Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Oct 12, 2009

CINTA itu hanya milik Allah SWT


Salam sesuci kasih Rabbani, Salam ukhuwwah kerana Allah SWT. Sesungguhnya kasih Allah SWT tiada tolak bandingnya. Kasih Allah sentiasa ada dan mekar, pasti membawa kepada kejayaan dan syurga berbanding kasih sayang manusia yang terkadang ada pasang-surutnya. Bahkan sebahagian kasih manusia yang tidak bertempat akan membawa kehancuran dan kebinasaan dunia akhirat.Allah SWT mencintai hambaNya dengan pelbagai cara yang sangat mengandungi unsur tarbiyyah dan didikan. Kendatipun, Nabi Muhammad SAW adalah kekasih Allah,namun Baginda tidak pernah sunyi dari ujian, kepayahan dalam dakwah serta kesusahan dalam kehidupan. Itu semua tanda Allah sangat mengasihi Baginda SAW, kerana dari setiap kepayahan itu terbinalah empayar Islam yang cukup kuat, dari binaan gunung iman dan taqwa. Allah SWT juga mendidik sekalian hambaNya bahawa kesenangan hidup dan kekayaan harta bukanlah segala-galanya, ia bukan sebab kepada kebahagiaan dan ketenangan jiwa. Berapa ramai yang berputus asa dengan kehidupan dunia dan yang penuh tipu daya ini dan ramai jua yang telah tenggelam dengan mabuk dunia hingga hilang jatidiri dan rosaklah kejernihan hati.Rasulullah SAW telah mengingatkan kita dalam sebuah hadis, "bahawasanya Allah SWT apabila mengasihi hambanya; maka Allah SWT akan menguji hambaNya itu dengan ujian serta musibah. Lalu sesiapa yang redha dan sabar, ia akan terpilih sebagai hamba yang sabar dan bersyukur di sisi Allah SWT. Terangkatlah ia di sisi Rabbul ‘Alamin sebagai hamba yang muqarrabin dan dekat denganNya lalu layak dicurahkan rahmat dan keampunan dariNya." Duhai kalian, sabar dan redha dengan ujian Allah jua menjadi sebab kepada terhapusnya dosa dan terangkatnya kedudukan dan darjat di sisi Allah. Semakin berat ujian maka semakin besarlah pahalanya dan semakin cerah peluang untuk dekat dengan Allah SWT. Rugilah mereka yang tidak diuji. Lebih besar kerugian mereka yang tidak sabar dengan ujian. Dan, siapa kita untuk tidak diuji oleh Allah SWT.

Umi: Bersabarlah dengan ujian, dugaan hati biar menitinya umpama meredah bara selautan, manisnya dikecapi bila segala kekusutan dan kemelutan itu terungkai dengan izin Allah SWT. Allahu Akbar! Ya Rahman... Ya Rahim.. Cinta itu hanya milik-Nya!

No comments:

zwani.com myspace graphic comments