Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Jun 29, 2009

Syukurku Di Ambang 39'

Salam semua! Allahuakbar.. Sesungguhnya Anugerah ini segalanya dari DIA. Dari-Nya kita datang, pada-Nya jua kita kembali. Hidup ini adalah ladang akhirat. Terkadang leka menyinggah, lagha menjengah, alpa dilamun keindahan dan ujian dunia. Sesekali terasa sangat kerdil berbanding dengan insan lain. Anak-anak pelajar IPT datang ziarah ke bilik umi, membukit ilmu dengan langkah patriot membawa wadah Islam. Subhanallah, anak-anak muda itu begitu semangat menyumbang idea, bicara untuk adik-adik SMKB. Terimakasih. Ya Allah, suburkanlah jihad mereka, tautkan hati kami dengan talian iman, agar sentiasa mekar dan seiiring dunia akhirat. Menjelang usia, menyambut ulangtahun ke-39 ni ( 1 Julai ). Banyak yang terluah, tersirat. Syukur pada-Mu Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.... Umi syukur;
1. Anugerah usia : selepas menempuh segala kritikal ujian sakit bulan lalu. setelah bertungkus mengharung saat kritikal sakit di ICU, umi masih diberi peluang menyambut hari lahir ke-39 bersama insan-insan tersayang... Sayang Allah!!
2. Anugerah kasih-sayang : terasa sangat limpahan kasih suami, anak-anak, kaum-kerabat, sahabat, pelajar dan semua yang mengasihi atas nama ihsan, ukhuwwah fillah. Doa kalian adalah penawar sakit, membina jati diri melawan ujian Ilahi;
3. Anugerah sihat : manusia sering tewas melawan nafsu makan, Ya Allah.. setelah ujian ini umi lalui, barulah sedar erti 'makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang'. Sering berlaku ghalit dengan urusan dunia, terlupa makan sehingga gastrik menyinggah baru kelibut mencari ubat. Terkadang makan sehingga terlupa berhenti kerana terlalu enak! Baru kini umi memahami hasrat tersirat di sebalik sunnah. Sesungguhnya perut yang kosong, ubat penyakit hati dan malas.. Alhamdulillah. Terimakasih, Tuhan.. atas anugerah sakit ini. Aku, hamba-Mu yang sangat kerdil dan tiada upaya..

Doakan umi...

- sambutan harijadi umi ke - 38 (2008) -

2 comments:

along Nazirah said...

"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan meyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya yang sebenar. Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar ) tentangMu. Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini "

~Selamat Hari Lahir, Umi.. Keikhlasan dan kasih sayangmu, jadi cahaya buat insan-insan yang sedang membina diri sebagai pejuang agama Allah.. Moga dirimu sentiasa dirahmati.. Salam sayang dari Along... ~

umimaudah said...

Thanks.. along. Segala memory bersama terimbau.. abadi dalam kenangan biar musim silih berganti. Dirimu tetap istimewa di hati.

zwani.com myspace graphic comments