Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Oct 8, 2009

Jamuan Raya Keluarga SMKAB - meriah-

Tika kereta Kia Spektra kami memasuki ruang legar Dewan Terbuka SMKAB, kedengaran suara keriuhan dan kemesraan warga staf . Menurut kata Cikgu Zakaria, kaunselor tersohor di Daerah Baling, malam ni hampir keseluruhan warga yang hadir membawa keluarga masing-masing. Ramai juga yang membawa anak kecil seawal usia 2 bulan (wah! hebat komitmen ni), ada yang datang jauh dari Sg Petani. MasyaAllah. Moga bertambah erat hubungan dan silaturrahim warga SMKAB kita.
" Hmm kami nak tolong apa ni.. " umi menyapa ustz solehah
"Oh! tolong ikat satey ni.. " ramah dia menjawab.
Lalu kami, pakat ramai-ramai bergotong-royong, sambil bekerja beramah mesra
pula. Erat sepakat, gelak bersama. Terlerai seketika beban kerja yang berlambak di rumah dan sekolah. Tangan dijabat, mata ditenung mesra. Saling bertanya perkembangan kerjaya, anak dan keluarga. Subhanallah, indahnya ukhuwwah.

Ditambah seri"umi sihat ?" ramai pula yang bertanya tentang 'sakit' umi. Maklumlah selepas operasi pembedahan awal tahun, ini antara majlis pertemuan yang umi hadir. "Alhamdulillah.... semakin pulih!"
Majlis ini dihadiri semua peringkat staf, dari pengetua hingga ke guard. Jika biasa melibatkan keluarga guru, malam ni lebih ramai. MasyaAllah. Semoga keluarga besar ini semakin diberkati. Majlis ini diserikan lagi dengan tayangan perdana 'Movie the Geng" . Wah! anak-anak umi hanya berbekalkan satey, ais kerim duduk mengadap LCD kat pentas. Sebaik tayangan bermula, anak-anak ini membatu tidak bergerak, ada yang ais krim cair di tangan, penangan hebat 'upin ipin and the geng' - sehingga jam 11.00, tika kami berangkat pulang, masih ada yang berkemas ruang dan tempat. Tahniah kepada pihak penganjur terutama Ust Yahaya (pengetua SMKAB) dan semua yang terlibat menjayakan program perdana ini. Tahun depan boleh buat lagi!


No comments:

zwani.com myspace graphic comments