Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

May 24, 2010

Saat Bertengat Dengan Masa

hadiah pen chomel!

Assalamualaikum semua.. Bukan sengaja menyepi. Ramai anak2 yang tertanya2, di mana umi? Sebenarnya umi terlalu bertengat dgn masa. Ya Allah.. terasa sangat kerdil diri ini, bagaimana mungkin mampu jadi pendokong wadah perjuangan, jika gagal mengatur dan menyusun jadual kerja sebaiknya... Hmm, senarai kerja masih meleret panjang, umi tercunggap me'ligan'. Ya Allah.. bantulah hamba-Mu yang lemah ini. Tugas utama sebagai isteri, ibu dan pendidik masih 'lompong' di sana-sini, perlu memenuhi undangan ceramah, merangka dan melaksana program syarikat, menyempurnakan tugasan pelajar sarjana... dan terbaru.. umi menyertai saingan Baling ke Pertandingan Pengisahan Peringkat Negeri 1 Jun ni. Semalam, bergegas mengepos laju proposal sarjana ke USM, persediaan untuk pembentangan pada 4 Jun nanti. Apapun.. tugas tetap tugas. Amanah harus dipikul.. perlu lebih bijak merancang masa. InsyaAllah. Tika lelah, umi dikejutkan dengan hadiah dari insan tersayang.. suamiku! Selamat Hari Ibu/Guru, sayang!! ucapnya penuh makna..

May 13, 2010

Kursus Penulisan Kreatif

Penceramah muda, cik Anis menyampaikan slot
bergambar kenangan bersama penceramah, Cg Shimah dan Cg Mashitah

Bermula dari kesungguhan Panitia Pendidikan BM, SMKAB untuk melahirkan lebih ramai pelajar berkarya, maka lahirlah usaha mengintip penceramah untuk mengisi slot ini. Menurut cerita Cg Shimah, jenuh juga berpusing2 mencari penceramah, akhirnya baru perasan ada ex SMKAB sendiri yg boleh mengisi slot ini. Justeru, Anis Shaari, ex-PKU 2003 juga anak seorang sasterawan ulung Baling, Shaari AB dipilih mengisi slot itu, tahniah. Umi tumpang bangga. Ketika beliau rancak menyampaikan pengisian, mampir pengetua meninjau.
"Tahniah, suara jelas... penyampaian yang baik.. " pujian ikhlas dari beliau.
Umi dijemput oleh Anis (sememangnya kursus2 seperti ini tidak boleh dilepaskan) menjadi peserta kursus, alhamdulillah .. banyak yang dapat diaplikasikan. Thanks! Umi rasa sudah sampai masanya, pengurusan SMKAB mula mengumpul ex SMKAB untuk menyampaikan slot2 ceramah selain penglibatan aktif mereka dalam Tunas Muda. Di luar sana, lambakan ex SMKAB yang telah bekerja dalam pelbagai bidang. Jika Fikri Yahya disebut aktif dengan hasil kreatifnya dalam multimedia, sentiasa menyumbang terutama dalam Tunas Muda dan Briged Cyber, apa kurangnya anak2 yang lain...Hmm ada Nazaruddin (pegawai Petronas), Fauzi (Consultant), Wan Nazirah (Guru PJ), Murshida ( Bakal Doktor), Taufikiah (Farmasi), Afifah (Tesl) - sekadar menyebut beberapa nama yang 'come across my mind' . So, just come.. sekali sekala menjenguk adik2 SMKAB.

Orientasi Pra-U SMKB



Alhamdulillah... setelah seminggu bertekun di atas kerusi, akhirnya anak2 pelajar tingkatan 6R akan bertemu dengan guru kelas masing2 Isnin depan. Khabarnya ada yang akan bertukar, selain ada yang bersemangat ingin meneruskan perjuangan di SMKB. Bagi umi, yang penting kita sentiasa hidup dalam dahagakan ilmu, cintakan guru. Bermula slot umi, seawal pagi Isnin jam 7.45 membicarakan kecemerlangan pelajar, kemudian rabu jam 7.45 am juga bersama barisan MT pengawas SMKB - akhirnya hari ini, sekali ini umi terlibat mengendalikan Forum Bicara Tentang Cinta bersama 4 org anak2 pelajar (Adibah -SMKB, Amirul - SMKAB, Azlan - SMKSB dan Ehsan juga dari SMKSB) tahniah kerana berjaya memainkan peranan dengan baik. Slot tayangan sedutan filem Ketika Cinta Bertasbih menyerikan ruang rehat. Semoga terhibur dan mendapat manfaat.

May 11, 2010

Selamat Bahagia untuk Semua ibu!




