Salam semua... beberapa kali berusaha menyempurnakan catatan sempena Hari Ibu - 9 Mei 2010- ada sahaja halangan. 2-3 kali juga, bila nak publish. black out, urusan mengejut etc lagi. Hmm belum jodoh nak publish. Barangkali kerana terlalu banyak yang ingin dicatat, maklumkan Hari Ibu adalah hari yang cukup bermakna untuk umi. Terharu dengan ucapan2 msg yang tidak henti dari sahabat dan anak2 pelajar, umi dikejutkan dengan hadiah pertama dari Nu'man..
" Umi.. Nu'man dah hafal satu juz.. " jernih air mata terjun menuruni pipi. "Hmm inilah hadiah sempena Hari Ibu,nu'man tak beli yang lain." umi senyum, kucup dahi anak tersayang tatkala ziarah ke SMART.. Alhamdulillah. Inilah hadiah yang paling best! Diseri dengan ucapan dan hadiah kad, bunga, kek dari anak2 umi yang sentiasa mem'bunga'kan hati. Terimakasih semua.. Umi sangat menyayangi kalian. Terimakasih suamiku yang sentiasa melimpahkan kasih dan sayang, anak-anakku, anak2 pelajarku dan semua yang mengenali dan menyayangi.. Doakan ibu ini sentiasa berada pada posisi ibu solehah dan baik. InsyaAllah.. Ameen.
No comments:
Post a Comment