" Umi! Ya Allah... rindunya kami kat umi!" dirangkulnya umi seerat2nya. Berebut pula ketiga2 mereka memeluk umi. Sebak juga, kelopak mata dah bergenang. Ya Allah! tahan air mata.. - anak-anak umi dalam perjuangan!
"Umi pun rindu.. " umi mengucup dahi ketiga mereka satu persatu.
"Umi! Malam ni kami ada persembahan... " ceria je Nubhan bercerita,
"Really! Bestnye.. how I wish to be with you here tonight... " jawab umi. "Anak-anak umi nyanyi lagu apa malam ni?"
"Lagu nasyid Ahlan bina, tapi kami tak jadi solo" sengeh Nubhan.
"Best nasyid tu, umi suka sangat, nanti petang anak-anak nasyidkan kat umi, abi ek! Tak sabar umi nak dengar" ujar umi.
"All rite! " mereka mengangkat ibu jari dengan girang. Subhanallah! sesuci wajah mereka, semoga kem lima hari ini membina jati diri dan hubungan erat dengan Allah dan sesama manusia.
Bercakap tentang kem anjuran SRIDAH ni - umi kagum sungguh dengan pengusahanya - Ust Mohamad - tenaga pengajar di SMK Siong, baru saja bergelar guru cemerlang, Alhamdulillah. Tumpang bangga! Tidak silap umi, sekolah tadika telah beroperasi sejak 9 tahun lepas, menyempurnakan wasiat arwah ayah. Dibina bersebelah rumah beliau di Teluk Temelah, Mukim Siong. Kem Bina Insan pula diadakan setiap cuti sekolah untuk pelajar sekolah rendah. Sambutannya cukup memberangsangkan. Tanpa pengaruh politik atau orang kenamaan, usaha beliau diteruskan. Edisi sekolah rendah mula operasi 2009 dengan 5 orang pelajar. Ust Mohamad menunjukkan keputusan peperiksaan akhir tahun pada umi. Ya masyaAllah! hebat.. teruja umi.
"Ana tak mereka-reka ustazah... inilah hasilnya.. " ujar ust Mohamad, semangat.
"Subhanallah, berderet markah 100%! " semakin bercambah kagum di hati umi.
"Kini, kami perlukan sumbangan masyarakat prihatin untuk membina bangunan 2 tingkat di belakang sana.. " beliau menuding jari ke belakang bangunan pejabat. Ada banyak batu-bata dan kayu untuk projek binaan.
"InsyaAllah ustaz.. semoga berjaya! Apa boleh ana bantu ?" berkerut dahi umi.
"Mohon ustazah maklum dan sebarnya pada masyarakat di luar sana!
Justeru umi mengambil browser 'sumbangan dana' - berhasrat untuk mengedarkan kepada waris ketika program Serikandi Bestari nanti. Ya Allah.. permudahkanlah!
umi - ada blog sekolah yang boleh dirujuk - www.sridah.blogspot.com - semoga sumbangan kerdil kita dinilai Allah sebagai amal jariah yang sempurna. InsyaAllah!




staz. " Hmm.. tak dok makna ni.. " dikerah ilmu bahasanya , ustaz gagal mencari pengertian nama. Bertanya arwah ayah ialah satu perkara yang amat sukar kerana arwah terkenal dengan 'garang' .. Suatu hari bertanya arwah ibu.." Tak tahu la... Cuba tanya ayah!" Fuh... umi gagahi juga bersemuka kerana rasa ingin tahu yang menggunung. "Polis tu silap catat, ayah suruh tulis mawardah tak pun mawaddah... time tu dia sakit perut, kawan dia tanya 'mu mau dak?.. dia jawab "Mau... dah". Hah! Nape tak dibetulkan? Arwah tersengeh.. Jarang dia sengeh macam tu. Lucu benar barangkali. "Dah caya ke? Umi mengangguk. arwah tak pernah bohong. Dia kan imam. "Cerita tu rekaan.. Memang nama mu ayah letak maudah". Justeru nama itu jadi misteri hingga ke hari kerana tidak ada makna. Boleh ditafsirkan dengan mawardah (bunga mawar) atau mawaddah (cinta) atau apa sahaja yang berkenan di hati. Tapi umi ada satu rasa yang lahir dari nama... kasih, sayang dan cinta. Kasih yang melata untuk siapa sahaja yang sudi menerima. Sayang yang sempurna untuk insan yang sentiasa membahagiakan hati. Cinta yang abadi, setia buat suami tersayang. Cinta nan agung buat DIA yang segalanya bagi umi. Telah jauh umi berjalan, dari timur ke selatan, terus ke seberang kemudian terdampar di Baling. Setiap laluan jalan, umi temui kasih, sayang dan cinta. Di setiap lorong hidup. umi temui insan yang teguh diuji dan rajin menguji, dalam lakaran hayat ini, umi belajar mengenal erti hidup adalah memberi. Tiap pemberian perlu ada mawaddah dan mahabbah agar ikhlasnya mengukuhkan tali ukhuwwah. Pemberian yang ikhlas harusnya tiada didamba pembalasan kerana itu bukan hak kita. Kuasa kita hanya memberi, selagi mana kudrat kita bisa memberi. Hanya Allah yang selayaknya menerima. Namun kasih Allah yang tidak pernah bertepi tetap menganugerahkan kita 'rasa memberi dan menerima' - kita lafazkan sayang dan cinta, dianugerahkan insan yang menyayangi dan mengasihi kita. Ya Allah, syukurku pada hari ni.. menerima anugerah cambah kasih dari teman seperjuangan. Allahu yubarik! Allahu Ya Rahman Ya Rahim.. Sesungguhnya kami amat mencintai-Mu! Titipkan sayang dan cinta kami ni ke hadrat-Mu agar ia subur dengan iman , disalut ikhlas, diwarnai mahabbah dan maghfirah-Mu. Terimakasih, Tuhan!
aru di akhbar online - ceritanya masih sama - So, kita hanya doakan yang terbaik untuk masyarakat Islam. Pasti ada hikmah yang tersembunyi, fahaman wahabi Dr Asri sebenarnya telah lama maklum.. Malah ketika beliau menjadi mufti Perlis,terlalu banyak isu pendapatnya yang bertentangan dengan pandangan ulama' lain malah sering dipertikaikan. Pada umi, Dr Asri merupakan ulama' yang 'berani' memberi pendapat selagi mana ia masih tidak lari dari dusturnya yang asal - InsyaAllah, kita tunggu dan lihat apa perkembangan seterusnya. 