
Assalamualaikum.. Di celah kekalutan persediaan khatam al-Quran, juga pemilihan pengawas2 baru SMKB, di samping menyempurnakan persediaan bahan di saat-saat akhir untuk anak-anak PMR. Subhanallah, Allahu akbar... Semoga Allah mempermudahkan. Umi menyempatkan diri untuk membaca blog2 anak-anak umnfl's group dan sahabat-sahabat. Rata2 mengingatkan kelebihan dan buruan muslim mencari lailatulqadar. Ya Allah... berkat kasih-Mu Ya Tuhan, izinkan hamba yang hina dina ini menggapai fadhilat LailatulQadar-Mu biarpun seketika kerana aku tidak pasti adakah mungkin hayat ini mampu bersua dengan Ramadhan yang akan datang. Ya Allah, sujudku, syukurku adalah untuk-Mu. Semoga diri ini menjadi insan 'berharta' dalam ertikata yang sebenarnya. Ameen.
No comments:
Post a Comment