Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Mar 8, 2010

Maafkan umi.... Semangat Mujahid bermula!

Assalamualaikum semua! Afwan sangat......really sorry for those 'miss' me here! Ya Allah, betapa umi sangat merindui kalian.. Subhanallah.. Allah Maha Sempurna, Pemilik Segala sesuatu. Ya Rahman, Ya Rahim.. dianugerahkan sayang dan rindu kepada kita semua. Sebenarnya umi diterpa dengan ujian segenap segi, sukar dinukil dan dikongsi. Ujian itu membataskan masa umi di internet, juga menangguhnya urusan penulisan prosposal master umi. Ya Allah... Anak2, shbt, tolonglah doakan agar segalanya berakhir, diselesaikan dengan sempurna. Semoga Allah anugerahkan seribu ketenangan untuk umi. Tiada bicara seindah pujian buat Yang Maha Segala.. Sekadar berkongsi... bahang KEM MUJAHID BESTARI yang semakin hampir. Fuh! cabaran.. mentarbiah, berkongsi kasih-sayang dengan anak-anak lelaki pula.. Barangkali hasilnya semakin mantap! Segalanya terjawab bila selesai kem. InsyaAllah! Anak-anak umi semakin tidak sabar membilang hari.. Alhamdulillah, sambutan hangat di kalangan sahabat dan peminat. Biar di Baling sendiri, pada tarikh yang sama - ada 2 kem yang serupa - Subhanallah! Penyempurnaan tarbiah, objektif kem terletak pada bijaksana co-ordinator program / pengendali modul ( abi, umi, anis), tekun-kasih urusetia, prihatin sayang barisan fasilitator yang terpilih. Doakan segalanya berjaya disempurnakan. InsyaAllah!

umi: Keda Resort Bendang Man........ Bestari's Back!!

No comments: