Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Dec 31, 2009

2010 - Its time to change


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN MASIHI 2010 - Anak2 di luar sana, umi menerima beberapa msj berbunyi - Fatwa dari Sheikh Al-Azhar, Tantawi dan Yusuf al Qordawi bahawa hukum menyambut Tahun Baru menyerupai amalan yahudi dan nasrani, bagi yang tidak mengetahui hukumnya BERDOSA, bagi yang mengetahui, hukumnya MURTAD - Wow! Agak keras bunyinya, ada yang bertanya, umi boleh percaya tak? Justeru umi melebarkan carian ilmu, di internet dan sahabat2 ulama' sekitar Baling. Secara keseluruhannya, berpendapat - sambutan Tahun Baru menjadi HARUS kerana ianya sekadar adat biasa bukan ibadah, selagi mana caranya tidak melanggar batas syariat. Sambutan itu berasaskan uruf dan adat, bukannya satu upacara agama yahudi/nasrani kerana hukumnya berlandaskan umumnya majlis ilmu. Tapi harus diingat hendaklah diraikan dengan program2 yang memberi kesedaran, keagamaan dan penambahan ilmu. InsyaAllah... semoga adat yang baik ini boleh membawa kebaikan kepada semua dengan menambah senarai list yang telah termateri di awal Muharam..

Dec 27, 2009

Sudah 10 Muharam rupanya...


Salam selembut sutera.. kalam umi dua hari membisu rupanya, mengejar masa dan ruang - tarbiah anak dan diri. Cuba mengisi peluang untuk selama mungkin dengan umnfl's family.. Diam tak diam, rupanya telah tiba 10 Muharam - Subhanallah - begitu cepat masa berlalu, tidak sedar semakin hampir umur pada detik kematian, mungkinkah sempat ku menggapai awal Muharam tahun berikutnya ? Wallahua'lam... Semoga Allah panjangkan umur bagi memenuhi siri keabdian kepadaNya, merawat jiwa yang sering alpa, menyuci hati yang sering ditabur lumpur dosa.

Dec 24, 2009

Syabas untuk semua yang berjaya!


Alhamdulillah, debaran menunggu result pmr telah berakhir - umi temui ana-anak yang bergenang airmata gembira, tidak kurang juga yang mengusap wajah sayu melihat keputusan yang tidak seberapa. Ada yang merayu bersua PK 1, Cg Malek untuk penempatan tingkatan 4 di SMKB. Kesian sungguh, apatah lagi budak lelaki yang 'macho' tika di tingkatan 3.. sedih nak tinggalkan kawan2. Sabarlah... barangkali ada nasib yang lebih beruntung di sekolah baru. SPM menanti, buktikan di sana! Umi temui beberapa wajah ibu tersenyum bangga dan puas, kejayaan anak yang di luar jangka.. Alhamdulillah. Sempat beramah mesra dengan seorang ibu..
"Apa rahsia mak cik? ...
"Sentiasa di sisi anak ketika susah dan senang.. " jelasnya.
"Anak mak cik seorang pelajar yang baik dan cemerlang.." ujar umi pula.
"Setiap minggu, saya berusaha datang, makan tengahari bersama anak di asrama.." sambungnya lagi.. "bagi nasihat dan semangat, mendengar masalah dan keluhan.. " umi mengiyakannya.
Teringat kisah nu'man nak upsr - 'betul 3x! "
"Mudah-mudahan cita2 menjadi doktor tercapai.. "
Ameen! Ya Allah, kabulkanlah permintaan ibu hebat ini. Ibu lihat lelehan peluh di pelipisnya.. Barangkali penat mendaki tangga ke SMKB. Tapi penat berbaloi dengan hadiah 8A seorang anak!
Jika ibubapa lain, datang berkenderaan - besar @ kecil - ibu ini bersama anak tersayang menahan bas sebaik selesai subuh, sehingga bas yang ketiga ditahan baru berhenti.. Ya Allah.. Bersiap makan tengahari, seawal sebelum subuh... Hebatnya ... semata2 untuk menemani anak mengambil 'result' - memberi semangat dan tidak lekang berdoa. Buat anak2 pmr di luar sana, cerita ini sebahagian dari koleksi cerita kejayaan .. barangkali kisah sangat mirip dengan anda! Setiap kali bertemu dengan anak yang berjaya, dibelakangnya ialah ibu yang prihatan dan menyayang! - hadiah kejayaan ini adalah - UNTUKMU IBU!

umi - Tahniah buat cg maheran, kak wan asmah, kak shakirah, cg salahuddin dan ramai lagi sahabat2. kejayaan ini milik kalian jua!

Dec 23, 2009

Result PMR hari ini! Debaran bermula...


Salam.. keringat mengulangkaji selama 3 tahun, hasilnya dituai hari ni. Anak2 PMR pastinya menunggu slip penuh debaran. Pepun, jangan lupa solat dhuha sebelum mengambil result. Pahatkan buah tawakkal agar setiap kejayaan akan disyukuri, setiap kegagalan dijadikan pengajaran dan iktibar. Barangkali, bakal gugur air mata kesyukuran, kesedihan, kepiluan. Anak memeluk erat bahu ibu, ayah. Saat mereka menyeka air jernih yang gugur tanpa kawal adalah impak ikhlasnya ibu ayah mendidik, mengharapkan cemerlang anak. Selepas mendapat keputusan, hasil bijak mengatur pula destinasi - tempat menyambung belajar yang seterusnya - masih di sekolah yang sama @ beralih angin ke daerah baru.. Segalanya bergantung pada keputusan hari ini. Anak2 yang dikasihi, barangkali ini juga peluang mencari program2 yang boleh membina diri, merangsang bijak mewarnai kehidupan gemilang akan datang.. Syabas! bagi yang mencapai 'target', usaha lagi untuk anak2 yang diuji dengan keputusan.. Pasrah dan redha, ubat ketenangan! Tabah - kejayaan membawa kepujian melampau yang terkadang mendorong jiwa angkuh pada nikmatnya Tuhan, ujian pula satu terapi untuk kita sedar siapa kita di sisi Tuhan yang Maha Kuasa. Subhanallah!

umi: jangan lupa daftar segera untuk program 'Towards A Better Tomorrow' - barangkali di sana bermulanya detik kecemerlangan anda!

Seminar Terbaru UMFL RESOURCES


Alhamdulillah, perancangan telah diatur, flyer telah pun tercetak dan diedarkan. Pada jam 8 pagi, bertempat di Seri Baling Inn, Baling, Kedah, satu lagi program anjuran UMFL RESOURCES akan menemui anda! Seminar ini akan menjadi satu platform untuk kita lebih mengenali diri, menjadi individu yang lebih komited, yakin diri, mampu untuk mencapai matlamat. Sesungguhnya umi sangat berterimakasih kepada Anis, sudi berkongsi ilmu dan pengalaman mengikuti pelbagai seminar motivasi dan kecemerlangan di kampus UiTM , hanya Allah yang mampu membalas jasa, infak ilmu dan usaha murni ini. InsyaAllah, jika ada ruang, peluang dan kemampuan, seminar seumpama ini akan ber'gerak' ke kawasan lain pula. Jangan lepaskan peluang bersama dengan beliau - dalam 'Towards A Better Tomorrow'. Jumpa di sana!!

