Oct 2, 2009
Allah SWT Merungkai Misteri
Salam. Kita masih dalam sambutan eid mubarak. Senyuman, keampunan dan kemaafan. Saudara yang lama terpisah, didekatkan semula. Hati dan jiwa yang merajuk terubat di bulan lebaran. Alhamdulillah. Moga selepas ini, hati tersayang lebih dibelai jaga, usah menunggu ke tahun depan untuk menghulur kemaafan yang baru. Elakkan perselisihan. Alangkah bagusnya jika semua orang dapat berlapang dada dengan kehendak diri, memenuhi sesempurna keperluan orang lain. Pasti dunia lebih sejahtera. Subhanallah, indahnya ukhuwwah Islamiah ini.Ukhuwwah ini juga menimbulkan rasa simpati pada musibah yang menimba saudara seagama di Padang, Indonesia. Bayangkan jika kita di tempat mereka, hulurkan bantuan semampunya biar sekadar doa menadah kesejahteraan mereka. Hari ini juga kita dikejutkan dengan sejadah berdiri solat, kali ini di Permatang Pauh, Bukit Mertajam pula, baru-baru ini di Pasir Mas. Ramai yang tidak mengetahui kejadian aneh itu berlaku di Bongor, Baling, tidak jauh dari kediaman umi sendiri. Ya Allah.. betapa hebatnya kuasa Allah SWT. Umi yakin, Allah ada mesej besar untuk kita. Justeru ingatlah.. Kiamat sudah hampir, jangan sampai terlalu leka dengan dunia. Syukurlah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment