Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Jul 26, 2009

Program 'Sehari Bersama' Pengawas

Allahu akbar... bertamu ke Lata Bayu untuk mengendalikan sejumlah 60 pengawas yang pelbagai ragam bukan semudah menjaga anak-anak comel umi yang berlima itu. Terimakasih kepada sahabat umi, Shimah, Roendah dan Talib kerana sudi turun padang bersingsing lengan. Pengorbanan masa dan tenaga kalian pasti ada ganjaran. Memahami kesukaran sahabat-sahabat yang lain untuk hadir adalah cara terbaik untuk mengendurkan resah diri. Alhamdulillah, program berjalan lancar, perkara paling ditakuti oleh umi - cedera! Hanya kelihatan amry yang terhenjut-henjut, sementara anak-anak pengawas yang lain senyum puas sebaik acara main bola dalam air berakhir. Fuh! Mantap, bertenaga dan penuh kontroversi.. anak-anak SMKB sungguh energetic! Berlari meredah sungai, merangkak dalam air ala tentera, meniti tangga ke menara, menimang bola ping pong dengan sudu di mulut pasti diingat sebagai nostalgia indah di tika tua nanti. Pengunjung-pengunjung Lata Bayu jua melihat ceria kerana anak-anak SMKB yang sopan lagi bergaya. Syukurlah.. banyak yang tersurat dan tersirat. Mata umi pula banyak melihat fenomena, gelagat dan kerenah pengunjung lain hari itu.. Alhamdulillah, kebanyakan anak-anak SMKB masih terjaga susila dan adab. Ada yang bertanya umi bila melihat sekumpulan pelajar IPT yang turut sama ber'rehlah'.
" umi... macam tu ke jika di universiti nanti?
takut saya... "
" nape takut pulak ?
" sosial sangat.. dalam air lelaki, perempuan. Dok rapat-rapat. Tak tutup aurat.. "
" Itulah cabaran iman.. You choose which way. Ada yang soleh, ada yang toleh.. "
Sesungguhnya biar di bumi mana pun kita, pokoknya kehendak dan siapa yang di sekeliling.. Carilah kekuatan pada ukhuwwah kerana ia benteng iman dicerobohi, jangan menduga iman yang sekelumit kerana teguhnya belum pernah teruji.. Selamat berjuang bakal penghuni IPT!

1 comment:

along Nazirah said...

Salam,.. Umi,. bestnye rehlah kat Lata Bayu.. Hmm,, adegan2 yang tak ingin kita lihat tu memang selalu je ada kat tempat2 perkelahan, terutamanya tempat yang sejuk2 macam kat Lata..

Baguslah adik2 punya rasa. Moga rasa itu kekal hingga adik2 melangkah kaki ke IPT... Jadi benteng untuk diri bila berdepan dengan realiti. Carilah sahabat yang baik, yang dapat menjadi dahan berpaut,. Saling memautkan hati, saling menjaga diri,. kerana ujian dunia ini tidak bisa kita tempuh sendiri... =)

Salam juang dari kakak yang dah nak habis IPT.. hehe..