Kek Coklat - special ... Selamat Hari Jadi, adik!
Bergambar ceria saat memotong kek harijadi - adik dah tak sabar nak potong!
" Abi sayang... halalkan segala makan-minum. Maafkan segala yang terkasar dan kekurangan umi selama menjadi isteri abi. Tolong jaga anak2... " suara umi dalam. Sukar menelan air liur sekalipun.
"Abi pun.......... " kami bertangisan.
"Umi... umi kena kuat semangat! Kami semua perlukan umi... " bisik abi.
Umi menarik nafas panjang. Ya Allah, hanya pada-Mu kupohon kekuatan ini..
Doktor hanya memberi harapan 50-50 untuk umi selamat. Segalanya boleh berlaku. Kemungkinan berlaku pendarahan yang banyak, tidak berhenti yang terus meragut nyawa adalah satu kebimbangan yang mengecutkan hati kami. Saat umi disorong ke ruang bedah, di situlah abi terpaksa melepaskan tangan umi. Umi sempat pandang wajahnya yang sangat gusar, umi tahu abi cuba mengukirkan senyum yang paling manis buat isteri tersayang.. yang mungkin keluar nanti tidak bernyawa lagi.. Ya Allah... tolonglah.. berilah peluang untukku meneruskan khidmat sebagai isteri terbaik untuk insan semurni suamiku!
Akhirnya... anak bongsu umi lahir.. melalui pembedahan. Sakit masih terasa.. Bius hanya 50% berkesan. Umi hanya mampu mengetap bibir, membisikkan nama ALLAHU AKBAR bila pisau bedah menyentuh perut. Demi anakku... suamiku..... semua yang menyayangi..
Alhamdulillah, kini segalanya tinggal memori pelbagai rasa.. menitip perjuangan semalam dan kekuatan daya juang. Umi sedar, perjuangan sebenar baru bermula... mendidik anak hingga menjadi 'insan murabbi' yang mampu mendidik diri, keluarga dan ummah!
umi - sekadar berkongsi saat getir melahirkan anak tersayang. fikir dan kenangkan pula cerita ibu tatkala melahirkan kalian. Sayangilah mereka hingga akhir hayatmu....
No comments:
Post a Comment