Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Jun 5, 2010

Makna cuti sekolah


Salam, semua. Semalam umi lulus dalam pembentangan proposal di USM. Fuh! Alhamdulillah, terimakasih atas insan2 istimewa yg byk membantu. Berada di dalam seminar yang penuh dengan ilmuan ( Prof Dr Radzi, Prof Dr Syakirah, Dr Farid, Dr Asri ZA, Dr Jazni, Dr Suhaila, Dr Nizam ) membuatkan diri terasa sangat kerdil ilmu. Digagahi jua berhujah untuk mempertahankan kajian yang bakal dibuat. Terimakasih suamiku, jua anis yang turut sama mengikuti acara tersebut. Suntikan semangat kalian, buatkan umi lebih yakin di sesi itu. Sykurlah penyelia umi, Dr Farid sama mempertahankan hujah. Hari ini, bermula 'study' sebenar.. menyiapkan segala kajian sehingga segulung sarjana tergenggam di tangan. Bersama dengan anak kesayangan, Nubhan yang akan menduduki UPSR (11 Sept 2010) nanti, kami banyak menghabiskan masa study bersama. InsyaAllah... Doakan! Makna cuti sekolah hanya pada anak2 umi y lain. Suami pula minggu 1, pasti sibuk dengan softball dan Tunas Muda.

p.s Selamat bercuti, rehat untuk semua !

No comments: