seawal kemalangan tadi semasa di klinik Kesihatan, Kupang. Alhamdulillah. Semoga beliau menerima suratan ini dengan tabah, kebaikan itu adalah apa yang telah dipilih untuk kita hambaNya. Allahu Rabbi..
Umi: Sentiasa berhati-hati dan memandu penuh hemat walau di mana kita berada. Ingat yang tersayang.




2 comments:

Anonymous said...

nsb bek tak dak pap.. tu la buas sngt..

ana muslim said...

hah, nursing???let us be good muslim nurse..!! ^_^ teringin nk jmp bdk2 smkab yg ambik nursing..we want to reform nursing profession

zwani.com myspace graphic comments