Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Jan 9, 2010

Ada rasa di sebalik cerita

aktiviti ketika slot kendalian kaunselor Mutalib

- slot bersama Penceramah Jemputan: Anis Shaari -

- kenangan ketika hari pendaftaran di Tahfiz SMART -

TAK TERUNGKAP ucapan maaf umi, agak lama setelah menyambut awal 2010, umi menyepi dari ruang bicara ini. Terlalu banyak halangan menduga, beberapa kali mencuba, namun tidak juga mampu menyudahkan kalam, terkadang terhenti tanpa nokhtah. Malam ni... hmm pagi la kot (menghampiri jam 2 pagi) - mata umi masih segar. Ada kerja sekolah yang masih belum selesai, juga ada 'penantian' yang resah menunggu jawapan, ada 'pasrah' yang menunggu qadha dan qadar Tuhan. Cerita umi bermula seawal 3 Jan 2010 dengan kesibukan mengendalikan orientasi Tingkatan 4 - gembira dan ceria bersama kaunselor Yus dan Hayati - Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Hari ke-2, majlis menjemput Anis Shaari selaku Pengurus Latihan UMFL RESOURCES menyempurnakan slot motivasi. Tahniah! Ramai yang ter'sentuh' dan ter'panggil' untuk terus membina kecemerlangan dalam restu Ilahi. Barangkali pagi ini, hanya sempat intro sahaja mengenai program tahunan ini. Minggu awal 2010.. umi berdepan dengan ujian siang, malam yang kepenatan - menjadi ibu, guru dan isteri tika suami dalam masa yang sama ter'sangat' sibuk dengan urusan dan amanah selaku ketua warden dan pemeriksa kertas - umi sekadar membantu yang mana termampu - bagi umi, ianya satu ujian kerana sangat menguji kekuatan mental dan jiwa. Sabar sangat dituntut - apatah lagi dengan kerenah pelbagai anak bongsu umi -Baby Nuzman- kehilangan 'rakan sepermainan' kerana kakak dan abang sibuk menyiapkan 'homework' , sunyi dia (kesian) - akhirnya bermain kereta sendirian, terkadang tertido di sofa, Subhanallah! Tarikh 3 Jan juga ialah Harijadi anak sulung umi yang pada tarikh yang sama mendaftar ke asrama SMART. Sebaik selesai tugas di sekolah, bersiap terus untuk taklimat waris jam 3.30 ptg. Memecut se'hikmah' mungkin, kami hanya mampu sampai di SMART sekitar jam 4.30 ptg. Majlis dah sampai ke penghujungnya.. Fuh! Sekurang2nya kami sempat berjumpa Ust Abdullah Khairi (Penceramah Motivasi) turut menghantar anaknya. Wah! Hebat juga sekolah nih! Berpisah dengan Nu'man membuka lembaran sendu yang baru - rupanya begini rasanya ibubapa yang menghantar anak ke asrama - bagaimana agaknya yang menghantar anak ke luar negara - Umi baru dapat tahu, seorang sahabat umi menghantar anaknya (tingkatan1) ke Yaman. Wow! Hebat waris ini! Belum mampu umi ke tahap itu. Pagi ini, tanggal 9 Jan, umi ke MPC, menghadiri taklimat ke-2 oleh Mudir Am STAIL/SMART. Ramai waris yang datang, hampir penuh dewan.. MasyaAllah! Semangat umi berkobar2 setelah mendengar penjelasan dan matlamat sekolah dari pengurusan. Ya Allah, bantulah insan2 hebat ini melahirkan MUJTAHID seramai yang mungkin.. Sebelah petangnya, kami sekeluarga menziarah nu'man di asrama. Masa singkat tapi berkualiti. Anak umi bercerita pengalaman seminggu.. menarik dan seronok. Alhamdulillah! Ya Rahman, tetapkanlah hatinya di sini.. Cerita yang paling menarik dan 'teruja' ialah salah seorang senior nu'man - orang Baling gak - berjaya menghafal 20 juzu' dalam tempoh setahun, sekarang beliau di Tingkatan 3, sedang berusaha menghabiskan baki beberapa juz yang belum lancar. MasyaAllah!
"Umi, Nu'man nak ikut jejak langkah abang Irshad tu.. " mata nu'man bercahaya.
"InsyaAllah... ada usaha, di situ ada jaya.. " mata umi pula berkaca.
"Ustaz Fahmi kata, jika mampu hafal di usia muda.. dia nak bawa pi umrah kat Mekah.. Umi, nu'man nak pi Mekah juga... " nu'man pegang lengan umi.
"Ya Allah... terimakasih Ya Allah... " umi tidak mampu berkata lagi.. hanya bisikan hati meruntun sebak.. Semoga cita2 mu dimakbulkan, anakku sayang...
Tika tirai 9 Jan dilabuhkan... umi dikejutkan dgn satu msj... "anak sahabat guru smkb terjatuh dari syiling 10 kaki" Ya Rabbi.. bergegas kami ke emergency room. Pelbagai rasa, sebak.. 'semoga anak itu diberi kekuatan menanggung sakit, semoga ibubapanya diberi kekuatan sejuta tabah.."

umi: rahsia hati hanya DIA yang Maha Mengetahui...

No comments:

zwani.com myspace graphic comments