Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Feb 28, 2009

Inzar Yang Sepi

Assalamualaikum semua...
Sekadar berkongsi satu hukum. Hukum Allah SWT itu nyata, kegunaan nikmat-Nya mata, hati, telinga ( Rujuk Surah al-A'raf: 176) ke arah yang salah hanya mengundang padah, iaitu DOSA. Dari kecil lagi, kita sudah didedahkan dengan hukum ni. Biasanya ibubapalah orang yang pertama perkenalkan hukum ni. "Jangan ... nanti dosa, Allah marah. Karang masuk neraka!" Ayat-ayat cegahan ini berlangsung sampai sekarang. Setiap tegahan itu disertai dengan harapan dan doa agar anak-anak akan jadi insan patuh dunia akhirat... Seharusnya perkataan DOSA itu sudah sebati dan dijadikan sebatian dalam jiwa muslim. Namun musykilnya, selepas baligh dan DOSA itu mulai ditangguh sendiri, ianya menjadi tegahan yang sering dipandang remeh dan dianggap sepi. Kerap juga Allah menunjukkan inzar (pengajaran/peringatan) seperti Tsunami, banjir besar dsb, tapi berapa kerat sahaja yang insaf dan berubah ? Hari ni diketuk, kita tersedar. Esok bila tiada lagi ingatan, maksiat beraja di hati. Barangkali kita lebih suka, Allah datangkan bala yang lebih besar @ beberapa detik sebelum pintu taubat terkatup! Tatkala itu semua kalut nak insaf.. sedangkan 'nasi dah jadi bubur...' fikir-fikirkan... Salam sayang, umi.

Feb 27, 2009

Assalamualaikum, apa khabar semua? Semalam ada program Kem B.Arab kat SMKB. Alhamdulillah, fasi-fasi semua cergas, bersemangat. Umi dijemput bagi slot muhasabah. Sekadar berkongsi perasaan. Emm sebenarnya setiap kali 're-call' ni, mengenangkan pengorbanan ibubapa, rasanya umi lah yang paling sedih, kerana status anak yatim-piatu. Tiap kali video lagu e-man ditayangkan .. sebak. Menitis air mata, rindu sangat nak jumpa mereka.. Semoga jasad ibubapa umi ( Hajah Maimunah bt Salleh/ Haji Ali bin Salleh ) bersemadi tenang di sisi-Nya. ameen..

Lagu ni khas untuk Arwah Bonda tersayang... senyummu, usapmu, belaianmu sentiasa kudambakan...

ibu... bergenang air mataku..
terbayang wajahmu yang redup sayu
kudusnya kasih yang engkau harapkan
bagaikan laut yang tak bertepian...

alah... can't finish.. Sebak sangat.

Feb 23, 2009

Lagu Pembakar Obor Perjuangan.. .

Salam... hari ni, umi sangat sibuk. Kelas penuh. Ujian. Penat, lelah... rahmat dari-Nya. Tiap kali, rasa letih hadir, umi ingat lagu nasyid yang sering dinyanyikan bila ada pertemuan dengan umnfl's group. Ia jadi pembakar semangat. Lagu inilah juga kenangan abadi, aluanan terakhir umi dan arwah ateh (Fathiyaton Fisal) - bekas pelajar SMKA Baling- InsyaAllah, ada kenangan yang mahu dikongsi, ada rasa dan hiba.. segalanya berbaur. Barangkali di kalangan anak-anak umi di luar sana yang membaca blog ni, pernah melagukan bersama.. ingatlah umi sentiasa di sisi kalian. Tabah dan kuatkan semangat. Jom kita nyanyi...

Jangan difikir derita akan berpanjangan
kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
ujian....
adalah tarbiah dari Allah
apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
kesenangan yang datang selepas kesusahan
semua adalah nikmat dari Tuhan...

al-Fatihah.... Kenangan abadi bersama ATEH

Feb 22, 2009

LAYAK KE KITA MINTA SYURGA ?


Assalamualaikum... Syukur, kita masih diberi peluang untuk menghirup udaranya. Masih jua dianugerah nikmat pinjaman jasad, segala yang indah. Mata yang cerah boleh menatap, hidung yang sempurna untuk menghidu, jemari yang runcing (boleh tekan keyboard komputer ni ) Ya Allah ! Syukur sangat.. sedih bila kenangkan berapa banyak lafaz syukur, dari segi ucapan, perbuatan, amalan. sikit sangat ek! Then, kita minta lagi ditambah nikmat 5 kali sehari. Minta macam-macam. Kalau yang dah kawin macam umi, minta suami sporting, sentiasa kacak, segak. Minta anak-anak yang genius, akhlak bagus, minta family sentiasa ceria bahagia, minta hati tenang, minta rezeki yang banyak .. Subhanallah! Kita lah rupanya ,makhluk Allah yang paling banyak meminta. Kalau kerja dengan syarikat swasta ni, dah lama bos berhenti kerja, ya lah! asyik minta, tanpa banyak menyumbang @ memberi. Cuba muhasabah pulak, compare dengan yang diminta tu, berapa banyak pulak kita mensyukuri nikmat- Dia. Setiap saat berzikir ? No! Emm solat sunat awwabin? pun sekali sekala (tika rajin, iman naik!), so... siapa kita? Layak kah minta syurga? Malu rasanya... alahai umi. Malu nyer kat Allah!

