Oct 7, 2009
Erti Kebahagian di kacamata wanita
Erti Kebahagian yang sebenar; Ramai wanita yang berjaya mengecap makna ‘kebahagian’ bukan dalam arti kata kebahagian yang diukur dari kejayaan dalam kerjaya, seperti kenaikan pangkat melintang atau menegak, gaji yang lumayan, kerjaya yang mantap atau rumah yang hebat. Malahan ramai pula yang merasakan semakin mereka berjaya dalam kerjaya mereka, semakin terasa kesunyian dan kehilangan. Mereka merasakan ‘kebahagian’ mereka terletak dalam rumah mereka yang penuh dengan gelak ketawa, suara ceria dan manja anak anak, senda gurau dan belaian suami dalam suasana mesra dan kasih sayang. Mereka sentiasa merindui masa masa bersama ahli keluarga, berkongsi melakukan kerja kerja rumah bersama, melayan hobi masing masing atau pun mengasah bakat bakat lama yang terpendam dan tertinggal. Hakikatnya, seringkali berlaku dalam menghadapi ‘kekejaman’ dunia pekerjaan yang tidak pernah diduga, wanita wanita teraniaya kerana dibuang kerja, mangsa pilih kasih, politik dan gangguan seksual di tempat kerja, pandangan serong dan chauvinisme, wanita ini menjumpai ’ketenangan’ dirumah kecil mereka. Rumah merekalah syurga mereka.Dalam perbualan sering ditemui kemarahan, sakit hati, geram, menyampah, bosan dan kepahitan dalam kerjaya. Namun disebaliknya ada harapan yang menggunung, cita-cita dan wawasan jangka panjang untuk membina jenerasi, dalam kekuatan diri yang tersembunyi. Umi temui rasa hormat diri atau izzah, kasih sayang, pengorbanan dan kejujuran. Kebanyakan wanita ini berkongsi ‘tujuan’ matlamat yang sama, menolong wanita lain agar tidak mengulang kesalahan yang sama yang dilakukan wanita terdahulu. Banyak lagi yang perlu dilakukan oleh wanita yang berkerjaya. Berapa banyak lagi stereotypes yang perlu di perbetulkan, berapa banyak lagi diskriminasi terhadap wanita yang perlu di buang jauh jauh, berapa banyak lagi penderaan dan gangguan seksual yang perlu di hapuskan. Apa pun yang kita hadapi dalam dunia pekerjaan, kepuasan itu terdapat dalam perkataan ‘ikhlas’. Apabila kIta ikhlaskan hati dan niat kita. Kita akan jumpai kepuasan.Apabila kita puas kita akan rasa bahagia. Kebahagiaan akan tergambar diwajah yang akan menjelmakan senyuman. Senyuman yang kita berikan akan membahagiakan insan lain. Insan ini pula akan merasa kebahagiaan dan dikongsi oleh insan lain. Kebahagian akan menjalar dari satu insan kepada satu insan yang lain. Kita hanya mendambakan dan menyebarkan kebahagian kepada semua insan seluruh alam. Rahmatan lil alamin.Senyumlah! dan seluruh dunia akan senyum padamu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment