Oct 31, 2009
Hikmah di sebalik musibah
Oct 30, 2009
Ada satu kisah cinta
Oct 26, 2009
Bila mawaddah bertamu
Oct 25, 2009
Antara jiwa dan hati
Salam alaik! Saat ini hati umi bergetar, memburu tenang dalam kekalutan, justeru jiwa mencari jalan tenang, justeru lahirlah persoalan ini - adakah jiwa mendidik hati @ hati mendidik jiwa? sukar bagi kita langsung memahami apa sebenarnya hakikat hati nurani atau qalb. Hati nurani itu apa ? Hati yang beku itu seperti apa dan hati yang terhijab bagaimana mekanismenya? Dalam Alquran sering disebut dengan orang yang hatinya sakit, hatinya membatu, hatinya yang buta… dan lainnya, hati yang manakah itu? Sebagian orang mudah sekali mengatakan bahwa apa yang terlintas dalam fikirannya saat itu bersumber dari hati nurani nya.
”Tidak ada dosanya jika kamu berbuat salah, kecuali jika hatimu menyengajanya.Dan Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Mengasihi” (QS 33:5).
Jika hati kita terluka, maka kita menjadi sakit. Jika ia mengalami kerusakan berat, maka kita pun meninggal dunia. Jika hati batiniah kita terjangkiti sifat-sifat buruk dari hawa nafsu kita, maka kita akan sakit secara spiritual. Jika hati tersebut secara keseluruhan didominasi oleh hawa nafsu, maka kehidupan spiritual kita pun akan mati. Hati jangan disalah artikan dengan emosi. Emosi, seperti amarah, rasa takut, dan keserakahan berasal dari hawa nafsu. Ketika menusia berbicara mengenai hasrat hati, mereka biasanya merujuk pada hasrat hawa nafsu. Hawa nafsu tertarik pada kenikmatan duniawi dan tidak peduli akan Tuhan; sedangkan hati tertarik kepada Tuhan dan hanya mencari kenikmatan di dalam Tuhan.
Bicara tentang hati dijelaskan dalam hadis berikut ”Sesungguhnya di dalam tubuh manusia terdapat segumpal daging. Jika ia sehat, maka seluruh tubuh pun akan sehat, jika ia sakit maka seluruh tubuh pun akan sakit. Itulah hati.”
Hati adalah sebuah kuil yang ditempatkan Tuhan di dalam diri setiap manusia; sebuah kuil untuk menampung percikan Ilahi di dalam diri kita. Dalam sebuah hadis qudsi terkenal, Allah berfirman, ”Aku, yang tak cukup ditampung oleh langit dan bumi, melainkan tertampung dalam hati seorang beriman yang tulus.” Kuil di dalam diri kita ini lebih berharga dari pada kuil tersuci sekalipun di muka bumi ini. Maka, jika kita melukai hati manusia lainnya dosanya lebih besar daripada merusak sebuah tempat suci di dunia ini.
Umi: Sentiasalah jaga hati.. agar dia menjadi makanan jiwa.
Oct 22, 2009
Kem Jejak Qiadi Rabbani - Alhamdulillah!
Oct 17, 2009
Harga sebuah kejayaan
Oct 15, 2009
Malang tak berbau - Segalanya Tersurat
Oct 13, 2009
Bahang penulisan mula terasa
Maudah Ali,
Apa khabar? Selamat datang ke dunia Akademi Penulis. Tahniah! Maudah Ali adalah manusia yang mampu bertindak,hanya mereka yang bertindak sahaja mampu melangkah kehadapan dalam arus perdana. Sepertimana yang saya janjikan sebelum ini. Kita akan kongsikan 5 formula penulis bestseller. Ia adalah berbentuk tip yang sering diamalkan oleh para pengarang bestseller. Formula ini adalah hasil kajian bertahun-tahun di dalam dunia penulisan. Pengalaman selama 8 tahun, memberikan impak cukup hebat dalam hidup saya. Daripada sekadar seorang bekas mahasiswa kejuruteraanletrik, terjun ke dalam dunia penulisan dan penerbitan. Hingga sekarang Alhamdulillah boleh digolongkan antara mereka yang berjaya dalam industri ini. Formula ini digarap bagi memastikan lebih ramai pengarang baru keluar menjadi seorang penulis buku bestseller.
Baiklah!