Special info:

This seminar is coached by ANIS SHAARI - (B.Ed.Tesl (Hons), UiTM Faculty's Best Student (CGPA 3.91), Recipient of Vice Chancellor Award, Experienced in various English, educational and leadership based trainings.

umi - dari anak cemerlang untuk peserta yang cemerlang! اللهم يسر ولا تعسر

Dec 20, 2009

Pesan buat anakku

Salam sejunjung kasih ibu buat anakku,
Anakku, kita baru sahaja melangkah ke tahun baru (1431H) - sedangkan kenangan semalam masih segar dan belum lekang dari ingatan. Segala nikmat dan anugerah kasih-sayang adalah limpahan Allah Rabbuljalil. Terimakasih kerana anakku sehingga kini sedia menjadi rumpun segar di mata umi, redup matamu penuh limpahan cinta buat bondamu ini. Terimbau saat getir ketika melahirkanmu ke dunia ini, kita sama-sama berjuang nak. Kejayaan itu milik kita bersama. Anakku membesar dengan penuh tatangan kasih ayahbonda. Anakku, terkadang rajukmu hadir bila ditegur atas khilaf yang sengaja @ tidak. Sesungguhnya, itu tanda kami amat mengasihimu, tegur itu bukan tanda amarah, tapi tanda sayang yang bukan sedikit agar anak umi berdiri teguh sebaris mujahid terbilang, moga anak umi hebat jiwa dan imannya. Anakku, kini kau meniti awal kedewasaanmu, luas terbentang jalan di depanmu. Jadilah al_Quran dan al_Hadis sumbermu biar apa pun keadaan dan situasimu. Hadirkanlah redha tika ujian getir melanda, lafazkanlah syukur bila nikmat dan kejayaan menjadi milikmu. Allahu akbar!

umi: sendu melepaskan anak umi, Nu'man ke Tahfiz Islah di Kepala Batas... Ya Allah, kuatkanlah semangat jihadnya agar tercapai cita-cita menjadi al-hafiz di usia 15 tahun. Ameen.

Dec 18, 2009

Koreksi Awal Muharam


Bahang awal Muharam masih kuat terasa. Berteleku di sejadah, sebak memikirkan betapa umur yang berlalu terkadang diabaikan begitu sahaja, tanpa digunakan sebaiknya. Sesungguhnya bila kita mengejar waktu, ia sangat pantas berlari. Tercungap.. letih, memanjat tangga mujahadah yang sering menyaksikan jiwa2 yang tewas. Ya Allah.. 1430H, perginya bersama seribu kenangan. Justeru umi banyak belajar dari kesilapan dan keterlanjuran, bicara dan perbuatan, sangkaan dan telahan. Usia kita adalah satu nikmat, juga satu ujian.. di kesempatan anugerah usia yang masih berbaki, harus kita bertaubat dan istighfar, memperbaiki kesilapan yang telah kita buat, menambah amal yang masih sekelumit buat bekal belanja ketika mengadap-Nya. Umi, dan sebahagian di luar sana telah melalui saat getir berjuang untuk hidup, perlu sedar amaran Allah seperti itu akan datang lagi. Andai leka dan teralpa, belum pasti kita menutup mata dengan cara yang mulia (Ya Allah.. tetapkan aku dalam iman, matikan aku dalam keadaan yang baik dan mulia). Detik kematian semakin hampir, siapa pun tidak mengetahui. Malam2 yang telah kita lewati, berapa banyakkah kita penuhi dengan qiamullail, berapa titis air mata gugur kerana insaf @ kita lebihkan melihat yang haram dan lagha.. Allah.. Langkah2 kaki bagaimana? Fikiran dan akal.. adakah kita berikan haknya untuk mendekati Allah? Astagfirullah.. Allah berfirman;
" Hai orang2 beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap hari memperhatikan apa yang diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Hasyr:18)

Umi: Ya Allah...

Keringat yang dihargai

Salam.. tika insan hawa ceria ber'kem', teruja umi dengan dua insan adam. Suami tersayang, abisham (matahariku) adalah kudrat utama kem. Pada hari ke-2, dikejutkan pula dengan kehadiran anak dari Kuala Lumpur, Mohd Nazarudin (ex ku smkab 03) tika umi mengendalikan slot 'memburu cinta agung'. Ya Allah.. tambah bersemangat! terimakasih abi, naza.. pengorbanan kalian untuk menjayakan kem sulung ni tidak mampu terucap dengan lafaz. Subhanallah.. Diharap kalian (abi,naza) dapat terus menyokong, memberi semangat pada siri kem yang akan datang! Takbir! Allahu akbar..

umi: seketika terimbau meriah ceria anak2 serikandi bestari menyanyikan lagu tema sambil melengkuk badan serikandi wave, sesekali bertepuk semangat laungkan 'trademark serikandi', umi membayangkan pula lebih meriah, gamat dan semangat anak peserta kem mujahid bestari pada mac nanti. InsyaAllah. Jumpa di sana!

- abishams yang sentiasa bersemangat-


- nazarudin kini pegawai petronas bertugas di KLCC -
terimakasih sudi datang menjenguk kami di sik!

Dec 17, 2009

Tips Pemakanan Ikut Sunnah

Menu menarik untuk di'share' .. 10minit sahaja licin! Sedap dan berkhasiat...

Subhanallah... sekian lama umi 'rehat' study untuk persediaan master umi. 'Sibuk' n 'disibukkan' dengan pelbagai program. Hari ini, is 'my study time'.. membaca bahan2 thru internet, sambil ym, facebook, (semua nak buat) - ada anak2 di luar sana yang lama 'rindu' bingkisan blog umi, "umi.. nape lama tak 'update'? he he... ok, I'm back! Master umi bertajuk "Gaya Pemakanan Mengikut Sunnah - Kajian pelajar asrama sekitar Baling - " Sebelum memulakan kajian, info kurang, gaya makan pun tak sangat berhati2.. Alhamdulillah sejak kebelakangan, menu family diatur ikut amalan sunnah. InsyaAllah.. moga berkekalan semangat nih! So, hari ini.. umi nak share info gaya pemakanan Rasulullah.. selamat menjamu selera ye!

Menurut petikan ayat daripada bahan bacaan yang pernah saya baca. Rasullulah S.A.W tidak pernah sakit perut disebabkan menjaga aturan permakanan beliau. Antara aturan pemakanan Baginda ialah;

1. Jangan makan Susu + Daging

2. Jangan makan Daging + Ikan

3. Jangan makan Ikan + Susu

4. Jangan makan Ayam + Susu

5. Jangan makan Ikan + Telur

6. Jangan makan Ikan + Daun Salad

7. Jangan makan Susu + Cuka

8. Jangan makan buah + susu ; cth : Koktel

9. Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah dulu baru makan nasi.

10.Jangan sesekali tinggal makan malam. Sesiapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan berganda. Tidur satu jam selepas makan tengahari.

Nampak memang agak pelik tapi untuk mengetahui kenalah mengamalkannya. Dalam kitab juga ada melarang kita memakan makanan laut bercampur dengan makanan darat.

Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam, dikuatri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh Saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan biokimia yang terhasil yang boleh merosakan usus kita.


Info dipetik daripada www.mymesra.com.my


Program Bijak Belajar SMKB/PPD Baling

Salam awal Muharam! Sebenarnya hari ni seharusnya umi masih di Pulau Tali Kail, Tasik Temengor, Perak.. Umi ditugaskan mengendalikan slot agama, memastikan solat jemaah peserta, mengatur jadual imam, muazzin, pengisian slot subuh/maghrib.. Tugas jadi lebih 'mencabar' bila sahabat setugas, ust wahab tidak dapat ikut disebabkan keuzuran ayahanda tercinta. Namun, Alhamdulillah.. anak2 peserta 'sporting' dan 'patuh' - 15 minit sebelum masuk waktu, semua dah ada kat surau, zikir munajat.. terharu umi. hu hu.. bayangkan 4.30 pagi dah bangun, just untuk jadi penghuni saff pertama subuh. Wow! semangat apakah ini? Ya Allah... bersyukur ku pada-Mu. Semoga terus-terusan semangat ini, kelazatan menunggu waktu subuh sambil zikir hanya dapat dirasai oleh mereka yang 'menikmati' saat indah bersama Tuhan. Bermula dengan 'jungle tracking' mendaki puncak bukit - terasa lenguh teramat - berpaut, dan memohon kekuatan dari Nya, tambahan pula umi agak kelesuan 'energy' selepas pembedahan. Benarlah bicara motivasi, berkat kekuatan dan kasih-syg.. Tika ada ruang dan 'line' , umi call 'my beloved hubby'. Subhanallah, mendengar suaranya buatkan umi bingkas dari kelesuan.. Terimakasih , Tuhan atas anugerah 'cinta' ini. Berada di Menara Pulau Tali Kail, detik indah bersama pengetua, sahabat guru serta anak2 peserta. Cantiknya masyaAllah.. Justeru kalian yang belum ke sana, carilah peluang.. untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.

