Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Sep 23, 2010

Tahniah, anakku... dah 'merdeka' rupanya ...


Assalamualaikum semua.. sesekali demam exam melanda. Ibu2 pun mula serba tak kena. Umi berkongsi debar exam dengan adik Azyanie (ipar-Penang), Kak Tie (ipar-Trg), Adik Mai (adik-Pahang), Kak Ani (kakak-Trg), Cg Roendah , Cg Shakirah, Cg Zilah dan ramai lagi.. benar2 teruji. Bermula upsr, 21 Sept, umi mengambil cuti - bersama guru2 sk pulai solat hajat, baca Yassin.. terasa akrab silaturrahim, terpancar sinar kemesraan antara kami, alhamdulillah.. Alhamdulillah, anak mujahid cilik UPSR semalam- jam 3.45 ptg- selesai. Cuma kini, tanggungjawab ibubapa mengisi 'kemerdekaan' mereka - bukan suatu yg mudah pula- Projek umi untuk anakanda Nubhan ;
1. Belajar motosikal
2. Modul Hafazan (As-Sajadah)
3. Kem Kepimpinan SMKB (Tali Kail, Tasik Banding) - kayak bersama.
4. Melancong - ikut rombongan pengawas SMKB
5. ??? - pening gak... nak atur... agar mereka memahami erti kemerdekaan sebenar!

Umi: Ramai yg tekun dan taat solat hajat sebelum exam tapi tak ramai pelajar juga ibubapa yang meneruskan solat hajat selepas exam - kerana untuk menjadi insan cemerlang dunia akhirat, 'hajat' kepada-Nya perlu berterusan...

No comments:

zwani.com myspace graphic comments