Cukup dengan omelan saya. Kita pergi kepada formula yang pertama, iaitu PERANCANGAN. Seorang penulis bestseller perlu merancang karyanya sejak dari kosong. Ini dapat diperincikan di dengan membuat perancangan seperti berikut:
a) Tajuk dan konsep karya
Sesebuah karya harus dimulakan dengan konsep isinya agar ia berpijak pada bumi yang nyata bukan di awang-awangan. Kepada siapa karya itu ditujukan? Apakah matlamat karya tersebut? Apakah kesimpulan dan perlakuan yang dikehendaki apabila seseorang pembaca membaca karya itu? Kesemua ini harus jelas. Apabila kesemuanya dibuat dengan baik, barulah sesebuah karya lebih terfokus. Tajuk juga boleh diletakkan apabila konsepnya jelas. Namun begitu harus diingatkan di sini tajuk akhir masih lagi hak penerbit.
b) Siapa Pembaca Karya Ini?
Para penulis seharusnya mengetahui sasaran pembaca buku yang ditulis. Siapa? Berapa umurnya? Apa jantinanya? Apa kerjayanya? Apabila kita mengetahui kesemua in, barulah kita dapat menentukan pakej persembahan yang ingin digunakan. Sebagai contoh remaja perempuan sukakan dirinya, remaja lelaki sukakan perkara yang visual, wanita dewasa suka kepada ketrampilan dan lelaki dewasa suka kepada pengembangan karier. Kesemua ini memudahkan kita menentukan kaedah penulisan yang perlu digunakan
c) Berapa Halaman Buku ini?
Bilangan halaman ini selalunya ditekankan oleh pengarang yang cukup mendisiplinkan penulisannya. Dia akan menentukan bilangan halaman, bilangan hari penghasilan dan tarikh akhir penghasilan karya tersebut. Sebagai contoh, apabila kita menentukan sebuah karya yang ingin dihasilkan mempunyai 100 halaman. Tempoh masa yang ditentukan bagi ia disiapkan adalah 3 bulan iaitu bersamaan dengan 90 hari ataupun 12 minggu.
Pengarang yang berdisiplin menentukan bilangan halaman yang perlu disiapkan dalam masa satu hari. Apabila kita mengambil kes di atas, si pengarang tentu meletakkan dia perlu menyiapkan 1.3 halaman satu hari. Apabila dia terlepas hari pertama dia akan membawa kerjanya ke hari kedua. Maka harikedua dia akan menyediakan 1.3 halaman ditambah dengan 1.3 halaman yang dia tidak siapkan semalam.
Apabila dibuat begini seseorang pengarang itu boleh membuat perkiraan bilangan karya yang akan disiapkan setahun, dua tahun ataupun 10 tahun akan datang. Tak percaya? Sudah ada pengarang yang menggunakan kaedah ini dan berjaya menghasilkan 15 buah buku dalam masa satu tahun.
d) Tarikh Akhir Karya Siap
Setiap pengarang bestseller perlu mempunyai tarikh akhirnya. Ini bagi mendisiplinkan diri. Di samping itu juga
memudahkan semua pihak. Diri sendiri untuk menyiapkan, penerbit untuk rancangan promosi, pembaca untuk bahan baru dan sebagainya.
Baik. Saya rasa itu dahulu buat kali ini, kita bertemu lagi besok hari untuk formula kedua pula. Jangan lupa untuk sentiasa melawat laman web www.janawangdenganmenulis.com bagi mengetahui berita terkini.
Hingga bertemu lagi.
FAUZUL NA'IM ISHAK
Pengasas / Mentor Utama
Akademi Penulis
Oct 12, 2009
CINTA itu hanya milik Allah SWT
Salam sesuci kasih Rabbani, Salam ukhuwwah kerana Allah SWT. Sesungguhnya kasih Allah SWT tiada tolak bandingnya. Kasih Allah sentiasa ada dan mekar, pasti membawa kepada kejayaan dan syurga berbanding kasih sayang manusia yang terkadang ada pasang-surutnya. Bahkan sebahagian kasih manusia yang tidak bertempat akan membawa kehancuran dan kebinasaan dunia akhirat.Allah SWT mencintai hambaNya dengan pelbagai cara yang sangat mengandungi unsur tarbiyyah dan didikan. Kendatipun, Nabi Muhammad SAW adalah kekasih Allah,namun Baginda tidak pernah sunyi dari ujian, kepayahan dalam dakwah serta kesusahan dalam kehidupan. Itu semua tanda Allah sangat mengasihi Baginda SAW, kerana dari setiap kepayahan itu terbinalah empayar Islam yang cukup kuat, dari binaan gunung iman dan taqwa. Allah SWT juga mendidik sekalian hambaNya bahawa kesenangan hidup dan kekayaan harta bukanlah segala-galanya, ia bukan sebab kepada kebahagiaan dan ketenangan jiwa. Berapa ramai yang berputus asa dengan kehidupan dunia dan yang penuh tipu daya ini dan ramai jua yang telah tenggelam dengan mabuk dunia hingga hilang jatidiri dan rosaklah kejernihan hati.Rasulullah SAW telah mengingatkan kita dalam sebuah hadis, "bahawasanya Allah SWT apabila mengasihi hambanya; maka Allah SWT akan menguji hambaNya itu dengan ujian serta musibah. Lalu sesiapa yang redha dan sabar, ia akan terpilih sebagai hamba yang sabar dan bersyukur di sisi Allah SWT. Terangkatlah ia di sisi Rabbul ‘Alamin sebagai hamba yang muqarrabin dan dekat denganNya lalu layak dicurahkan rahmat dan keampunan dariNya." Duhai kalian, sabar dan redha dengan ujian Allah jua menjadi sebab kepada terhapusnya dosa dan terangkatnya kedudukan dan darjat di sisi Allah. Semakin berat ujian maka semakin besarlah pahalanya dan semakin cerah peluang untuk dekat dengan Allah SWT. Rugilah mereka yang tidak diuji. Lebih besar kerugian mereka yang tidak sabar dengan ujian. Dan, siapa kita untuk tidak diuji oleh Allah SWT.
Oct 11, 2009
Seminar Penulisan Buku Popular PTS
Oct 8, 2009
Jamuan Raya Keluarga SMKAB - meriah-
Ditambah seri"umi sihat ?" ramai pula yang bertanya tentang 'sakit' umi. Maklumlah selepas operasi pembedahan awal tahun, ini antara majlis pertemuan yang umi hadir. "Alhamdulillah.... semakin pulih!"
Oct 7, 2009
Erti Kebahagian di kacamata wanita
Oct 4, 2009
Tidak semudah bicara
Masih teringat ketika saat melangkah ke alam rumahtangga 14 tahun yang lepas, arwah ayah berpesan;
Allahu Akbar .. Bukan sekadar berita biasa
Rentetan Musibah Allah di Indonesia: Terkini, lebih 400 orang dikhuatiri maut apabila empat buah kampung di tepi bukit itu runtuh tertimbus.Operasi menyelamat mangsa amat sukar kerana rumah mereka 'disedut' ke bawah tanah sedalam empat meter. Setakat ini, mereka terpaksa menggunakan tangan untuk menggali tanah. Beberapa mayat ditemui di sebuah sungai berhampiran, dijangka banyak lagi akan timbul. Satu pasukan 100 anggota telah tiba namun mereka tidak mampu mengalihkan pelbagai jentera berat ekoran kebanyakan jalan terputus dan sempit untuk dilalui. Ramai warga Barat dikhuatiri terperangkap di beberapa buah hotel sekali gus pasukan penyelamat asing dengan anjing pengesan dan peralatan inframerah mula memasuki Padang. Ini kerana kumpulan penyelamat tempatan kurang peralatan dan ramai anggota penyelamat turut terkorban. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meramalkan di antara 3,000 hingga 4,000 orang terkandas di bawah runtuhan dan 1,100 lagi maut.
Ya Allah.. bagiku ini bukan lagi sekadar musibah biasa. Gegaran amarah dan tanda akhir kiamat memberikan petandanya. Namun siapakah yang ambil peduli ? Dalam serakahan manusia mengekar duniawi. Yang larut bergelumang noda dan dosa masih tekal di situ. Gerakan Islam masih dipandang sepi dan durjana. Pendakwah masih menjadi tetamu tercorot di media. Media masih dengan bangga memaparkan imej bangsa yang bercampur hak dan batil. Subhanallah. Runtun hati melihat saudara Islam di Padang seruntun hatiku menyaksikan anak-anak mula berpeleseran dan membuang masa. Duhai umat, kini masanya kita insaf dan kembali.. Ayuh! Allahuakbar.
Oct 2, 2009
Allah SWT Merungkai Misteri
Oct 1, 2009
Inzar Allah Kembali lagi
Padang, Sumatera Indonesia: Gempa bumi sekuat 7.6 magnitud disusuli gegaran ke2 sekuat 6.8 magnitud dalam tempoh kurang 24 jam ketika penyelamat bertungkus-lumus mengesan dan cuba mengeluarkan mangsa terperangkap di bawah runtuhan bangunan. Terkini, jumlah kematian akibat gempa bumi sekuat 7.6 magnitud kelmarin dijangka meningkat apabila anggota penyelamat mengalihkan runtuhan bangunan di bandar padat dengan penduduk itu. Gegaran ke-2 merosakkan ratusan bangunan dan memutuskan rangkaian komunikasi di beberapa kawasan. Pusat Krisis Kementerian Hal Ehwal Sosial mengesahkan, 770 orang maut dan 440 cedera parah, tetapi ketua agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, John Holmes, berkata sekurang-kurangnya 1,100 terbunuh. Daripada jumlah itu, lebih 400 terbunuh di Padang, manakala selebihnya di empat kawasan berhampiran. Ketua pusat itu, Rustam Pakaya, berkata beribu-ribu lagi dipercayai masih terperangkap. Di Filipina pula dilanda ribu taufan Ketsana. Jutaan penduduk kini bergelut mengatasi kesan akibat Taufan Ketsana yang hingga kini mengorbankan hampir 400 nyawa sepanjang laluannya di Asia Tenggara. Pihak berkuasa Vietnam mengesahkan 101 kematian dan 18 yang lain masih hilang selepas Ketsana melanda negara itu Selasa lalu. Tiupan angin dan banjir menyebabkan 1.4 juta warga Vietnam hilang tempat tinggal selepas 350,000 rumah sama ada rosak atau ditenggelami air.Di Kemboja, 11 orang terbunuh manakala 277 orang disahkan terkorban di Filipina. Jabatan Kaji Cuaca Thailand turut memberi amaran kemungkinan berlakunya banjir kilat di 17 wilayah di timur laut negara itu dan tentera kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.
Selamat Menyambut Kelahiran Fitrahmu
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu Akbar... bersipongang kedengaran nama Allah dikabbirkan, berkumandang ayat al_Quran, suara tadarus anak-anak kerdil. Tersulam rasa sedih meninggalkan bulan penuh keramat, gembira menyambut eid fitri. Duhai anak-anak umi, wajah kalian seceria anak bulan Syawal.. biarpun ada beberapa pantang di malam raya (tidak sebebas anak-anak lain bermain mercun dan bunga api) - lebih baik, bersedekah duit ke masjid dari membazir membeli mercun dan bunga api - Namun, bicara yang biasa kedengaran..
" Alaa bior lah main. Malam ni saja.. seronok selepas sebulan berpuasa.. "
" Eh, sian budak-budak tu, kempunan nak pegang bunga api "
dan umi hanya mengukir senyum kepada bicara-bicara tahunan ini. Peraturan tetap berjalan, walaun terkadang jelingan manja minta izin tika disua sebatang bunga api oleh sepupu.. Takpa la...
Tahun 2009, Hari 1 di Penang - mertua kesayangan - beraya tanpa lontong favourite umi- maklum beliau tidak sihat semenjak bulan Ramadhan, bukan suapan itu yang utama, afdal lagi peluang suami menyalami tangan ibubapa kandung. Subhanallah! Beraya sampai jam 11.30 malam pusing-pusing sekitar Bukit Mertajam. Selepas singgah seketika di rumah mertua, terus pulang ke Baling. Berpagi kami berangkat ke Terengganu, di sana keriuhan keluarga besar menanti.
Allahu Akbar, terimakasih Ya Tuhan, kesempatan ini dianugerahkan untukku jenguk keluarga di samping, bertemu sanak-saudara yang telah lama kerinduan . Biar beberapa orang cucu saudara tak sempat ditatap (baru lahir 2009) kerana mereka juga memenuhi tuntutan mertua di serata Malaysia. Terasa tua.. bila dipanggil 'Tok Cik Dah, Tok Cik Sham" .. cucu pula sudah menjangkau usia belasan tahun.. Cepatnya masa berlalu. Berpuluh anak saudara yang tidak mampu dihafal semua, dari usia 3 bulan hinggalah yang sudah berumahtangga. Bertemu mata dengan anak-anak saudara yang seusia 23-25 tahun, umi buat kuliah pendek - "Petua Bercinta" - sambutan hangat rupanya.. pakat kerumun ramai-ramai. (slot ini terakam dalam tulisan umi di Buku Bicara Tentang Cinta - BTC terbitan UMFL RESOURCES).