Gaya santai dengan sahabat sehati sejiwa - cikgu Murni -

- Fuh! Sampai di puncak, kami berfoto bersama pengetua plak!

Cerita Tentang Cinta Serikandi

Barisan Urusetia dan Fasilitator Kem Serikandi Bestari

KEM SERIKANDI BESTARI ! Cinta yang terlakar di Kem Serikandi sukar dilupakan. Terimakasih kepada semua insan hebat yang menjelmakan kem ini kepada satu realiti. Subhanallah, syukur ke hadratNya. Membaca borang postmortem peserta membuatkan umi lebih terharu..
" Best.. best... best!"
" Best sangat !"
" Best! Suka sangat kat kakak fasilitator yang comel! "
" Syok giler ikut program ni.."
" Bila nak buat kem ni lagi, tak sabar nak ikut yang kedua!"
" Harap penganjur dapat buat lagi!"
Banyak lagi, komentar membina.. melonjak semangat umi untuk terus menerajui siri motivasi untuk anak-anak yang dahagakan 'iman dan amal' ini. Masih terngiang, alunan zikir munajat yang tidak lepas dari bibir anak-anak sepanjang program, latihan zikir selepas solat, doa2 yang dihafaz, solat berjemaah untuk setiap waktu, tepukan semangat bersatu dalam irama 'trademark serikandi', nyanyian lagu tema, senyum ceria gelak tawa ketika mengikuti slot kak Anis (indikator program), LDK @ Circle bersama kakak2 fasilitator yang chomel2 belaka. MasyaAllah.. Sekalung tahniah buat semua istimewa buat suami tersayang, rakan kongsi kem (Mama Endah, Ibu Murni) semoga titis peluh dibalas ganjaran pahala di
sisi-Nya. Allahu akbar!

Kem Serikandi - Aktiviti Unity-Rope

Kem Serikandi : 'Bersama Permata Hati' - waris hebat yang sudi meluangkan
masa bersama anak-anak peserta dalam slot terakhir bersama umi. Alhamdulillah!


Kem Serikandi: 'Kisah kami' - ketika Anis memanggil dua peserta yatim.
Ramai yang menitiskan air mata - betapa tabah anak-anak ini, betapa
beruntung mereka yang masih memiliki ibu ayah... Syukurilah!

Di mana kita di akhir 1430H...

Salam Awal Muharam.. Maaf kerana lama menyepi, sekian bulan. Subhanallah, teruji dengan kesibukan dan kerosakan kabel (internet tidak berfungsi) - terlalu banyak bicara yang tersimpan dalam sekian lama ini sehingga tiba detik akhir Muharam. Sesungguhnya Tahun 1430H berlalu dengan seribu cerita.. semangat, pengorbanan, kesedihan, keceriaan, kegembiraan.. segalanya terkatup kemas dalam memory. Subhanallah. Sempena detik nokhtah 1430H, umi catatkan terjemahan doa Akhir Tahun buat tatapan semua..
" Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam, Rahmat dan kesejahteraan kepada utusan Allah yang paling mulia, juga buat keluarga Baginda dan sahabat-sahabat Baginda semuanya. Wahai Allah, wahai Tuhan kami, segala laranganMu yang telah kami lakukannya dalam tahun ini tetapi kami belum bertaubat daripadanya; sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya; Engkau juga berlembut dan tidak mengazab kami dan memberi pula peluang kami bertaubat selepas kami melakukan dosa-dosa itu; maka kami memohon keampunan-Mu, ampunkanlah kami. Wahai Allah, wahai Tuhan kami, segala perkara yang telah kami lakukan pada tahun ini, yang mana Engkau redhai dan Engkau janjikan pahalanya; maka kami memohon kepada-Mu, wahai Allah, wahai Yang Maha Agung dan Maha Mulia agar Engkau menerimanya. Dan janganlah Engkau menghampakan harapan kami, wahai yang Maha Pemurah. Dan Allah merahmati penghulu kami Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda semuanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam" . Ameen.

Nov 24, 2009

Cerita tentang Sridah - hebatnya sahabatku..

Terasa sejuk menggigil tika mandi pagi. Ya Allah, Ya Rahim.. bagaimana anak-anak bujang umi (nu'man, nubhan dan nuzhan) di Kem Darul Hijrah. Belas hati umi memikirkannya, wajah2 ceria mereka... rindu sungguh! InsyaAllah petang ni umi akan ke sana - ada acara majlis penutup kem - petang semalam, pergi ziarah - sekaligus menghantar baju. Anak-anak umi menerpa ke pintu kereta!
" Umi! Ya Allah... rindunya kami kat umi!" dirangkulnya umi seerat2nya. Berebut pula ketiga2 mereka memeluk umi. Sebak juga, kelopak mata dah bergenang. Ya Allah! tahan air mata.. - anak-anak umi dalam perjuangan!
"Umi pun rindu.. " umi mengucup dahi ketiga mereka satu persatu.
"Umi! Malam ni kami ada persembahan... " ceria je Nubhan bercerita,
"Really! Bestnye.. how I wish to be with you here tonight... " jawab umi. "Anak-anak umi nyanyi lagu apa malam ni?"
"Lagu nasyid Ahlan bina, tapi kami tak jadi solo" sengeh Nubhan.
"Best nasyid tu, umi suka sangat, nanti petang anak-anak nasyidkan kat umi, abi ek! Tak sabar umi nak dengar" ujar umi.
"All rite! " mereka mengangkat ibu jari dengan girang. Subhanallah! sesuci wajah mereka, semoga kem lima hari ini membina jati diri dan hubungan erat dengan Allah dan sesama manusia.
Bercakap tentang kem anjuran SRIDAH ni - umi kagum sungguh dengan pengusahanya - Ust Mohamad - tenaga pengajar di SMK Siong, baru saja bergelar guru cemerlang, Alhamdulillah. Tumpang bangga! Tidak silap umi, sekolah tadika telah beroperasi sejak 9 tahun lepas, menyempurnakan wasiat arwah ayah. Dibina bersebelah rumah beliau di Teluk Temelah, Mukim Siong. Kem Bina Insan pula diadakan setiap cuti sekolah untuk pelajar sekolah rendah. Sambutannya cukup memberangsangkan. Tanpa pengaruh politik atau orang kenamaan, usaha beliau diteruskan. Edisi sekolah rendah mula operasi 2009 dengan 5 orang pelajar. Ust Mohamad menunjukkan keputusan peperiksaan akhir tahun pada umi. Ya masyaAllah! hebat.. teruja umi.
"Ana tak mereka-reka ustazah... inilah hasilnya.. " ujar ust Mohamad, semangat.
"Subhanallah, berderet markah 100%! " semakin bercambah kagum di hati umi.
"Kini, kami perlukan sumbangan masyarakat prihatin untuk membina bangunan 2 tingkat di belakang sana.. " beliau menuding jari ke belakang bangunan pejabat. Ada banyak batu-bata dan kayu untuk projek binaan.
"InsyaAllah ustaz.. semoga berjaya! Apa boleh ana bantu ?" berkerut dahi umi.
"Mohon ustazah maklum dan sebarnya pada masyarakat di luar sana!
Justeru umi mengambil browser 'sumbangan dana' - berhasrat untuk mengedarkan kepada waris ketika program Serikandi Bestari nanti. Ya Allah.. permudahkanlah!

umi - ada blog sekolah yang boleh dirujuk - www.sridah.blogspot.com - semoga sumbangan kerdil kita dinilai Allah sebagai amal jariah yang sempurna. InsyaAllah!

Nov 23, 2009

Berkongsi ceria orang berjaya

Alhamdulillah, baru-baru ni umi dijemput menghadiri kenduri kesyukuran salah seorang anak umnfl's group (Anis Shaari). Tahniah buat pasangan pendidik yang gigih, Cg Khadijah dan Cg Shaari atas kejayaan anak kesayangan mendapat Anugerah Canselor, best student Fakulti Pendidikan UiTM. Kami tumpang seronok dan gembira. Di hari itu, umi lihat wajah ceria ayahbonda, jerih membesar dan mendidik anak. Umi ajak beberapa pelajar menemani ke majlis berkenaan. Bukan apa, sekadar berkongsi ceria dan semangat orang yang telah berjaya. Tika kami melangkah, berkumpul anak2 SPM; ada kata-kata anis yang boleh dikongsi, penuh makna dan bererti.
"Apa pesan kak untuk kami? " bertanya salah seorang dari mereka.
"Belajarlah dengan hati... maka datanglah ikhlas, bersungguh dan redha" itu pesan anis.


Pendidikan Islam - sekadar ramalan biasa

Salam, catatan ini untuk anak-anak yang bakal menduduki kertas Pendidikan Islam esok (24-11-2009). Sejak 2-3 hari ni, umi menerima msg dan panggilan telefon dari sahabat, sedara, kaum kerabat bertanyakan soalan spot SPM.
"Macam ner? Dapat tanda2 awal? " seorang sahabat bertanya.
"Dah, kalau ada tajuk2 spesel tu, pas2 kat kami ye, buat tatapan dilah!" kakak dari bangi pula berseloroh.
Aduh! Serba salah... memang ada, sebab umi ada buat ramalan sendiri, macam PMR hari tu juga, sudah berpesan pada anak2 pelajar, ini sekadar telahan, bukan 100%, berdasarkan kajian dan penilaian. Ilmu pun sekadar itu. Tapi, bila banyak tajuk yang tidak keluar, pengalaman perit mendengar keluhan anak-anak pelajar PMR..
"Alah umi... kami kelam-kabut menjawab. Ramalan umi tidak kena. Terkedu di dewan!" keluh mereka. Subhanallah.. kurang selesa umi dengar.
Mengapa harus begitu? Sedangkan soalan PMR tahun ni cukup mudah dan senang skor. Hmm begitulah reaksi sebahagian yang hobinya 'bergantung' pada ramalan. So, untuk kali ini umi harap anak2 SPM (lebih matang & rasional). Tajuk2 ni hanya ramalan ye!! Sekadar memenuhi permintaan insan-insan tersayang.. Ok, Semoga berjaya dan succes untuk exam esok!
Al-Quran: Al-An'am 125 - maksud hidayah, golongan sesat, kesan hidayah. Al-An'am 182- susun ayat; surah at_taubah 128-129. An-Nur - susun ayat; At-Taubah ayat 6 - maksud kalimah 'musyrikin'; nama lain bagi al-Quran; bentuk perlindungan kepada bukan Islam; kesan perang terhadap negara; Al-Hadis: Makanan yang baik, kesan makanan haram, pengajaran hadis. cara menunaikan amanah, hadis perpaduan, usaha kekalkan perpaduan. Aqidah: Ahli sunnah waljamaah (prinsip dan pandangan terhadap pelaku dosa besar), ajaran qadiani, maksud dan kepentingan tawakal, amalan mendekatkan diri kepada Allah dan kelebihannya. Ibadah: sembelihan, akikah, jualbeli dan sewa, gadaian dan syarikat, hutang, insuran dan saham, fasakh, khuluk dan implikasi, perkahwinan dalam Islam, tanggungjawab suami isteri, poligami, keibubapaan, undang2 keluarga. Tamadun: Bani Umaiyah, Imam Malik, Imam Ahmad, Imam Bukhari, Abbasiyyah, Pendidikan, sains dan teknologi, ketenteraan, Ibnu Khaldun dan Hamka. Adab: Pembaharuan & Perbezaan akhlak, adab jaga orang sakit.

Nov 21, 2009

Manfaatkan cuti sekolah untuk anak-anak tersayang

Salam.. di saat anak-anak SPM dan STPM bertungkus-lumus di dewan peperiksaan, abi dengan urusan sekolah - kursus dan program - , umi pula sibuk dengan edaran borang Kem, menghantar dan mengutip. Fuh! Subhanallah... Ceritanya, anak-anak umi kat rumah ni, diuji dengan laptop yang rosak, dan tv yang meragam. Apa lagi yang boleh dibuat. "umi... boring laa... "
"Bacalah buku, sayang... " pujuk umi.
"Buku dah habis dibaca !!" ujar Nu'man.
"Buku Teks ?" .. umi buat cadangan. (logik ke?)
"umi.... "
"ok.. kita ke perpustakaan! " tiba-tiba dapat idea. "Nway, umi settle kerja umi sementara anak-anak di sana ok! Selesai kerja umi, baru ke sana ... boleh gitu? Berkerut dahi anak-anak.
"Kalau kena culik? " betul jugak.. Its make me worry.. a bit.
"Duduk diam dalam tu, jangan merayau.. InsyaAllah selamat.. "
Dalam hati umi - "Ya Allah, permudahkanlah... semoga setiap saat masa anugerah-Mu dihargai kami sekeluarga". InsyaAllah.. Dalam perancangan untuk hantar anak-anak lelaki ke Kem Motivasi. Moga selepas ni, lebih terdidik dan terancang masa mereka. Allahu akbar!

Nov 19, 2009

Berakhirnya satu debaran..

- bergambar sekeluarga: Tahniah abang! Best! -

Alhamdulillah... tiada yang paling manis dari senyuman anakku Nu'man ketika mengkhabarkan berita UPSR.. "Umi! Nu'man dapat 4A 1B! " Ya Allah... Syukur teramat, terimakasih Ya Tuhan. Terus menghubungi dan membalas mesej insan2 yang setia menunggu keputusan. Tangisan sebak jidah, suara semangat tahniah dari sedara-mara Terengganu, anak-anak umnfl group yang prihatin bertanya. Terimakasih kepada semua. Buat guru2, murabbi SK Pulai.. Subhanallah, hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian! Juga buat guru2 tuisyen bestari, tcer anis, tcer yusra, tcer pah, tcer hafizah, tcer hasma... Tidak lupa ust Hazriq, Thanks for all of you! Malam tadi, abi belanja kami makan 'siakap sweet sour' kat simpang kupang.. Nu'man makan penuh semangat. Allahu akbar! Then, umi terperangkap dengan soalan dari semua.. "Lepas ni nak belajar di mana? SMKAB @ SMKB @ di mana ya? " Umi dan Abi berpandangan. Argh!.... don't know yet!


Nov 18, 2009

"Exam Fever" Aduhai, anak....

Assalamualaikum... 'Exam Fever' - ada yang bertengat dengan exam lagi, ada yang dah pulang ceria ke kampung, ada pula yang masih setia di kampus, program kolej dan sebagainya. Ada ibu yang penuh debar menunggu keputusan exam! Hah... umi lah antaranya. Hmm hari inu, anak sulung umi, Nu'man akan menerima result UPSR. Allahu Rabbi... semalaman tidak boleh lena. Hebat dari debaran nak menempuh 'akad' 14 tahun lepas! Fuh... Subhanallah. Moga yang ter'baik' untuk anak kesayangan umi ni.. InsyaAllah. Manakala anak2 pelajar SPM meniti hari-hari peperiksaan penuh tekun - Dalam kekalutan mengendalikan Kem Islah Tingkatan 4, mencuri masa meniupkan semangat perjuangan pada anak-anak. Semoga kalian tenang, pasrah.. Allahuyabik fik! - wajah ceria anak2 smkb sebelum ke dewan -

Nov 13, 2009

Dalam kelemahan wanita .. di situ ada kekuatan.

Umi petik bicara ini dari salah satu blog umnfl's group. Menarik dan bersahaja. Khabarnya bicara ini juga adalah hasil diskusi dalam frienster. Walau apa pun ia, umi sangat tertarik dengan bahannya. Realiti, sindiran dan ujaran 'lelaki kuat, wanita lemah dan memerlukan..." benarkah ?

Ujar lelaki, wanita itu lemah. Ujar wanita, mereka adalah lembut. Antara lemah dan lembut, besar perbezaannya. Namun Ada yang tidak rela mengakuinya, telah ditakdirkan, kerana lembut , wanita tidak gemar perbalahan, kecuali jika terpaksa, Lalu wanita pun diam. Diam seolah-olah menerima...Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan. Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja. Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri. Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari, hingga jarum jam tegak bertindih jari. Lelaki yang mengaku kuat , celik mata sarapan sudah terhidang. Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang. Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak. Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak. Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak, menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak. Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak, berehat,menonton TV sambil tergelak. Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju. Kakitangan semua digerakkan dengan laju menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu. Sebelum solat Magrib untuk sujud. Menyembah yang Satu. Makanan dihidang selepas solat. Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji. Sedang suami tersandar semula seperti tadi. Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji. Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan. Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi. Lantang membela nasib wanita. Memberi kesedaran supaya segera bangkit. Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi. Hukum agama telah terpapar. Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak. Membasuh pakaian,menyediakan makanan. Jika suami tidak terdaya melakukannya. Seorang pembantu wajar disediakan. Lelaki yang hanyut dalam keasyikan, tidak mampu menerima perubahan. Rela bertahan bagaimana jua . Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati dalam diam, wanita yang sering dianggap lemah meneruskan hidup dalam segala kekuatan.

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN, Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA, Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH, Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W, Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT, Tak guna Ada HATI kalau tak tahu MENILAI....

umi: diri tidak sehebat serikandi yang melakar seri dalam perjuangan jiwa dan hati. seringkali diri tewas dengan kehendak duniawi menuntut tanpa memberi, meneka tanpa pasti.. terkadang terkubur jua buah sabar. Ya Allah...

Nov 12, 2009

Seketika hati terusik merindui-Nya

Salam maya... tiga hari umi tidak up-date kan blog. Kesibukan dengan persediaan Kem, kesesakan laluan amanah sebagai isteri, ibu dan pendidik. Rindu menatap laptop, menyentuh keyboard yang bagai sudah sebati dengan rutin amal umi. Apa khabar anak-anak di luar sana? Khabar imanmu? Khabar cintamu? Kesihatan roh dan jasad perlu dijaga selia seimbang. Ada cerita-cerita sekolah yang tertinggal, terlalu banyak kisah yang berlaku 2-3 hari ini, semuanya menyentuh jiwa, mengusik rindu pada-Nya.

1. Sahabat tersayang Ustz Siti Hajar ke Mekah - mengejutkan semua.
Subhanallah.. siapa sangka rezeki beliau, jodohnya dengan Rumah Allah dipermudahkan dan dipercepatkan. Jam 2 pagi menerima panggilan, Hajar menceritakan "Kak Dah, saya dipanggil ke Tanah Suci, maafkan salah silap selama kita ber'akrab' " Ya Allah.. Perasaan yang berbaur, terkejut, gembira.. semuanya ada. Keesokan harinya, berpakat dengan cikgu Murni, terus kami memecut ke Kuala Pegang sebaik habis mesyuarat staf smkb. Alhamdulillah, sempat menemui Hajar sebelum berangkat ke Kuala Lumpur. Siapa sangka, semoga persiapan dua hari sebelum berangkat sahabatku membawa pulang haji yang mabrur. Sebak tika kami berpelukan tiga sahabat, bersama berjuang berjihad... Semoga selamat pergi dan pulang, sahabatku..

2. Jamuan Kesyukuran Jabatan Sains & Matematik + Doa selamat Cikgu Faridah.

Cerita lagi tentang Haji.. Allahu rabbi. Semoga cikgu Faridah juga mendapat haji mabrur. Ramai sahabat umi yang akan menziarah Rumah Allah.. Ust Fuad Yahaya sekeluarga juga ke sana. Umi sampai awal ke bilik makmal, bersama meramahkan diri (macam biasa) memotong buah, bawang dan segalanya. Di sini, mula bermesra dengan cikgu Rohani - guru matematik yang baru pindah dari Sg Buluh. Ada cerita pelajar yang dikongsi. Menarik dan bersahaja. Umi temui guru yang hebat, ber'karisma'. Mesra sahabat, berkongsi rasa dan cerita.

3. Ceramah Motivasi - Slot syahdu anak-anak pelajar SPM SMKB
Ketika cikgu Yushaila meminta umi mengisi slot akhir sebelum agenda bersalam minta restu dengan guru2, umi mencari apakah bahan terbaik untuk anak-anak pelajar ini. Alhamdulillah, idea!10 minit sebelum slot umi, terfikir satu tajuk "Power of Love" - yes! cantik sangat.. Justeru berceritalah umi tentang 3 kecintaan - Cinta Allah, Cinta Rasul dan Cinta Ibubapa.. sebenarnya ramai yang meletakkan 3 kecintaan ini di sebelah. Bila kita 'recall' , mulalah jiwa terusik, mata bergenang - barangkali ada yang ingat dosa, ingat jasa ibu ayah yang sering dilontar ke tepi. Cinta monyet dan segala kepalsuannya yang ber'raja' di hati. Semoga airmata yang mengalir jadi saksi taubat dan sesalan. All the best untuk anak-anak calon SPM. Masih terasa hangat pelukan anak-anak puteri, sebak dan teruja dengan kasih-sayang dan kerinduan, dambakan kasih Tuhan. Allahu akbar!



Nov 7, 2009

Kem Serikandi Bestari


Alhamdulillah, mengumpul tekad dan kekuatan. Akhirnya kem motivasi sulung UMFL RESOURCES dapat diusahakan juga , memenuhi dan keperluan ummah. Dengan kerjasama sahabat-sahabat guru yang banyak mendorong.. terimakasih Cg Roendah, Cg Murni atas sokongan yang tidak pernah luntur. Sehingga diwar-warkan program ni, mendapat sambutan yang menggalakkan. Sebaik umi bersuara di kalangan sahabat guru.. ada beberapa nama terisi dalam senarai booking, Alhamdulillah.. semoga matlamat suci disempurnakan dan dipermudahkan. InsyaAllah. Terimakasih juga buat anak-anak di luar sana yang sudi menghulur bantuan sebagai ajk dan fasi. Justeru, umi ingin mengajak sesiapa yang berminat silalah bersama dengan kami di Kem Keda Bendang Man, Sik. Ayuh! sama-sama kita membentuk puteri solehah di tengah kekalutan akhir zaman.

Ihtifal Tadika Mawaddah - Syabas!



Salam, 24 jam: peruntukan masa anugerah amanat ilahi barangkali tidak cukup untuk melakukan segala tugas, menceduh segala ilmu, menyempurnakan semua kehendak. Ya Allah.. berikan kekuatan untuk menyempurnakan hajat. Kekangan masa di hujung minggu, sepagi di sekolah. Baru berpeluang membuka blog, mengisi ruang. Semalam, umi dijemput menyampaikan hadiah sempena Ihtifal Tadika Mawaddah. Subhanallah, hebatnya anak-anak kecil mempersembahkan kebolehan masing-masing. Teruja dan kagum dengan keupayaan guru-guru Tadika. Syukran atas kesabaran kalian, membentuk dan mentarbiah. Anak bongsu umi turut menyertai acara pakaian beragam - cute dengan jubah dan iqal - mudah-mudahan membesar seredup raut wajahnya.

Nov 6, 2009

Mengapa menangis ?

Lahirnya manusia bermula dengan tangisan. Tangisan itu juga menggembirakan orang keliling mereka. Tidak pernah pula ibu bapa bayi itu menangis melihat anak mereka menangis. Tidak juga mereka berasa bersalah bila merasa gembira melihat satu tangisan. Demikian tangisan bayi itu amat diperlukan sebagai bukti normal dan selamat nyawanya. Alhamdulillah. Bila kita mula meniti usia dewasa, tangisan kerap dikaitkan dengan kekecewaan. Ianya bagai satu kemestian pula. Terkadang menjadi satu luahan. Dalam keriuhan dan diam ada tangisnya. Diam atau meriuhkan keadaan tangisan adalah kemestian. Kita akan menangisi kegagalan kita. Malah air mata juga gugur bila kita gembira. Tangisan adalah satu suara hati manusia, justeru tidak adil jika tangisan itu hanya dikaitkan dengan sifat kewanitaan. Manusia yang mengadap Ilahi setelah perlakuan dosa besar yang dilakukanakan menangis, tangisan yang amat pahit tetapi diterima dengan kurniaan manis dari Allah. Bagaimana Allah begitu penyayang menerima tangisan ummah yang pernah mengkhianati jalanNya. Maka itu Allah melahirkan manusia dengan anugerah satu tangisan dalam diri mereka. Manusia yang ego pula kerap merasa malu untuk menangisi kekesalan mereka. Bagi manusia, menangis ini satu kelemahan. Benarkah?
Tangisan adalah perlambangan kesedihan dan kegembiraan. Manusia menangis bila putus asa. Manusia menangis bila beroleh kemenangan dan kejayaan. Dan dalam kesedihan, tangisan meluahkan kepuasan. Kepuasan ini melahirkan satu gerak untuk bertindak ke arah tidak akan sedih lagi. Sedar atau tidak tangisan membawa manusia memotivasikan diri. Bergerak untuk tidak menangis untuk satu kekecewaan dan berubah ke arah menangis untuk satu kemenangan. Manusia selalu mengingkari kebenaran kenikmatan satu tangisan. Cubalah menangisi sesuatu dengan sesungguh hati. Dan rasakan nikmatnya! Demi Allah, Maha Kaya Allah telah mencipta titis-titis air mata dengan begitu suci dan jernih bagai aliran sungai menyucikan kotoran pada satu permukaan. Dalam suasana taubat, manusia menangisi perbuatannya dengan satu keyakinan bahawa Allah Maha pengampun dan penyayang dengan air mata sebagai perantaraan dan bukti kekesalan ini. Sebaliknya manusia yang menyalahgunakan ciptaan Allah yang satu ini untuk tujuan yang tidak seharusnya, perlulah mereka sedar dan menyesalinya. Air mata bukan untuk menangisi satu kematian. Maka itu Allah menjanjikan hukum-hukum tertentu untuk perkara begini. Tangisan untuk satu pemergian adalah satu kerugian.Dalam setiap tangisan, tersembunyi satu luahan naluri yang cukup simbolik. Melalui tangisan manusia bagai dapat menyampaikan apa yang terbuku seakan meluahkannya melalui percakapan, perlakuan dan ada perantaraan. Walhal ianya berlaku hanya dalam diri, diri si menangis! Pernahkah manusia benar-benar terfikir untuk apa dan mengapa mereka menangis? Dan pernahkah manusia benar-benar merasai nikmatnya? Buanglah tanggapan tangisan itu hanya melambangkan kelembutan dan hanya bagi mereka yang lemah perlu menangis. Ego yang tinggi dapat ditewaskan dengan satu tangisan yang benar-benar tangisan! Oleh itu menangislah... kerana ia rawatan untuk segala 'duka'mu..

umi: tersentuh melihat 'tangisan' Adam (Hero cerita 'NurKasih') sebentar tadi tatkala berpisah dengan isteri tercinta. Geram pulak... tengah2 suspen.. tiba2 tiba catatan.. "Bersambung.. " Waduh! Ini kali pertama umi menonton cerita drama pilihan anak-anak pelajar dari awal hingga akhir. Menarik gak!

Nov 3, 2009

Rahsia cinta dan kasih sayang

39 tahun yang dahulu... diberi nama 'maudah'. Apa maknanya, bertanya pada ustaz. " Hmm.. tak dok makna ni.. " dikerah ilmu bahasanya , ustaz gagal mencari pengertian nama. Bertanya arwah ayah ialah satu perkara yang amat sukar kerana arwah terkenal dengan 'garang' .. Suatu hari bertanya arwah ibu.." Tak tahu la... Cuba tanya ayah!" Fuh... umi gagahi juga bersemuka kerana rasa ingin tahu yang menggunung. "Polis tu silap catat, ayah suruh tulis mawardah tak pun mawaddah... time tu dia sakit perut, kawan dia tanya 'mu mau dak?.. dia jawab "Mau... dah". Hah! Nape tak dibetulkan? Arwah tersengeh.. Jarang dia sengeh macam tu. Lucu benar barangkali. "Dah caya ke? Umi mengangguk. arwah tak pernah bohong. Dia kan imam. "Cerita tu rekaan.. Memang nama mu ayah letak maudah". Justeru nama itu jadi misteri hingga ke hari kerana tidak ada makna. Boleh ditafsirkan dengan mawardah (bunga mawar) atau mawaddah (cinta) atau apa sahaja yang berkenan di hati. Tapi umi ada satu rasa yang lahir dari nama... kasih, sayang dan cinta. Kasih yang melata untuk siapa sahaja yang sudi menerima. Sayang yang sempurna untuk insan yang sentiasa membahagiakan hati. Cinta yang abadi, setia buat suami tersayang. Cinta nan agung buat DIA yang segalanya bagi umi. Telah jauh umi berjalan, dari timur ke selatan, terus ke seberang kemudian terdampar di Baling. Setiap laluan jalan, umi temui kasih, sayang dan cinta. Di setiap lorong hidup. umi temui insan yang teguh diuji dan rajin menguji, dalam lakaran hayat ini, umi belajar mengenal erti hidup adalah memberi. Tiap pemberian perlu ada mawaddah dan mahabbah agar ikhlasnya mengukuhkan tali ukhuwwah. Pemberian yang ikhlas harusnya tiada didamba pembalasan kerana itu bukan hak kita. Kuasa kita hanya memberi, selagi mana kudrat kita bisa memberi. Hanya Allah yang selayaknya menerima. Namun kasih Allah yang tidak pernah bertepi tetap menganugerahkan kita 'rasa memberi dan menerima' - kita lafazkan sayang dan cinta, dianugerahkan insan yang menyayangi dan mengasihi kita. Ya Allah, syukurku pada hari ni.. menerima anugerah cambah kasih dari teman seperjuangan. Allahu yubarik! Allahu Ya Rahman Ya Rahim.. Sesungguhnya kami amat mencintai-Mu! Titipkan sayang dan cinta kami ni ke hadrat-Mu agar ia subur dengan iman , disalut ikhlas, diwarnai mahabbah dan maghfirah-Mu. Terimakasih, Tuhan!

Nov 1, 2009

Cerita tentang teman

- umi bersama sahabat guru SMKAB (di posisi tengah bakal Hajah Lini) -

Ketika umi memaut kemas, bahu sahabat ( Cikgu Lini SMKAB) yang bakal menjejak Rumah Allah - terasa sangat sayu di hati - Alangkah, alangkah... Subhanallah, semoga Allah SWT menyempurnakan hajat insan kerdil ini untuk ke sana suatu hati nanti. InsyaAllah. Ya Allah, sungguh rindu memeluk dinding Baitullah, menyentuh HajarulaswadMu. Umi nampak mata Cikgu Lini bercahaya, hatinya telah terpaut ke sana, langkahnya sederap semangat menyahut perjuangan meredah Bukit Safa dan Marwah. Lambaian Kaabah telah membungakan kerinduan yang teramat sangat pada Allah SWT. Ya Allah... sukar digambarkan perasaan umi yang berbaur. Umi bersama lima sahabat guru SMKAB, bersembang tentang haji, memupuk rasa saudara dan membina keintiman. Ada juga cikgu Azlin dan Rohani. Dalam keriuhan gelak dan tawa terselit juga rasa kagum umi - Cikgu Azimah (Guru Kaunselor), Cikgu Zuhaila (Guru Cemerlang), Cikgu Wan (Guru IT).. kalian insan guru yang sentiasa bersemangat waja dan tekal mengerah keringat mendidik anak bangsa, remaja yang semakin rebah oleh fenomena hidonisme. Perbincangan haji bertukar tajuk - anak didik yang semakin kian arah, IT yang disalahguna. Rupanya banyak sekali ke'terlanjuran' - sesekali umi mencelah dalam perbincangan yang semakin hangat antara tiga guru hebat ini. Subhanallah, semoga perancangan dan usaha didik tiga wanita ini dipermudahkan Allah SWT.

umi: Indahnya berkasih-sayang - ada rahmat dalam silaturrahim - Terasa kerdil dalam pelukan kasih Ilahi. Allahu Ya Rahman , Ya Rahim... Semoga Cikgu Lini, Mak Alang dan Ust Ghazali mendapat haji Mabrur.


