
Assalamualaikum wbt..
"Eh.. aku tengok bukan main sakan lagi *** berniaga.." Berkata seorang sahabat.
"Alhamdulillah... sekurang-kurang dia berusaha.." Umi menjawab.
" Ya Allah... duit gaji dah berlambak, buat apa nak niaga lagi... " Sungut sahabat itu lagi.
Dahinya berkerut.
" Datuk Siti Nor Bahiyah bukan sekadar berceramah yg ribuan 'income'nya, malah ada butik sendiri, selain consultant anak soleh, juga beberapa aktiviti niaga yang lain. Dato' Haji Fadhilah Kamsah juga seorang usahawan, ramai lagi org2 yg bergaji tetapi berniaga.. kita sahut seruan sunnah .. 99% pintu rezeki.." umi menduga.
Sahabat itu terkedu.
Dahinya berkerut.
JANGAN SELALU MENGATA
Kita selalu sentiasa merasakan, org berniaga tu banyak duit. Alhamdulillah. Rata-ratanya begitu. Namun ada yang berniaga sebab menampung keperluan bulanan. Barang harian semua dah mahal.. minyak naik, pampers naik, mas kahwin pun naik!! Umi sering menerima sungutan shbt2 yang bertungkus-lumus berniaga ni.
"Malaslah umi, depa dok kata kita kaya... walhal, depa tak tahu kita ada tanggung banyak.. duit gaji ciput jer, bila niaga ni boleh la ber'kuak' sikit.. bukan boleh jadi jutawan pun! Untung pun cukup2 makan.." sungut seorang kawan yang berniaga.
"Biarlah... kata-kata depa tu doa.. nanti kayalah!" umi nak sedapkan hati. kebetulan umi pun sering menerima kata-kata yang sama.
"Bilalah org melayu kita nak maju jika pakat dok berdengki macam ni.."
"Terus jer menjual...Allah tahu, kalau dapat pembeli di kalangan org yang dok mengata tu, lagi best! " Umi angkat ibu jari..
"Umi ni... " rajuk sahabat.
"Relax ler... jgn tention.. alang2 berniaga.. biarlah jutawan. Dapat dua gaji. Cuma kena pandai cari bisnez yg sesuai dengan kita, kemahiran kita. Nak tunggu org tak mengata, sampai bila kita tak bergerak.. " Umi tersenyum. Sahabat niaga nampak lega.
Syukurlah..
JADILAH INSAN YANG SENTIASA MEMBERI
Fikir-fikir, hidup kat dunia ni, tidak pasti bila... ajal maut tak tentu bila. Pernahkah terfikir, apakah 'guna' kita kepada insan sekeliling? Adakah kita sentiasa menyenangkan ahli keluarga, sahabat dan taulan.. atau ada @ tiada kita sama sahaja. Yang lebih ditakuti.. tiadanya kita lebih menyenangkan orang lain. Nau'zubillah. Umi suka kata-kata tema SaifulIslam - "Erti Hidup Adalah Memberi".. cuba sebaiknya aplikasi dalam keluarga, sentiasa memberi kepada suami yang terkadang perlu bantuan kewangan tanpa merungut, mahupun berkira.. sentiasa memberi ruang anak2 bersuara - mana yang suka @ yang tidak suka - sentiasa 'ada' ketika mereka memerlukan kita, sentiasa memberi apa yang termampu. Bukankah kita juga bahagia bila melihat orang lain bahagia - lebih best lagi, kita yang membahagiakan mereka! Manakah yang lebih seronok.. bila anak2 merungut.. "Mak ni... asyik membebel jer, kita buat semua tak kena..!! atau kita terdengar anak2 bersembang sesama mereka.. "eh.. abang dengar mak kita ada masalah kewangan, apa kita kumpul duit dan belikan sesuatu yg boleh bantu mak kita? .. atau "Mak kita tu... best, kan.. abang! " Justeru keluarga yang sentiasa memberi akan dilimpahi sifat saling berkorban dan tidak mementingkan diri.
SELAMAT EID FITRI
Raya adalah satu kejayaan. Sebulan bersekang dengan nafsu segala. Mudah-mudahan, segala amalan kebajikan - ikhlas - diganjarkan Allah pahala dan syurga. Belum terlambat kiranya, umi nak ucapkan selamat hari raya... Maaf segala-galanya! Semua anak-anak, kekawan, sedara-mara. Pastinya dalam pergaulan, byk bicara yang tersasul, ada hati yg terluka. Lebaran ini adalah ruang terbaik untuk memohon maaf.. Ampunkan segala kesalahan hamba ini, waimma ianya disengaja apatah lagi tidak disengajakan.
Lirik Lagu Haddad Alwi feat. Farhan Ibu Lyrics
terima kasihku takkan pernah terhenti
kau bagai matahari yang selalu bersinar
sinari hidupku dengan kehangatanmu
bagaikan embun kau sejukkan
hati ini dengan kasih sayangmu
betapa kau sangat berarti
dan bagiku kau takkan pernah terganti
pengorbananmu sungguh sangat berarti
Sabar bukan hanya ketika diuji sakit, tapi juga sabar ketika diuji dengan masa lapang. Ketika sedang diuji sakit, kesabaran seseorang akan tampak dari akhlaq dalam berdepan dan bergelut dengan sakitnya. Tidak jarang orang sakit bicaranya tidak karuan, penuh dengan keluh kesah, dan emosi. Sungguh, sangatlah rugi bagi seseorang yang ketika diuji sakit merungut penuh emosi,mengeluh dan berburuk sangka dengan Allah SWT. Malahan perlakuan itu tidak akan menjadikannya sembuh.
Lalu, bagaimana sikap sabar kita dalam menghadapinya? Adabeberapa sikap sabar yang bisa kita latih disaat kita diuji sakit. Pertama, sikap berprasangka baik kepada Allah. Diawali dengan menyadari sepenuhnya bahwa tubuh ini bukan milik kita, melainkan milik Allah.
Dia berkuasa penuh akan tubuh kita. sihat atau sakit, itu hak Dia (Allah). Meski usaha pergi berjumpa dan merawat dengan doktor, sudah dilakukan, tetap saja semua ada dalam genggaman-NYA. Dan kita pun patut sedar bahawa setiap sakit yang kita derita pada hakikatnya sudah diukur Allah. Maka biasakanlah untuk mengucapkan“Innalillahi wa inna ilaihi raaji’uun” ‘Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-NYA lah tempat kita kembali’.
Sikap sedar tersebut akan berbuah keyakinan. Yakin bahwa AllahSWT tidak akan menimpakan suatu penyakit pada kita bila tidak ada hikmahnya. Sehingga kita terpanggil untuk mengintrospeksi diri. Mungkin saja sakit yang kita derita karena tidak terpenuhinya anggota tubuh kita akibat kelalaian seperti terlalu sibuk berfikir sehingga kepala menjadi pusing, mengabaikan hak perut sehingga perut menjadi sakit, tidak meyempatkan riadah sehingga tubuh mudah lemah dan kelalaian dalam memenuhi hak anggota tubuh lainnya.
Sikap sabar yang kedua yang harus dikuasai yaitu sikap menerima sepenuhnya akan ketentuan Allah. Tidak berkeluh kesah. Keluh kesah adalah tanda – tanda dari ketidaksabaran. Biasanya, orang sakit menderita itu bukan karena sakitnya, melainkan karena emosinya. Dan itu terjadi karena kurang redha menerima ketentuan Allah dan biasanya terdorong keinginan untuk dikasihani, sehingga orang – orang bersimpati kepadanya. Oleh karena itu, betapapun parahnya penyakit kita, cubalah untuk sabar dan redha.
“Wahai orang – orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan sholat, sesungguhnya Allah beserta orang – orang yang sabar”. (al-Baqarah: 153)Sikap yang ketiga, dengan menafakuri hikmah sakit. Selain sebagaisarana untuk meuhasabah, mengintrospeksi diri juga sebagai sarana pengguguran dosa seperti gugurnya daun dari pepohonan. Saudaraku, sesungguhnya hidup sukses, menang mengarungi hidup, mudah mendapatkan pertolongan Allah, dan kemampuan untuk dekat dengan-NYA hanya dimiliki oleh orang – orang yang sabar. Untuk itu jadikanlah sabar sebagai penolong kita seperti halnya Sholat yang kita kerjakan.“Jadikan sabar dan sholat sebagai penolongmu”. Hal itu disebut dalam al-Quran;
(dikutip dari Majalah Al-Falah)