Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Feb 22, 2010

Semalam yang terduga


Salam seindah suria... umi mengikuti satu kisah cinta suami-isteri yang terkadang dilanda ombak goyah- seteru bahagia- syaitan yang sering membawa ura durja. Maka berbicara sang suami;
" Hati merindu, kasih mencari, sayang bertaut. Duhai hati berbisiklah kalbu, rangkul segala buat isteri penawar jiwa. Walau berbadai, diredah jua. Demi teguhnya cinta ar-Rahman".. Si isteri mendengar bicara penuh hiba, lalu membalas ucap, "kekanda yang sentiasa di hati, kurangkul semula kasih yang hampir rebah, kukucup cintamu yang hampir kuranap semalam, justeru kuhamparkan lautan setia, usah gusar kekanda.. kasihmu tiada ke mana.. Temui cinta kita yang terbina sekian lama.. " Maka, akhirnya suami-isteri ini kembali berdamai, mengikat setia dunia akhirat.

Aduh! umi terkasima...

Feb 21, 2010

Lama tak jumpa...

Salam, kira2 hari. Rupanya genap 10 hari umi tidak up-date blog. Patutlah ramai anak2 bersungut.. sori sori... Cuti sekolah yang agak memenatkan. Penuh aktiviti, tanggungjawab, peristiwa. Segalanya memerlukan perhatian, komitmen. Semenjak umi mengambil dua keputusan besar- 1. Menyambung pelajaran master di USM. 2. Menghantar Nu'man ke SMART, kehidupan umi banyak dihabiskan dalam kereta. Menguruskan anak sulung yang baru belajar berdikari, mencari bahan untuk umi sambung belajar, menguruskan rumahtangga - dalam ruang masa yang semakin suntuk - Ya Allah... sangat mendambakan bantuan-Mu dalam usaha membina diri dan keluarga. Berulang-alik ke USM, bertemu Dr Farid yang tidak jemu membimbing. Setiap minggu mengambil dan menghantar pulang Nu'man. Subhanallah... kutemu erti kehidupan, pengorbanan, kesungguhan dan usaha memaksimakan potensi diri.

Feb 11, 2010

Mengapa harus menyepi ?

Salam seindah bayu... maaf kerana lama menyepi, tidak melakar coretan rasa. Hmm baru2 ni, ada sedikit, baru mencatat separuh- diganggu dgn tugasan mengejut- Subhanallah! Betapa masa begitu cemburu, mampukah kita mengejar... terkadang umi jadi hairan sendiri, bagaimana sempat manusia mencuri masa, berkumpul sambil memperkatakan sesuatu yang buruk tentang orang lain, sempat pula merancang untuk menjatuhkan maruah dan air muka orang lain. Ya Allah, semoga Allah memberi kesedaran dan keinsafan kepada mereka ni. Azabnya akibat mengadu domba, mengeji dan mengata sesama insan. Allahu akbar.. Minggu depan, kami sekeluarga rombongan pengantin ke Muar (adik ipar) - Alhamdulillah, adik kami (wafi) selamat dijabkabulkan dengan gadis impian (syida) semoga bahagia dunia akhirat! Sebenarnya byk ingin dicoretkan, tapi masa yang sangat terbatas untuk hari ini. Cukuplah sekadar ini.. InsyaAllah sambungan cerita mengenai 'erti kehidupan' - akan umi titipkan di lain bicara. Salam penuh ta'zim!


Jan 27, 2010

Bila hukum Tuhan dicabar

Alhamdulillah.. sekian lama (2-3 hari jugak laaa) umi menyepi, kembali menatap blog ni. Rindu... umi baru je pulang dari latihan rumah sukan. Umi diamanahkan untuk menjaga rumah Kasturi (Hijau) mantap.. telah berjaya memenangi acara rentas desa. Fuh! respek giler... anak2 umi bersemangat menaikkan nama rumah.. Cikgu2 pun meloncat2 seronok.. Rumah2 lain jangan jealous.. Kami juga akan menang di sukantara dan olahraga 2010, tunggu saja!! Dalam keseronokan, ada terselit luka... ada juga anak2 pelajar yang kurang prihatin menjaga aurat - tudung yang tidak sempurna (sekadar menutup kepala @ rambut), t-shirt pendek - terkadang memikirkan , sampai bila hukum Tuhan ini terus dicabar... sedangkan terang2an dalam surah an-Nur; 31

Firman Allah (yang bermaksud);

31. "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung"

Umi: mengenangkan dosa terhimpun - adakah masih ada tempat untukku berteduh di sisi-Mu Ya Rabbi...



Jan 20, 2010

Inspirasi Wanita - Dirimu berharga

Debar bertemu kaum hawa - hari ini umi berkesempatan bersama dengan wanita Baling yang akan menyertai Program Inspirasi Wanita. Menjanjikan sesuatu yang berlainan, program ini memfokuskan kepada slot trio ceramah dalam tiga peralihan. Kemudian bangun bersama untuk menunaikan solat malam - Tahajud, Taubat, Hajat dan Witir .. Ya Allah, rinduku untuk sujud pasrah ke ribaan-Mu kerana aku insan yang berdosa!

umi: segalanya untukmu... wanita...

Jan 15, 2010

Ahlan Ya Safar


Assalamualaikum.. Bulan Safar kembali lagi, membajai iman2 gersang. Terkadang jiwa tenat memikirkan ummah, jua diri sendiri yang sering kecundang. Bulan Safar, tiada yang lainnya. Hadirnya seperti bulan2 Islam yang lain. Harus ada puasa sunat Isnin, Khamis, warnai malam dengan zikir munajat dan tahajud. Namun sedihnya segelintir kita masih akur dengan fahaman khurafat bulan Safar. Katanya Safar ni, bulan bala, ada yang mengatakan Rabu terakhir di Bulan Safar adalah hari malang. Subhanallah... malah ada yang menutup bisnez, tangguh kenduri kerana kepercayaan ini. Kononnya untuk menolak bala ni, perlulah mandi safar, kenduri tolak bala dan sebagainya. Dalam satu hadis riwayat al-Bukhari, Nabi bersabda;
"Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kemudharatan burung, tiada bala bulan Safar dan larilah engkau dari orang yang berpenyakit kusta seperti mana engkau lari dari singa "

Sesungguhnya hukum mempercayainya merosakkan iman, membawa kepada syirik. Jika iman sudah rosak, mana mungkin amalan kita diterima Allah SWT ?Justeru pastikan ilmu yang kita beramal, dasarnya Al-Quran dan as-Sunnah.

Umi: Semoga amalan di Bulan Safar dalam redha dan kasih-Nya.


Selamat Hari Jadi Adik!

Kek Coklat - special ... Selamat Hari Jadi, adik!

Bergambar ceria saat memotong kek harijadi - adik dah tak sabar nak potong!

15 Jan 2010 - Hmm genaplah umur Mohd Nuzman Naufal 4 tahun! Dah besar.. bukan 'baby' lagi la... Thanks for Kak Anis, atas kunjungan 'mengejut' dengan 'hadiah harijadi' buat adik! By The way, terimbau memori 4 tahun lepas, umi dikejarkan ke emergency room, Klinik Swasta (Wad Bersalin). Perlu dibedah segera untuk menyelamatkan 'baby', tekanan darah semakin naik. Allahu Rabbi.. terasa bagai dihujung nyawa. Anak2 yang lain diam dalam Nazaria - berdoa untuk keselamatan umi dan 'baby'. Sebelum ke bilik bedah, umi minta izin untuk menyempurnakan solat asar berjemaah bersama suami tercinta. Mana tahu.... ianya detik terakhir kami bersama. Suamiku, Abi Shams, berdoa panjang.. suaranya tersekat2, sebak.. Ya Allah! Hanya Dia Yang Maha Tahu runtunnya hati kami. Umi menyalami tangan abi, ubun2 umi dicium penuh kasih-sayang..
" Abi sayang... halalkan segala makan-minum. Maafkan segala yang terkasar dan kekurangan umi selama menjadi isteri abi. Tolong jaga anak2... " suara umi dalam. Sukar menelan air liur sekalipun.
"Abi pun.......... " kami bertangisan.
"Umi... umi kena kuat semangat! Kami semua perlukan umi... " bisik abi.
Umi menarik nafas panjang. Ya Allah, hanya pada-Mu kupohon kekuatan ini..
Doktor hanya memberi harapan 50-50 untuk umi selamat. Segalanya boleh berlaku. Kemungkinan berlaku pendarahan yang banyak, tidak berhenti yang terus meragut nyawa adalah satu kebimbangan yang mengecutkan hati kami. Saat umi disorong ke ruang bedah, di situlah abi terpaksa melepaskan tangan umi. Umi sempat pandang wajahnya yang sangat gusar, umi tahu abi cuba mengukirkan senyum yang paling manis buat isteri tersayang.. yang mungkin keluar nanti tidak bernyawa lagi.. Ya Allah... tolonglah.. berilah peluang untukku meneruskan khidmat sebagai isteri terbaik untuk insan semurni suamiku!
Akhirnya... anak bongsu umi lahir.. melalui pembedahan. Sakit masih terasa.. Bius hanya 50% berkesan. Umi hanya mampu mengetap bibir, membisikkan nama ALLAHU AKBAR bila pisau bedah menyentuh perut. Demi anakku... suamiku..... semua yang menyayangi..
Alhamdulillah, kini segalanya tinggal memori pelbagai rasa.. menitip perjuangan semalam dan kekuatan daya juang. Umi sedar, perjuangan sebenar baru bermula... mendidik anak hingga menjadi 'insan murabbi' yang mampu mendidik diri, keluarga dan ummah!

