Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Jul 31, 2010

Terus berjihad...

- bersama anak2 yg membuat ROS di SMKB -

Salam untuk semua... umi teringat kata2 seorang pembaca setia blog umi;
" Umi .... jangan berhenti menulis kerana setiap hari, saya akan motivasikan diri saya dengan blog umi.. Tulislah apa pun, saya sentiasa bayangkan umi berbicara dengan saya setiap kali saya membaca setiap bait kata2 umi.."
... Fuh... tingginya harapan..
Justeru umi bercita2 untuk menulis dan terus menulis.. biar cita2 itu terkadang hanya tinggal cita2 bila jasad dan kudrat kalah dengan lemahnya sendi untuk menaip bicara, lentuk lenguh minda untuk memikirkan bicara terindah untuk tatapan insan2 tersayang..
Seminggu ini, jadual ceramah umi agak padat, terkadang 4 lokasi dalam 3 hari.. Fuh! Kuatkan jasadku, hebatkan staminaku untuk perjuangan anak bangsaku..
Sejak kebelakangan ini, selain ceramah Teknik Menjawab Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan Islam - umi turut dijemput untuk menyampaikan ceramah motivasi, terasa kerdil bila yang menjemput pun ialah kaunselor2. Ya Allah... tapi sungguh terusik, bila melihat kesan mendalam pada air muka anak2 bila selesai ceramah..
"umi... hati kami tersentuh.. "
"umi... bantu saya kembali kepada Allah.. "
"umi... saya ingin bertaubat.. "
Antara mesej2 yg umi dapat sebaik tiba di rumah.. Allahu akbar! Alhamdulillah...

p.s Semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan dan ketabahan dalam tiap jejak juang ini..

Jul 25, 2010

Rindu tengok blog sendiri... I'm BACK!

Assalamualaikum semua! Tiada lafaz yang bisa diungkap, melainkan hanya pujian untuk-Mu Ya Allah atas anugerah ujian, menguji sabarnya insan. Bak kata suami tersayang...
"umi... jika tiada internet , macam kucing hilang anak..." senyum aja umi dengar.. Sabar,ada hikmahnya tu.. tiada di depan laptop, ada kesibukan di lokasi yang lain. Sesungguhnya terlalu banyak cerita. InsyaAllah, akan disusun satu persatu. Malam ini jam 12.00, laptop yang sekian lama dimasuki 'virus' yang merosakkan sistem internet berjaya 'dikebumikan'. Alhamdulillah! Syukur.. Getirnya ujian, apabila 2-3 hari lepas, memang perlu sangat berhubung dgn penganjur Seminar Pasca Siswazah di USM. Syukur, ada teman seperjuangan cikgu Zuhailah yg sudi meminjamkan laptopnya untuk umi berbalas e-mail, download dokumen2 yg sgt2 penting untuk lanjutan pengajian umi. InsyaAllah.. ada kelapangan, umi akan menulis lagi. Anak2, teman2 yg baru ber'cinta' dgn blog ini... sudi2 ye!

Jul 3, 2010

Sanah Helwa Ya Ummi dan Nubhan!

Kek 'CINTA' dari abi Shams
Pelukan kasih umnfl's kids
sama hari, sama bulan, tahun je lain - tapi kami berkongsi rasa n cinta!
Nabilah tiba2 muncul dgn hadiahnya..
From abi with LOVE

Assalamualaikum semua... Tanggal 4 Julai. berlalu 3 hari detik2 gemilang. Ya Allah, cepat sungguh berlalunya waktu. Terkejar2 umi. Dengan komitmen sekolah, keluarga, bisnes, insuran, master! Fuh... Ya Allah, berikan ruang untuk kusempurnakan segalanya.
Mulai 28 Jun: Hari Koperasi SMKB - sebagai guru pengawas, menyediakan ruang untuk pengawas mengumpul dana setiap tahun semacam rutin tahunan. Tahun ni, pengawas jual air karot susu! Laku.. habis tiap2 hari. Ada lagi nasi lemak, laksa dan sandwich. Gerai kami tetap jadi tumpuan.
1 Julai - kesibukan menyediakan nasi lemak untuk jualan membataskan masa umi depan laptop. Sehingga 3 Julai, baru lah boleh buka,master pun entah ke mana. Subhanallah... begini rasanya hidup sebagai penjual nasi lemak. Bangun seawal jam 4 pagi, tidur lewat.. Penat2! Demi untuk menampung rezeki keluarga, si ibu sanggup bergelut dgn kepenatan ini. Hebatnya ibu!
Sambutan HariJadi : Jam 12 malam, umi menerima beberapa panggilan telepon. Ya Allah.. macam pejabat undi pulak.. letih, tapi best! Terasa diingati.. diminati... dikasihi.. Terimakasih anak2 umi di IPT.. sanggup menunggu sampai jam 12. Ada kejutan pula ...panggilan dari public phone SMKAB.. Ashita, Laila, Amalina... Subhanallah! Kemudian sehingga ke pagi, tidak berhenti msg sampai- melafazkan ucapan 'besday'.. Hmm tiba2 ustz dgn muka 'macho' buka kotak pink! Argh...terharunya. Jam 7.45 am -di sekolah, Aminah (guru Ros) bawa karipap comel, sempena harijadi katanya. Sedaaap! Umi ke SMK Tanjung Puteri kemudiannya.. Ceramah SPM. Suprise! How touched bila anak2 ini menyanyikan lagu 'hepi besday' diketuai oleh Puan Uma Devi (Kaunselor). Ya Allah... terimakasih atas anugerah kasih ini. Jam 5.00 pm - Kami berdua memotong kek sama2. Perkongsian dua insan -ibu / anak - kami banyak persamaan, jiwa dan rasa.. Teringat umi pada 2 org lagi yg sama hari lahir , kakak kandung umi, Mazimah dan sahabat satu negeri , Ust Anuar. Ptg itu, umi dikejutkan dgn kedatangan 2 insan - Nabilah dan Anis dgn hadiah masing2. Thank you to both of you.. really appreciate it!
Tahun ni , genap usia 40 tahun.. Semoga lebih gigih, tabah, tenang, semangat.. ujian tidak pernah berhenti selagi hayat dikandung badan, selagi nyawa masih di rengkung.. Nubhan pula mencecah umur 12 tahun, dah boleh buat IC.. tiba2 ia berbisik kepada umi.
"Umi.....Kami dah baligh ke?" umi tersenyum..
"Belum la ,sayang... " umi cuit hidung comel nubhan. "tunggu mimpi ek!"
"mimpi..................?" berkerut dahi nubhan.
Umi sekadar tersengeh... biarlah dia dgn kerutan itu.. satu hari nubhan anak faham erti 'mimpi' itu..