Cinta dunia - Ibu segala kejahatan

Terimakasih Tuhan kerana sentiasa melindungi kami dari segala kejahatan ini. Sesungguhnya dunia ini sering menipu kami, kerana hati kami sering diturap dengan cinta pangkat, cinta kekayaan, cinta nama, cinta pujian, cinta glamour, cinta sanjungan, cinta banyaknya pengikut, cinta kuasa dan lain-lain lagi. Cinta dunia tu bukan hanya pada harta saja. Ia umum. Orang miskin pun dapat cinta dunia. Cinta pangkat, cinta nama lagi bahaya. Dari cinta dunia ini, akan melahirkan macam-macam kejahatan yang lain. Sebab itu dikatakan cinta dunia itu ibu segala kejahatan. Akan lahir sombong, hasad dengki, bakhil, tamak, jatuh menjatuhkan, benci membenci. Ya Allah jauhkanlah kami.Kalau sudah majoriti manusia begitu, dunia sudah menjadi neraka sebelum neraka. Tak ada kedamaian lagi, tak ada kasih sayang lagi. Akan lahir lagi penyakit lain pula iaitu cintakan diri. Maka ia tak akan fikirkan orang lain. Bahkan ada orang cinta diri sampai tidak pedulikan ibu bapa dan keluarga. Kalau dengan ibu apa, keluarga, anak isteri pun dah tak dipedulikan, dengan orang lain betapa lebih parah lagi. Malas bekerja dan belajar juga adalah cinta dunia . Mengapa malas? kerana ingin relax, yang mudah, dunianya nak minta-minta saja. Cinta dunialah itu. Biasanya ia tak fikir mak bapak, anak, isteri tak peduli. Hidupnya dengan meminta minta.Terfikirkah oleh kita cinta dunia itu cinta diri? Cinta dunialah itu.

Umi: Ya Allah, jauhkanlah diriku, keluargaku, umatku dari segala cinta yang menyesatkan.

Kejutan jam 12 tengah malam

Assalamualaikum.. seawal pagi ini, umi berada di kamar kerja (Bilik Tayangan SMKB). Malam tadi, ada topik hangat umi-abi , penahanan Dr Asri Zainal Abidin (Bekas Mufti Perlis) kerana mengadakan kuliah tanpa permit. Subhanallah.. umi pasti ramai pengikut setia blog Dr Azri terkejut 'giler' dengan berita ini. Wallaua'lam.. umi meninjau jika ada berita terbaru di akhbar online - ceritanya masih sama - So, kita hanya doakan yang terbaik untuk masyarakat Islam. Pasti ada hikmah yang tersembunyi, fahaman wahabi Dr Asri sebenarnya telah lama maklum.. Malah ketika beliau menjadi mufti Perlis,terlalu banyak isu pendapatnya yang bertentangan dengan pandangan ulama' lain malah sering dipertikaikan. Pada umi, Dr Asri merupakan ulama' yang 'berani' memberi pendapat selagi mana ia masih tidak lari dari dusturnya yang asal - InsyaAllah, kita tunggu dan lihat apa perkembangan seterusnya.

Umi: Kita doakan jangan ada pula yang 'menyeduk di air keruh' .

Oct 31, 2009

Hikmah di sebalik musibah

Sebenarnya artikel ni dah lama umi nak tulis.. mengenai kisah tragis dan anugerah. Semalam, umi dikunjungi oleh Yusra (ex SMKAB) dgn family dia. Looks happy.. Apa tidaknya, rumah baru (sumbangan Tuanku Bendahara Kedah) hampir siap. Alhamdulillah.. Ceritanya begini, beberapa bulan yang lalu (terlupa fix date) berlaku kejadian petir, ribut yang maha dahsyat kat Bongor. Malam itu, jam 6.30 umi dapat msg dari yusra "umi, kami dah tak dak umah" .. Ya Allah, terkejut umi. Bercadang untuk terus ke sana, tapi yusra kata elektrik putus, pokok2 besar tumbang menghalang jalan masuk. Allah.. umi doa dari jauh. Esoknya kami sekeluarga pergi ziarah. Mendengar cerita dari mulut ibunya, cukup untuk buatkan umi kecut perut. Ya Rabbi.. Fuh! Dua hari lepas, barulah kami berpeluang ke rumah mereka. Subhanallah, melihat sepokok getah yang di'bogel'kan oleh puting beliung..Rumah yang hampir ranap ditimpa pohon petai gergasi. Alhamdulillah, tiada nyawa yang melayang. Ketika kami bertolak pulang, datang sekumpulan pegawai dari Pejabat Daerah. Cerita Tuan Bongsu (ayah yusra), mereka akan mendapat bantuan berupa sebuah rumah baru sumbangan Tabung Bencana Kedah. Ya Allah, suka nye.. Keluarga ini dikategorikan sebagai agak naif, berkat sabar, tekun dan yakin dengan rencana Allah SWT, rezeki dilonggok depan mata. Hampir menitiskan air mata melihat wajah gembira yusra sekeluarga semalam bila dipaparkan memori 'majlis penyerahan kunci rumah' melalui laptop umi di ruang tamu semalam. Itulah rancangan Allah SWT - disangkakan mala petaka meruntuhkan rumah tempat berteduh. Rupanya Allah karuniakan rumah batu, banglo indah kediaman mereka sekeluarga.. siapa sangka! Syukur Ya Allah.. Maha Pemberi.

Oct 30, 2009

Ada satu kisah cinta


Assalamualaikum.. 2-3 hari wifi berehat (ada problem), justeru itu umi juga 'berehat'. Ya Allah, tiap ujianMu terselit hikmah. Menduga sabar, tenang. Kebetulan, sepanjang 'wifi demam' - ada beberapa isu dan problem yang perlu di'settle' segera. Alhamdulillah. Terkadang fikirkan waktu yang kelihatannya sangat cemburu, tugas berlambak. Tanggungjawab, amanah.. semua perlu dilaksanakan. Subhanallah, beri kekuatan untuk menyempurnakan segalanya. Umi ada cerita, minggu lepas.. cerita ini cukup menarik, syahdu dan tragis. Cerita ini umi dapat dari seorang teman karib - kisah sahabat dia. Sebuah kisah 'cinta' ...

Begini.. Ayu, pelajar Maahad (bukan nama sebenar) sangat meminati seorang pemuda hafiz bernama Nuaim Zidat (bukan nama sebenar), setiap hari dialah yang jadi tukang azan, iman. Akhlaknya sangat mulia. Menjadi kegilaan gadis Maahad.Rupanya pula, subhanallah.. kalah hero hindustan. Ayu sering berdoa.. "Ya Allah, jika ada jodoh aku dengannya, temukanlah kami". Tapi dia merasakan dirinya sangat kerdil berbanding dengan pemuda ini. Rupa pun bukan secantik heroin bollywood, lagipun keluarganya sangat naif. Mustahil, pemudah hebat ini akan memilihnya. Hari berganti hari, tahun berlalu.. Pelajar Maahad menyambung pengajian di IPT pilihan masing-masing. Ayu berpisah dengan pemuda ini tanpa menyatakan 'cinta'nya. Setahun kemudian, ibunya melahirkan anak kembar, oleh kerana minatnya yang teramat sangat, Ayu menamakan salah seorang adik kembarnya dengan nama pemuda impiannya itu. Ditakdirkan Allah, sepupu Ayu (Zaim) satu pengajian dengan pemuda ini. Pada suatu hari, sepupu Ayu bercerita tentang Ayu;menyebabkan Nuaim tertarik untuk mengenalinya. Maka bertekad pula menulis sepucuk surat tanda salam perkenalan. Zaim dengan gembiranya menyampaikan hajat sahabatnya kepada Ayu. Alangkah terkejutnya Ayu tatkala membuka warkah - Nuaim Zidat! Hampir terjerit, terpaku melihat surat yang sudah lama diimpikan. Tapi maruahnya membataskan, berkata Ayu kepada Zaim " Aku tak layak untuk dia, kau sampaikan salam pada dia.Penolakan ini dikhabarkan kepada sahabatnya. Nuaim agak kecewa, oleh kerana hatinya merasa cukup tenang untuk gadis ini, maka menyusul surat kedua dan ketiga dan ke-empat. Aduhai, hati Ayu akhirnya lembut untuk membalas surat ke-4. Dengan penuh rendah diri, Ayu menceritakan. Antara lain Ayu berkata, "Saudaraku, sesungguhnya apabila kau mengenali kenaifan diriku dan keluargaku pasti hasratmu untuk mendampingiku akan lebur sama sekali kerana darjat kita tidak pernah akan sama". Rupanya isi surat Ayu telah menambat hati Nuaim untuk terus menghantar rombongan merisik seterusnya meminang. Sebulan selepas bertunang, Ayu dan Nuaim Zidat diakad sebagai suami isteri. Pada malam pertama- Dalam solatnya, Ayu sujud sungguh lama. Tidak mampu menahan sebak, terisak di atas sejadah. Tatkala menatap wajah suaminya diceritakan doa dan hajatnya untuk dipertemukan dengan Nuaim sejak di bangku sekolah lagi, menyatakan bahawa rindu serta cintanya terhadap pemuda itu tidak pernah padam. Malah perasaan itu semakin mekar tiapkali bersama adik kembarnya.. Nuaim sungguh terharu dengan cerita 'cinta' Ayu, semakin dia yakin telah menemui 'cintanya yang sebenar' -

Tidak sedar pula air jernih melelah di pipi tatkala sahabat karib umi selesai bercerita.
" Hai.. hang ni feeling lebih pasai pa?" sahabat umi menyinggung.
" Ana kagum... dengan cinta Ayu, cinta mereka agung" Umi memuji.
" Benar.. sekarang mereka dikurniakan dua cahayamata comel, sepasang! persis hero, heroin hindustan!"
Umi senyum senang. Itulah balasan bagi hamba yang menjaga syariat dalam mengaplikasikan cinta suci. Mudah-mudahan anak2
di luar sana dapat mengambil manfaat dari kisah cinta ini.

Umi: teringat "cinta kami" - umi dan abishams di KPLI, MPI.

Oct 26, 2009

Bila mawaddah bertamu

Tika inderalihat kami bertembung, kulihat aura tabah yang terpancar di raut wajahnya. Siapakah wanita ini? Justeru kucuba untuk lebih mengenalinya, namun lewat pertembungan di Seminar Penulisan USM , kumasih setia mencari sinar mata wanita tabah itu. Gagal menemuinya, perasaanku diragut hampa.. Teringat pula, bicara sahabat yang baru dikenal juga di Seminar Pengajian Islam USM, jika ingin bertemu dengannya.. mudah! Cari sahaja di blognya. Kesibukan yang menghimpit, kerja rumah dan amanah yang berlonggok perlu diselesaikan, membuatkan beberapa hari aku terlupa tekad mengenali wanita berwajah tabah ini.. Cuma, awal pagi ni. Subhanallah.. tika jiwa mencari kekuatan, sendirian. Tiba-tiba ingatanku padanya menerjah.. justeru kubuka blognya. Subhanallah. Bagaimana mungkin aku kelewatan menitipkan khabar kagum dengan ketabahan seorang wanita - Dr Hasanah, membesarkan anak-anak tanpa hadirnya suami tersayang kerana lebih awal dijemput Ilahi. Ya Allah.. Subhanallah! Di sebalik senyum dan ramahnya menyapa kami, warga baru pelajar master USM rupanya tersembunyi satu jiwa kental, tabah dan semangat.. meneruskan perjuangan. Hatiku makin hiba bila menyorot bicara arwah Dr Rosdi dalam blog yang masih kekal hingga kini.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh pejuang dan murabbi tersohor ini. Al-Fatihah.

- tempat persemadian ibu dan ayah umi di kg Merbau Patah, K.Trg -
rindu ini... hanya Allah yang tahu.................................. Allahu Akbar!

Oct 25, 2009

Antara jiwa dan hati


Salam alaik! Saat ini hati umi bergetar, memburu tenang dalam kekalutan, justeru jiwa mencari jalan tenang, justeru lahirlah persoalan ini - adakah jiwa mendidik hati @ hati mendidik jiwa? sukar bagi kita langsung memahami apa sebenarnya hakikat hati nurani atau qalb. Hati nurani itu apa ? Hati yang beku itu seperti apa dan hati yang terhijab bagaimana mekanismenya? Dalam Alquran sering disebut dengan orang yang hatinya sakit, hatinya membatu, hatinya yang buta… dan lainnya, hati yang manakah itu? Sebagian orang mudah sekali mengatakan bahwa apa yang terlintas dalam fikirannya saat itu bersumber dari hati nurani nya.

Bicara Imam Al-Ghazali dalam kitabnya ”Ajaaib al-quluub”:Hati memiliki dua makna, sepotong daging yang (mudhghah) yang terletak di bagian kiri dada, di dalamnya terdapat rongga berisi darah hitam. Dan di situ pula sumber atau pusat ruh. Beliau menjelaskan bahawa yang dimaksud dengan hati itu pada dasarnya adalah bukan organ hati tersebut, Makna kedua, hati adalah sebuah lathiifah (sesuatu yang amat halus dan lembut, tidak kasat mata, tak berupa dan tak dapat diraba) yang bersifat Rabbani ruhani. Lathiifah tersebut sesungguhnya adalah jati diri manusia atau hakikatnya. Dia adalah komponen utama manusia yang berpotensi mencerap (memiliki daya persepsi) yang memiliki kemampuan untuk mengetahui sesuatu, dan mengenalnya, yang ditujukan kepadanya segala pembicaraan dan penilaian, dan yang dikecam, dan minta dipertanggungjawabkan. Sifat hati itu sendiri yang menjadi fokus kebaikan dan kejahatan, kebenaran dan kesalahan, dimana ia sering berubah-ubah, bolak-balik, maju-mundur dalam menerima kebaikan dan kejahatan, kebenaran dan kesalahan . Alquran menggunakan kata qalb sebanyak 132 kali dalam konteks yang berbeza-beza. Alquran sering mengidentitikan kata qalb dengan ’aql, seperti dalam QS 22:46. Demikian pula hati diertikan dengan nafs (lihat QS 89:27-8). Jelasnya hati ini adalah penghadapan wajah yang berbolak balik, terkadang terhadapkan pada Dia Ta’ala, dan di masa yang lain, hati cenderung menghadapkan dirinya pada urusan dunia. Dalam pandangan para sufi, hati yang lebih ditekankan pada makna lathiifah rabbaniyah ruuhaniyyah adalah sesuatu yang menjadi tumpuan pandangan Allah, sebagaimana disebutkan dalam Alquran,

”Tidak ada dosanya jika kamu berbuat salah, kecuali jika hatimu menyengajanya.Dan Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Mengasihi” (QS 33:5).

Jika hati kita terluka, maka kita menjadi sakit. Jika ia mengalami kerusakan berat, maka kita pun meninggal dunia. Jika hati batiniah kita terjangkiti sifat-sifat buruk dari hawa nafsu kita, maka kita akan sakit secara spiritual. Jika hati tersebut secara keseluruhan didominasi oleh hawa nafsu, maka kehidupan spiritual kita pun akan mati. Hati jangan disalah artikan dengan emosi. Emosi, seperti amarah, rasa takut, dan keserakahan berasal dari hawa nafsu. Ketika menusia berbicara mengenai hasrat hati, mereka biasanya merujuk pada hasrat hawa nafsu. Hawa nafsu tertarik pada kenikmatan duniawi dan tidak peduli akan Tuhan; sedangkan hati tertarik kepada Tuhan dan hanya mencari kenikmatan di dalam Tuhan.

Bicara tentang hati dijelaskan dalam hadis berikut ”Sesungguhnya di dalam tubuh manusia terdapat segumpal daging. Jika ia sehat, maka seluruh tubuh pun akan sehat, jika ia sakit maka seluruh tubuh pun akan sakit. Itulah hati.”

Hati adalah sebuah kuil yang ditempatkan Tuhan di dalam diri setiap manusia; sebuah kuil untuk menampung percikan Ilahi di dalam diri kita. Dalam sebuah hadis qudsi terkenal, Allah berfirman, ”Aku, yang tak cukup ditampung oleh langit dan bumi, melainkan tertampung dalam hati seorang beriman yang tulus.” Kuil di dalam diri kita ini lebih berharga dari pada kuil tersuci sekalipun di muka bumi ini. Maka, jika kita melukai hati manusia lainnya dosanya lebih besar daripada merusak sebuah tempat suci di dunia ini.

Umi: Sentiasalah jaga hati.. agar dia menjadi makanan jiwa.

zwani.com myspace graphic comments