May 13, 2010
Orientasi Pra-U SMKB
Alhamdulillah... setelah seminggu bertekun di atas kerusi, akhirnya anak2 pelajar tingkatan 6R akan bertemu dengan guru kelas masing2 Isnin depan. Khabarnya ada yang akan bertukar, selain ada yang bersemangat ingin meneruskan perjuangan di SMKB. Bagi umi, yang penting kita sentiasa hidup dalam dahagakan ilmu, cintakan guru. Bermula slot umi, seawal pagi Isnin jam 7.45 membicarakan kecemerlangan pelajar, kemudian rabu jam 7.45 am juga bersama barisan MT pengawas SMKB - akhirnya hari ini, sekali ini umi terlibat mengendalikan Forum Bicara Tentang Cinta bersama 4 org anak2 pelajar (Adibah -SMKB, Amirul - SMKAB, Azlan - SMKSB dan Ehsan juga dari SMKSB) tahniah kerana berjaya memainkan peranan dengan baik. Slot tayangan sedutan filem Ketika Cinta Bertasbih menyerikan ruang rehat. Semoga terhibur dan mendapat manfaat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment