Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Jun 10, 2009

Salam Penghujung Cuti

Assalamualaikum. Salam penghujung cuti untuk warga sekolah (guru dan pelajar), salam rehat untuk anak-anak IPT yang masih menyumbang bakti di sisi keluarga. Semoga cuti kalian dimanfaatkan sepenuhnya untuk family dan masyarakat. Baru-baru ini, tika menunaikan solat musafir di RnR, bertemu dengan seorang pegawai polis wanita.. Bicaranya bernada prihatin, kecewa dan agak kasar tapi ber'isi'.
" Ramai wanita yang solat sini, bukan perempuan tapi betina!" ujarnya.
" Maksud puan ?" umi mengerutkan dahi.
" Iyalah... tau nak solat, tapi telekung di'perosok'kan ke hujung dinding, sejadah tak dilipat, sampah merata-rata, ini bukan perempuan tapi betina!" nadanya tinggi dan kecewa.
" Oooo... " terkedu umi. Tak tahu nak respon bagaimana.
Umi meninggalkan ruang solat dengan pelbagai persoalan. Mengapa harus berlaku perkara sebegini? Jika kita di rumah, dilatih ibu sentiasa lipat telekung, simpan sejadah kemas di rak. Mengapa ianya tidak boleh dipraktikkan di semua tempat. atau barangkali wanita hari ini biasa dimanjakan dengan 'bibik' dan pembantu, atau remaja kita dimanjakan oleh ibu yang sentiasa menyelesaikan urusan mengemas bilik dan ruang tamu.. sama-sama kita muhasabah. Apa pun, jadilah seorang 'wanita', bukan 'betina' di mata masyarakat... Wasallam.

No comments:

zwani.com myspace graphic comments