Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Mar 7, 2011

Ceritaku untuk semua

Assalamualaikum semua. Berhari-hari sebenarnya menunggu saat indah melakar dan menulis di ruangan blog ini. Syukurlah pagi ini.. ada sedikit kesempatan. Sesungguhnya, sukar benar mencuri masa, apatah lagi mengejarnya. Sangat rugi,insan yang mensia-siakan masa anugerah-Nya. Dua hari, mencari jejak pengajian master yang terbengkalai sebulan. Subhanallah, sukarnya merangka walau sebaris ayat. Usaha- demi usaha, perah minda yang hampir beku. Akhirnya terserlah 5 helai. Ya Allah... rupanya, akibat dari lama menyepi. Sukar juga menulis di blog, bagai gersang idea. Alhamdulillah.. umi kembali merangkak. Moralnya: tiap sesuatu jangan dibiarkan lama. Demikian juga dari aspek yang lain. Terkadang ada lintasan hati untuk menghubungi rakan lama, "Eh, biar dulu.."... "Nantilah...!". Fuh, itulah sebenarnya lintasan dan bingkisan iblis untuk meranapkan ikatan ukhuwwah, tanpa sedar. Justeru, umi seru semua ye... jika ada niat terus laksanakan, jika ada hajat terus buat. Jika ada impian, terus kejar. Jangan tangguh dan lambat-lambat. Ruginya kita sendiri. Sayang semua!!

No comments: