Salam seindah pawana. Subhanallah, indahnya berukhuwwah kerana Allah SWT, bertemu dan berpisah, tetapi hati sentiasa bersama. Di sini umi temui Cik Zabrina (penulis bestseller opensecretlife) , kak Rosma (Unit Penulisan UUM) , Dila (Pensyarah muda di KUIS) dan Husna (penulis juga Editor Majalah Solusi, terbitan TELAGA BIRU) .. setelah pertemuan di Seminar, kami akrab di facebook, bertanya khabar dan berita. Alhamdulillah.
Terimakasih juga kepada Tuan Fauzul, Pengurus Besar PTS atas khidmat dan nasihat di bidang penulisan bukan sekadar dalam ceramah, malah setiap hari menerima e-mail panduan menulis buku. Umi ingin berkongsi ilmu yang disalurkan oleh beliau. InsyaAllah semoga mendapat manfaat.
Maudah Ali,
Apa khabar? Selamat datang ke dunia Akademi Penulis. Tahniah! Maudah Ali adalah manusia yang mampu bertindak,hanya mereka yang bertindak sahaja mampu melangkah kehadapan dalam arus perdana. Sepertimana yang saya janjikan sebelum ini. Kita akan kongsikan 5 formula penulis bestseller. Ia adalah berbentuk tip yang sering diamalkan oleh para pengarang bestseller. Formula ini adalah hasil kajian bertahun-tahun di dalam dunia penulisan. Pengalaman selama 8 tahun, memberikan impak cukup hebat dalam hidup saya. Daripada sekadar seorang bekas mahasiswa kejuruteraanletrik, terjun ke dalam dunia penulisan dan penerbitan. Hingga sekarang Alhamdulillah boleh digolongkan antara mereka yang berjaya dalam industri ini. Formula ini digarap bagi memastikan lebih ramai pengarang baru keluar menjadi seorang penulis buku bestseller.
Baiklah!
Cukup dengan omelan saya. Kita pergi kepada formula yang pertama, iaitu PERANCANGAN. Seorang penulis bestseller perlu merancang karyanya sejak dari kosong. Ini dapat diperincikan di dengan membuat perancangan seperti berikut:
a) Tajuk dan konsep karya
Sesebuah karya harus dimulakan dengan konsep isinya agar ia berpijak pada bumi yang nyata bukan di awang-awangan. Kepada siapa karya itu ditujukan? Apakah matlamat karya tersebut? Apakah kesimpulan dan perlakuan yang dikehendaki apabila seseorang pembaca membaca karya itu? Kesemua ini harus jelas. Apabila kesemuanya dibuat dengan baik, barulah sesebuah karya lebih terfokus. Tajuk juga boleh diletakkan apabila konsepnya jelas. Namun begitu harus diingatkan di sini tajuk akhir masih lagi hak penerbit.
b) Siapa Pembaca Karya Ini?
Para penulis seharusnya mengetahui sasaran pembaca buku yang ditulis. Siapa? Berapa umurnya? Apa jantinanya? Apa kerjayanya? Apabila kita mengetahui kesemua in, barulah kita dapat menentukan pakej persembahan yang ingin digunakan. Sebagai contoh remaja perempuan sukakan dirinya, remaja lelaki sukakan perkara yang visual, wanita dewasa suka kepada ketrampilan dan lelaki dewasa suka kepada pengembangan karier. Kesemua ini memudahkan kita menentukan kaedah penulisan yang perlu digunakan
c) Berapa Halaman Buku ini?
Bilangan halaman ini selalunya ditekankan oleh pengarang yang cukup mendisiplinkan penulisannya. Dia akan menentukan bilangan halaman, bilangan hari penghasilan dan tarikh akhir penghasilan karya tersebut. Sebagai contoh, apabila kita menentukan sebuah karya yang ingin dihasilkan mempunyai 100 halaman. Tempoh masa yang ditentukan bagi ia disiapkan adalah 3 bulan iaitu bersamaan dengan 90 hari ataupun 12 minggu.
Pengarang yang berdisiplin menentukan bilangan halaman yang perlu disiapkan dalam masa satu hari. Apabila kita mengambil kes di atas, si pengarang tentu meletakkan dia perlu menyiapkan 1.3 halaman satu hari. Apabila dia terlepas hari pertama dia akan membawa kerjanya ke hari kedua. Maka harikedua dia akan menyediakan 1.3 halaman ditambah dengan 1.3 halaman yang dia tidak siapkan semalam.
Apabila dibuat begini seseorang pengarang itu boleh membuat perkiraan bilangan karya yang akan disiapkan setahun, dua tahun ataupun 10 tahun akan datang. Tak percaya? Sudah ada pengarang yang menggunakan kaedah ini dan berjaya menghasilkan 15 buah buku dalam masa satu tahun.
d) Tarikh Akhir Karya Siap
Setiap pengarang bestseller perlu mempunyai tarikh akhirnya. Ini bagi mendisiplinkan diri. Di samping itu juga
memudahkan semua pihak. Diri sendiri untuk menyiapkan, penerbit untuk rancangan promosi, pembaca untuk bahan baru dan sebagainya.
Baik. Saya rasa itu dahulu buat kali ini, kita bertemu lagi besok hari untuk formula kedua pula. Jangan lupa untuk sentiasa melawat laman web www.janawangdenganmenulis.com bagi mengetahui berita terkini.
Hingga bertemu lagi.
FAUZUL NA'IM ISHAK
Pengasas / Mentor Utama
Akademi Penulis
Assalamu alaikum dan selamat sejahtera,

2 comments:
salam..umi mn satu yer yg pensyarah KUIS tu??
Salam,. Ummi, Ummi ada Facebook juga ye? =)
Tahniah Ummi, semakin rancak dalam bidang penulisan. Along menunggu karya Ummi...
Salam sayang..
Post a Comment