Salam semua... beberapa kali berusaha menyempurnakan catatan sempena Hari Ibu - 9 Mei 2010- ada sahaja halangan. 2-3 kali juga, bila nak publish. black out, urusan mengejut etc lagi. Hmm belum jodoh nak publish. Barangkali kerana terlalu banyak yang ingin dicatat, maklumkan Hari Ibu adalah hari yang cukup bermakna untuk umi. Terharu dengan ucapan2 msg yang tidak henti dari sahabat dan anak2 pelajar, umi dikejutkan dengan hadiah pertama dari Nu'man..
" Umi.. Nu'man dah hafal satu juz.. " jernih air mata terjun menuruni pipi. "Hmm inilah hadiah sempena Hari Ibu,nu'man tak beli yang lain." umi senyum, kucup dahi anak tersayang tatkala ziarah ke SMART.. Alhamdulillah. Inilah hadiah yang paling best! Diseri dengan ucapan dan hadiah kad, bunga, kek dari anak2 umi yang sentiasa mem'bunga'kan hati. Terimakasih semua.. Umi sangat menyayangi kalian. Terimakasih suamiku yang sentiasa melimpahkan kasih dan sayang, anak-anakku, anak2 pelajarku dan semua yang mengenali dan menyayangi.. Doakan ibu ini sentiasa berada pada posisi ibu solehah dan baik. InsyaAllah.. Ameen.

May 6, 2010

Keringat seorang ibu

umi-nu'man selepas acara lari 200 berpagar karnival sukan SMART
pelukan sayang seorang ibu - baik, baik menghafal ye... sayang

Salam penuh kerinduan. Saat ini, kebanyakan ibu berada di sekitar pasar, menyediakan bahan untuk juadah tengahari. Namun umi masih di depan laptop, baru selesai mengedit proposal master yang telah lama terbengkalai, cadangnya ke usm bertemu Dr Farid. Fikir punya fikir, hai kena postpone dulu (e-mail je dulu) lagipun umi perlu simpan stamina untuk program TBT for Kids esok di Baling Inn. Tapi, umi harus ke SMART menyempurnakan janji menghantar MP3 hari juga, dah janji .. (kegunaan Nu'man memudahkan hafalan), kebetulan pula suami bertugas warden hari ini, means can't go anywhere.. hmm bagaimana ye? Jenuh memerah otak, akhirnya decide..
09.15 - 09.45 ke pasar - rancang pembelian.
09.45 - 10. 15 masak - lauk se-simple mungkin.
(sempat ke ni? ) Tolong Ya Allah..
10.15 - 10.45 bertolak ke centre square SP
10.45 - 12.00 searching for mp3 di centre square SP ( mohon dipermudahkan )
12.00 - 12.30 bertolak ke SMART
12.30 - 02.00 bersama anak tersayang di SMART ( bestest moment!)
02.00 - 03.00 bertolak pulang ke Baling
hmm.... macam ni lah lebih kurang perancangan umi hari ni. Doa ek! Semoga dipermudahkan semua urusan.

p.s hadiah seorang ibu untuk anak ibu menjelang sambutan hari ibu ahad ni.

May 2, 2010

Bila Cinta Bertasbih (BCB)


Calon impian ramai gadis ... pastinya akhlak dan iman di dada !
- cerita yang hebat dan 'touching' -

Salam... Ya Rabbi, terimakasih byk2 kat Naza sebab bagi movie yang sangat best ni (BCB). Fuh! Umi bagi 5 stars - malam tadi nonton dgn adik Nuzman sampai meleleh2 air hingus - dasat betul penangan Habiburrahman el-Shairazy kali ni - tanpa sebarang adegan sentuhan, aksi berlebihan.. Ya Allah, Ya Rahman... hati umi terasa suci, teringin nak jadi Anna (heroin), setiap gadis yang menonton pastinya teringin mendapatkan suami seperti Azzam.. Subhanallah!

p.s - I've got one!!

May 1, 2010

Kenduri... Oh Kenduri

adik bergaya mesra dgn sahabat sehati sejiwa
sebahagian anak2 umnfl's group yg datang membantu.. Thanks!
Suprise!! - kehadiran naza! Thanks so much...

Salam... Alhamdulillah, kenduri selesai. Biar tetamu yang hadir tidak seramai yang dijemput. Terimakasih kepada anak2 umnfl's group yang sudi jadi mentara.. Jasamu dikenang. Ada jua kejutan! Anakanda Nazarudin tiba2 muncul jam 5 ptg.. walaupun baru lega accident di KL dua hari lepas.. Hmm.... Thanks! Terharunya...

p.s Jom jenguk umah kami!