1. Sahabat tersayang Ustz Siti Hajar ke Mekah - mengejutkan semua.
Subhanallah.. siapa sangka rezeki beliau, jodohnya dengan Rumah Allah dipermudahkan dan dipercepatkan. Jam 2 pagi menerima panggilan, Hajar menceritakan "Kak Dah, saya dipanggil ke Tanah Suci, maafkan salah silap selama kita ber'akrab' " Ya Allah.. Perasaan yang berbaur, terkejut, gembira.. semuanya ada. Keesokan harinya, berpakat dengan cikgu Murni, terus kami memecut ke Kuala Pegang sebaik habis mesyuarat staf smkb. Alhamdulillah, sempat menemui Hajar sebelum berangkat ke Kuala Lumpur. Siapa sangka, semoga persiapan dua hari sebelum berangkat sahabatku membawa pulang haji yang mabrur. Sebak tika kami berpelukan tiga sahabat, bersama berjuang berjihad... Semoga selamat pergi dan pulang, sahabatku..
2. Jamuan Kesyukuran Jabatan Sains & Matematik + Doa selamat Cikgu Faridah.
Cerita lagi tentang Haji.. Allahu rabbi. Semoga cikgu Faridah juga mendapat haji mabrur. Ramai sahabat umi yang akan menziarah Rumah Allah.. Ust Fuad Yahaya sekeluarga juga ke sana. Umi sampai awal ke bilik makmal, bersama meramahkan diri (macam biasa) memotong buah, bawang dan segalanya. Di sini, mula bermesra dengan cikgu Rohani - guru matematik yang baru pindah dari Sg Buluh. Ada cerita pelajar yang dikongsi. Menarik dan bersahaja. Umi temui guru yang hebat, ber'karisma'. Mesra sahabat, berkongsi rasa dan cerita.
3. Ceramah Motivasi - Slot syahdu anak-anak pelajar SPM SMKB
Ketika cikgu Yushaila meminta umi mengisi slot akhir sebelum agenda bersalam minta restu dengan guru2, umi mencari apakah bahan terbaik untuk anak-anak pelajar ini. Alhamdulillah, idea!10 minit sebelum slot umi, terfikir satu tajuk "Power of Love" - yes! cantik sangat.. Justeru berceritalah umi tentang 3 kecintaan - Cinta Allah, Cinta Rasul dan Cinta Ibubapa.. sebenarnya ramai yang meletakkan 3 kecintaan ini di sebelah. Bila kita 'recall' , mulalah jiwa terusik, mata bergenang - barangkali ada yang ingat dosa, ingat jasa ibu ayah yang sering dilontar ke tepi. Cinta monyet dan segala kepalsuannya yang ber'raja' di hati. Semoga airmata yang mengalir jadi saksi taubat dan sesalan. All the best untuk anak-anak calon SPM. Masih terasa hangat pelukan anak-anak puteri, sebak dan teruja dengan kasih-sayang dan kerinduan, dambakan kasih Tuhan. Allahu akbar!
1 comment:
assalamualaikum.. salam kerinduan buat umi maudah yang sudah lama tidak bersua muka dan bertegur sapa. anakanda mu ini bukanlah berda jauh ari malayasia, tapi munkin belum berjodoh untuk bertemu umi yang sudah hampir setahun lebih tidak ditemui.. bila membaca entry umi ni, berasak2 kenangan 5AS 2005 bermain diminda.. Harap umi sentiasa sihat dan sentiasa hapdet blog tentang skolah terchenta...
salam dari anakanda mu
siti kamariah
Post a Comment