Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Nov 7, 2009

Ihtifal Tadika Mawaddah - Syabas!



Salam, 24 jam: peruntukan masa anugerah amanat ilahi barangkali tidak cukup untuk melakukan segala tugas, menceduh segala ilmu, menyempurnakan semua kehendak. Ya Allah.. berikan kekuatan untuk menyempurnakan hajat. Kekangan masa di hujung minggu, sepagi di sekolah. Baru berpeluang membuka blog, mengisi ruang. Semalam, umi dijemput menyampaikan hadiah sempena Ihtifal Tadika Mawaddah. Subhanallah, hebatnya anak-anak kecil mempersembahkan kebolehan masing-masing. Teruja dan kagum dengan keupayaan guru-guru Tadika. Syukran atas kesabaran kalian, membentuk dan mentarbiah. Anak bongsu umi turut menyertai acara pakaian beragam - cute dengan jubah dan iqal - mudah-mudahan membesar seredup raut wajahnya.

2 comments:

alone said...

Subhanallah.. anak2 kecil inilah yang bakal menjadi peneraju ummah di masa hadapan.. InsyaAllah.. dari usia inilah mereka berpotensi besar untuk digilap dan dibentuk akhlaknya =)

Nur Hawa said...

umi..anak sedara watif pun one of da contestant nasyid..

proud to have them as my nephew..=)

zwani.com myspace graphic comments