Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Nov 21, 2010

Sentiasalah beringat

masjid sering dianggap lokasi ketika taubat menyinggap dilupa tika nafsu menjengah..

Assalamualaikum semua... Rasanya sudah lama, tidak mencelah masa untuk menulis di blog tersayang. Ini blog sulung umi, bertatih dalam dunia maya. Alhamdulillah, blog umi telah melebar kepada 2 lagi yang mempunyai spesifikasi tugasan dan pendekatan yang berlainan. Di sini, bicara umi lebih umum. Manakala di gebung syariah, umi fokuskan untuk akademi dan iklan buku2 syariah. Laman Tarbiah Cinta pula khusus untuk anak2 yang inginkan maklumat sensasi tentang cinta. Hari ini, umi dilamun kegundahan lagi.. terlalu ramai sahabat dan saudara yang dijemput Allah sejak kebelakangan ini. Ada yang meninggal ketika usia muda, ada yang di hujung usia. En Hashim meninggal mengejut akibat serangan jantung. Kini, tiap kali ke stesyen petronas Baling, terbayang kelibatnya yang ramah bertanyakan aktiviti umi, melahirkan syukur kerana anak-anaknya berjaya menjadi insan2 berguna.. sebak. Ada shbt guru, cg Hairul Alimie kehilangan isteri tersayang yang menderita 'breastcancer' setahun yang lalu. Umi sempat menziarahinya di hospital Baling.. Ya Allah.. entah bila pula masa kita, esok... lusa? Jika boleh nak hidup lama lagi.. itulah idaman semua. Jika ada dijual kat farmasi ubat lanjut usia pasti diserbu terutama orang2 kaya walau harga berjuta. Kemarahan Allah diterjemahkan dalam pelbagai ujian.. Letupan gunung Merapi di Indonesia, banjir besar di China, Serangan Taun di Haiti.. terdekat banjir besar di Kedah, Perlis.. Banyak sangat dah! Tapi kita masih macam itu juga... sedihnya... anak2 remaja masih merempit di jalanan, berdating di taman, berkhalwat di taman bunga, rasuah melata, maksiat berleluasa.. Ya ALLAH... umi gerun dgn dunia dan cabaran. Masih mampukah diri tegak melaungkan tarbiah, sedang diri dicaci, tarbiah dipandang sepi ? Masih mampunkah menahan diri... iman yang sekelumit cuma terkadang tergelincir dek nafsu amarah yang nista.. Ya Allah... selamatkanlah diriku dan keluargaku dari panas nerakaMu, kuatkanlah iman kami... kasihanilah kami Ya Rabbi..

No comments:

zwani.com myspace graphic comments