Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Jun 3, 2010

Memori Pengkisahan

bersama hadiah yang dikongsi bersama - bukan sekadar hadiah biasa -

Saat manis ditemubual oleh wartawan RTM

bersama jurulatih hebat yg sentiasa 'segar' dan 'segak' - ust shams

Trio Anak2 Harapan tersenyum puas - biar sekadar Naib Johan.

Di Pentas Auditorium RTM - Bersama Ketua Pengarah Penerangan Malaysia

Assalamualaikum semua! Sekian menyepi.. bukan sibuk sgt tapi info terkini, umi banyak sebarkan thru fb, agak singkat dan ringkas. Btw, terlalu banyak yang ingin diceritakan kerana bagi umi setiap hari yang berlalu penuh dengan cerita peribadi yang pelbagai rasa. Tapi fokus umi kali ni, just mengenai kenangan yg sangat indah bersama trio -anis-yusra-umi- untuk merealitikan satu impian - Ke Terengganu! (jika johanlah). Tapi nampaknya kami tewas dgn kumpulan teater terkenal di Alor Setar (AKRAB) - itupun hakim kata tipis sangat. Lebih manis bila, Ketua Pengarah Penerangan Malaysia sendiri tidak puas hati, kami di tempat ke-2. Isu 1Malaysia yang digarap dalam lakunan kami, sangat menyentuh hati beliau langsung menjemput kami turut ke Terengganu tapi sebagai Jemputan untuk persembahan istimewa. Ya Allah.. syukur.. Pengalaman ditemubual (masuk tv) oleh RTM, berkongsi rasa kejayaan - best moment - terharu bila suami ambil cuti rehat semata2 untuk menyaksikan pertandingan.. anak2 yang menghayati setiap bait lafaz bicara kami di pentas.. Thanks to all ! Special untuk My Beloved Husband.. Ust Shams!

No comments:

zwani.com myspace graphic comments