Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Aug 20, 2010

Aku seorang wanita..


Assalamualaikum semua, selamat meneruskan ibadah puasa. Semoga segala amal ibadah kita dikira sebagai kuntuman bunga segar menghiasi laman syurga.. Sudah lama, umi tidak berbicara di sini.. agak lama.. seminggu kot, sebab sibuk atau tidak pandai menguruskan masa - umi byk berbicara di facebook. Maybe lebih simple dan mudah. Namun blog ini masih dirindui - di sini, ruang utk umi berbicara dengan dunia luar, menghantar bicara tarbiah dan mesej rindu pada anak2 di rantauan - nun jauh di IPT, dalam @ luar negara. Pagi2 ini, umi bangun awal, sediakan juadah sahur, siap je.. tgk jam.. masih awal;
"... awal lagi ni.. jam 5, baru kejutkan anak2, bukankah sahur sebaiknya dilewatkan. Apatah lagi, anak2 umi masih kecil, belajar bertatih fadhilat puasa, justeru umi mencuri peluang ini.." - menterjemahkan kerinduan di ruang blog yang telah ditinggal sekian lama.
"...apa khabar, wanitaku? - Ramadhan ini, ramai wanita bertungkus mencari rezeki. Umi temui wajah2 gigih ini di bazaar, meneman suami menjual juadah berbuka. Ramai sekali wanita. Ada wanita kelihatannya lebih berkuasa dari suami, dialah yg menentukan harga barang, susun atur barang- manakala suami hanya menurut sahaja. Barangkali wanita ni pemimpin tika di bangku sekolah, siapa tahu. Ada wanita yg hanya menurut arahan suami - ciri2 wanita solehah nih!
"... mampukah aku? - hari ini juga umi diminta kaunselor untuk mengendalikan slot muhasabah selepas majlis baca yassin dan tahlil di Masjid Baling utk anak2 calon PMR, SPM dan STPM bersama waris (ibu) masing2. Umi tatap lagi, wajah sayu ibu-ibu yg menyeka titis air jernih yg gugur denga hujung lengan baju.. " Oh.. wanita..
'... aku wanita punya hati nurani.. " itu alunan suara Siti Norhaliza (umi suka lagu ni)
Wanita sebenarnya punya kekuatan jiwa yg tidak mampu dikalahkan oleh lelaki (ini kata ustaz umi dulu) - wanita mampu menanggung susah mengandungkan belasan anak selama 9 bulan, manakala suami bila diminta mendokong bayi sehari pun - dah bersungut, letih, capek! - wanita kuat menahan sakit tika me'neran' berbelas anak, namun suami sakit demam pun mula meracau mcm nak mati.. Wanita HEBAT! Kisah hebatnya wanita banyak umi sebut dalam siri ceramah umi tika mengisahkan Isra' Mikraj - kita tidak lupa kisah MASHITAH - tukang sisir Firaun tika mendaulatkan cinta Tuhannya mengatasi segala ancaman dan kejamnya Firaun.. Ya Allah.. Sungguh, wanita ini hebat.
"... namun, apakah aku sehebat wanita-wanita serikandi ini?
Jika diterpa musibah, terus menyalahkan takdir... "Why me... ?"
Jika diserbu masalah, melatah menyalahkan semua ... "Kenapa begini... ?"
Jika digoda nafsu.. hanyut sesat dalam syurga dunia yg fana... " Muslimah... mukminahkah aku?"
Justeru teringat kata ustaz umi - wanita susah masuk syurga kerana nafsunya 9, wanita juga mudah masuk syurga hanya dengan satu akuran...
TAAT, cintakan suami.. mendengar cakap suami, menerima tiap kekurangan, tiada sungutan @ keluhan, menghargai kelebihannya, sentiasa membantu ketika sukarnya, menjadi penyejuk mata, sentiasa di sisi dalam tidur dan jaganya.. Ya Allah, Ya Rahman.. Ya Rahim..
Engkaulah.. yang lebih mengetahui setiap apa yg terdetik dalam jiwa hamba-Mu.
Jadikanlah aku... ISTERI SOLEHAH buat suami tercinta.

1 comment:

mmk said...

umi,so touching....

sama2 doakan moga2 mati kita nanti adalah sebagai isteri yang solehah yang diredhai suami dan tentunya Dia yang Maha Mengasihani..walaupun masa hidup ini kita terkadang jatuh dan bangkit dalam mujahadah panjang ini...

rindu nak mendengar 'lecture' umi lagi =)