Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Jun 22, 2009

Di atas nama C.I.N.T.A

Assalamualaikum.. beberapa hari diterpa kesibukan kerja, menguruskan persiapan KRB 09, alhamdulillah, hari ini dapat juga menyambung bicara maya. Mencatatkan coretan, hasil pemerhatian insan kerdil di bumi Allah SWT ini. Umi sangat suka bicara pasal cinta, kerana bagi umi, manusia kerdil tanpa cinta. Cinta insan tanpa disulam cinta Rabb, cinta itu jadi pincang. Cinta Rabb tidak dihiasi cinta sesama insan, terkuburlah silaturrahim yang menjadi tunjang kekuatan ummah. Atas nama C.I.N.T.A lah, sebuah keluarga jadi ceria, sahabat tak lekang berhubung, musuh sukar mampir, riak meminggir. Pastinya subur ikatan iman, sebagaimana suburnya bunga-bunga cinta sesama insan. Semalam, tika makan di Warung berhampiran Bank Islam.. umi temui beberapa keluarga. Ayah dengan anak.. berjalan beriringan. Wajah si ayah subur ceria, wajah anak penuh semangat. Pastinya ayah membawa anak melengkapi dokumen untuk ke IPT. Umi disapa seorang bekas pelajar SMKB.
" Umi ke ni? Kurus nye.. umi sihat! " ramai yang tahu tentang umi yang baru sembuh dari kritikal dua bulan lepas.
" Alhamdulillah.. "
" Anak saya dapat USM. " si ayah berkata. Ada nada syukur di situ.
" Subhanallah... Syukur. " umi memegang tangan si anak, genggam erat.
" Sekarang nak uruskan hal-hal nak masuk U ni la.. "
" ok, ok... tahniah dari umi. Belajar rajin-rajin ek!"
Kami bersalaman. Peluk-peluk.. Umi tepuk bahu, tumpang bangga.
Mencuri panjang pada si ayah, yang membetulkan kedudukan.
Pastinya kedudukan yang agak kemas dan yakin, kerana anak kesayangan sudah jadi pelajar IPT.
Alhamdulillah.. sekitar umi, lalu-lalang.. ramai lagi pasangan ayah, ibu dan anak, anak dengan ibu. Umi doakan agar anak-anak ini sentiasa meletakkan ibu, ayah. Insan pendorong sehingga berjaya merangkul segulung ijazah. Minta jauh dari halangan, samada cinta atau budaya atau apa sahaja. Haruslah diingat atas nama C.I.N.T.A, korbankan dulu hasrat untuk berseronok.. berlibur tanpa batas, kerana keseronokan itu bersifat sementara. Hanya cinta Allah yang hakiki, cinta ibu dan ayah. Penuhilah impian mereka.. Di IPT nanti, jika ada pun cinta ajnabi yang menyinggang, jangan sesekali menggantikan taat cinta kita pada yang lebih berhak.. Salam perjuangan!

2 comments:

assyahida said...

insyaAllah..
terasa kerdil mengikuti langkahmu sang murabbi..
namun, ditinggalkan atas jalan ini tak mungkin..

syukran atas nasihat..
titpkan semangat murabbi mu dalam diriku..

Allahu yubarik muallimati...

salam juang..

aisha~ said...

DI ATAS NAMA CINTA
UNIC~

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya