hadiah pen chomel!
Assalamualaikum semua.. Bukan sengaja menyepi. Ramai anak2 yang tertanya2, di mana umi? Sebenarnya umi terlalu bertengat dgn masa. Ya Allah.. terasa sangat kerdil diri ini, bagaimana mungkin mampu jadi pendokong wadah perjuangan, jika gagal mengatur dan menyusun jadual kerja sebaiknya... Hmm, senarai kerja masih meleret panjang, umi tercunggap me'ligan'. Ya Allah.. bantulah hamba-Mu yang lemah ini. Tugas utama sebagai isteri, ibu dan pendidik masih 'lompong' di sana-sini, perlu memenuhi undangan ceramah, merangka dan melaksana program syarikat, menyempurnakan tugasan pelajar sarjana... dan terbaru.. umi menyertai saingan Baling ke Pertandingan Pengisahan Peringkat Negeri 1 Jun ni. Semalam, bergegas mengepos laju proposal sarjana ke USM, persediaan untuk pembentangan pada 4 Jun nanti. Apapun.. tugas tetap tugas. Amanah harus dipikul.. perlu lebih bijak merancang masa. InsyaAllah. Tika lelah, umi dikejutkan dengan hadiah dari insan tersayang.. suamiku! Selamat Hari Ibu/Guru, sayang!! ucapnya penuh makna..
2 comments:
romantik gile ust yer.. :)
Selamat hari ibu / guru untuk ummi. Wah... romatiknya abi n ummi.
Kehidupan keluarga ummi n abi mmg menjadi satu contoh yang baik. Wan kagum tgk ummi n abi. Bagi wan, umi dan abi mmg insan yg hebat...
Post a Comment