Sorry la... bila muhasabah macam ni, teringat hari ni tadi tak sempat Dhuha kat bilik umi (Bilik Tayangan SMKB) baru nak pi wudhu', ada student jumpa, ada sahabat guru nak discus.. dugaan. Bertembung dua urusan satu masa. Tangguh lagi, cuba cari ruang esok pulak! InsyaAllah, moga kekuatan tu terus datang, harapnya istiqamah jadi teman.

Ok, sat lagi ada kelas terakhir hari ni. Jam 1.30-2.50 pm. Abi tersayang kenalah uruskan anak-anak jam 2.30 pm. Hmm umi nak share gambar kami satu family yang telah di'hias' dgn photoshop buat tatapan semua! Kalau cantik, doakan kami semakin cantik, handsome dan ceria.. biar senyum itu kekal dalam suka, mahupun duka.. (aik! mintak lagi.. aduh! ) bye...

Feb 21, 2009

ADIK YANG HEBAT!


Anak umi yang bongsu, namanya Nuzman. Sungguh aktif, kelakar, cerdik, pintar, segak.. etc lah. Pokoknya he's so special and 'everything' to me and my family . Susuk badannya pun kemas, mantop! Bukan calang-calang orang boleh dukung dia lebih dari lima minit! Kalau pi 'shopping' pun, abi dia je la yang sanggup berkorban, itu pun kebas tangan bila sampai ke kereta. Adik memang hebat! Kelahirannya pun bukan ikut laluan biasa, satu-satunya anak yang lahir secara pembedahan. Detik kelahirannya pun, impak ujiannya tu sampai sekarang, bukan pada umi sahaja, yang lebih seriknya pada suami tersayang. Katanya "umi, no more kids k! abi tak mampu mengharungi ujian menunggu umi di luar bilik bedah lagi" ... Syahdu nyer.. Umi sayang abi!

Feb 18, 2009

Percutian yang indah

Salam sejahtera untuk semua viewer! Semoga hari ini lebih ceria, segar dan mantap dari semalam. Sesungguhnya muslim yang hebat itu, sentiasa bangga dengan 'Islam'nya, bukan bangga dengan dirinya. Bangga Islam dan bangga diri lain tau ! Baru-baru ni, kami sekeluarga bercuti ke Hotel SM, SP. Ye la.. anak-anak komen coz cuti baru-baru ni tak ke mana-mana. Anak-anak umi ni sebenarnya tak kisah jauh ke dekat, janji ada kolam, so kami dah jumpa tempat strategik! dekat jee.. Yang umi post ni, gambar dua anak umi yang comel! Iffah dan Nuzhan bergaya di lobby hotel.. Bukan main, tengok la anak sapa... Ok! Sekarang ini, umi free 10 minit. Curi masa post sesuatu untuk tatapan semua. Lepas ni, kalut dengan sukan. Maskot belum siap lagi, perbarisan belum cantik lagi. Harapan untuk johan agak tipis. Tapi takpa, semangat tu yang penting. Serius dan bersungguh dalam semua perkara! Sebelah malam pula, umi perlu ke asrama SMKB, program qiamullail bermula. Umi dijemput untuk re-call (muhasabah sebelum tidur), then ketuai qiam. Alhamdulillah, khabarnya anak-anak pengawas last year, azimah, ati dan fizo datang membantu. Terimakasih daun keladi.. Harapnya tiada yang 'melawat' ke program qiam kali ni. So all the best untuk semua yang bersungguh-sungguh menjayakannya.. bye dulu!

Feb 17, 2009

Assalamualaikum... Hari ni, umi sibuk giler. Sukan, perbarisan, qiam puteri Islam. Yang tention lagi, pihak sekolah tiba-tiba tukar jadual, semua acara pagi di tukar ke petang! Ayoo.. semua guru, pelajar tepuk dahi !! Umi terduduk... hai, habis sukan lebih kurang pukul 6.30, berkejar pula ke asrama untuk qiam puteri Islam. Malam tu, kalau peserta qiam tak tersengguk. Entah-entah umi pula yang terlena... ! By the way, jihad perlu diteruskan... sekarang ni pun umi masih di kamar kerja kat bilik tayangan, bersama 3 orang guru muda. Ada jerri, siti dan dalilah, yang sangat komited dengan kerja-kerja berpasukan. Syabas ! petanda guru cemerlang... ok, lah.. jumpa lagi.. C u. InsyaAllah, ada ruang, idea, masa umi menulis lagi. Bye!

Feb 13, 2009

Kenali UMNFL's FAMILY


Assalamualaikum anak-anak semua..

Salam taaruf untuk semua yang membuka blog umi ni.. Baru je try-try. Belum mahir sangat. Just memenuhi permintaan anak-anak yang merindui wajah-wajah comel dan handsome kami!

So, gambar ni diambil kat studio time raya 2008, then umi hias sikit dengan adobe photoshope aftar berguru dengan anakanda Yon.. retilah sikit. InsyaAllah.. akan menyusul beberapa gambar yang lain selepas ni. Enjoy viewing!