Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

May 13, 2010

Kursus Penulisan Kreatif

Penceramah muda, cik Anis menyampaikan slot
bergambar kenangan bersama penceramah, Cg Shimah dan Cg Mashitah

Bermula dari kesungguhan Panitia Pendidikan BM, SMKAB untuk melahirkan lebih ramai pelajar berkarya, maka lahirlah usaha mengintip penceramah untuk mengisi slot ini. Menurut cerita Cg Shimah, jenuh juga berpusing2 mencari penceramah, akhirnya baru perasan ada ex SMKAB sendiri yg boleh mengisi slot ini. Justeru, Anis Shaari, ex-PKU 2003 juga anak seorang sasterawan ulung Baling, Shaari AB dipilih mengisi slot itu, tahniah. Umi tumpang bangga. Ketika beliau rancak menyampaikan pengisian, mampir pengetua meninjau.
"Tahniah, suara jelas... penyampaian yang baik.. " pujian ikhlas dari beliau.
Umi dijemput oleh Anis (sememangnya kursus2 seperti ini tidak boleh dilepaskan) menjadi peserta kursus, alhamdulillah .. banyak yang dapat diaplikasikan. Thanks! Umi rasa sudah sampai masanya, pengurusan SMKAB mula mengumpul ex SMKAB untuk menyampaikan slot2 ceramah selain penglibatan aktif mereka dalam Tunas Muda. Di luar sana, lambakan ex SMKAB yang telah bekerja dalam pelbagai bidang. Jika Fikri Yahya disebut aktif dengan hasil kreatifnya dalam multimedia, sentiasa menyumbang terutama dalam Tunas Muda dan Briged Cyber, apa kurangnya anak2 yang lain...Hmm ada Nazaruddin (pegawai Petronas), Fauzi (Consultant), Wan Nazirah (Guru PJ), Murshida ( Bakal Doktor), Taufikiah (Farmasi), Afifah (Tesl) - sekadar menyebut beberapa nama yang 'come across my mind' . So, just come.. sekali sekala menjenguk adik2 SMKAB.

No comments:

zwani.com myspace graphic comments