umi - sekadar berkongsi saat getir melahirkan anak tersayang. fikir dan kenangkan pula cerita ibu tatkala melahirkan kalian. Sayangilah mereka hingga akhir hayatmu....

Jan 14, 2010

Program Inspirasi Wanita


Salam 1Malaysia! Entah2 tiba2 ter'patriotik' pulak.. kata2 ini selalu dilafazkan oleh PK Hem, Cg Fadzlina dalam perhimpunan. Sebenarnya, jemari umi sangat kepenatan hari ini - mencatat, menaip sepanjang hari. Subhanallah.. namun ke'rindu'an pada indahnya ber'kalam' di blog ini, membulatkan hasrat umi untuk terus ber'bicara'. Khabaran penting - UMFL RESOURCES sekali lagi tampil dengan program yang mempunyai seribu macam kelainan. Sasaran kali ini ialah, wanita berumur 18 tahun ke atas - pelajar lepasan sekolah, universiti, guru2, wanita berkerjaya sehinggalah nenek yang berusia 90 tahun! Frankly speaking - program ini bertitik-tolak dari desakan sahabat umi (seorang pengusaha restoran) meluahkan kerinduan untuk bertemu Allah di dalam sujud tahajjud. Justeru, tarikh dirancang, lokasi di'booking' - pengisian terurus - InsyaAllah, Sama2 doakan program ini berjalan lancar - succes! -

Jan 12, 2010

Kenangan Toward a Better Tomorrow

Semua peserta bergambar beramai2 di depan Seri Baling Inn bersama penceramah dan umi

BARANGKALI cerita sekitar kejayaan seminar 'Toward a Better Tomorrow" belum 'basi' - maaf sekali lagi, kekalutan mencuri buatkan umi tidak mampu mencelah. Sorry sangat - terutama buat anak2 peserta program. Alhamdulillah, syukur ke hadrat-Nya, umi dapat juga tempias semangat berkobar2 peserta menunggu detik 12 tengahmalam 2009, merasmikan satu deklarasi peribadi hasil ilham sehari suntuk bersama Miss Anis Shaari. Syabas buat penceramah muda ini... 98.5% peserta sangat berpuas hati dengan pengisian program! Wow... Subhanallah... Sambutan dan reaksi sangat menggalakkan ini memberi semangat kepada UMFL RESCOURCES menganjurkan seminar yang serupa pada 30 Jan 2010 pula.. InsyaAllah, semoga ramai lagi anak2 yang masih kabur mencari peluang dan cerlang di hari depan tidak melepaskan peluang keemasan ini!

umi - thanks to abi, katering kak Jah and family, sis Aminah, pengurusan Seri Baling Inn, terimakasih daun keladi, lepas ni pasti ada banyak program lagi!!

Sabar seorang teman

Kunjungan ziarah Adik Syazwan di Hospital Besar P.Pinang- Wad Kanak-kanak - Melihat sayu mata seorang ibu, menggenggam erat tangan anak yang lemah di katil hospital membuatkan hati umi sangat sendu. Ya Allah, hebatnya ibu ini.. Cikgu Azah Shaari. Mampukah umi setabah beliau saat mendengar tangisan anak menjerit kesakitan, tika ibu tidak mampu selain menyabarkan anak yang belum mengerti makna perjuangan. Allahu rabbi.. Maaf, sedih melihat situasi sayu ini, tangan umi tidak tergerak menekan butang kamera merakam saat 'kasih ibu'. Biasanya tika di sekolah, sahabat umi ini sentiasa ceria dengan senyuman dan gelak mesranya. Namun di sini, umi hanya temui seraut wajah gusar, penuh pasrah dan redha. Bersama kita mohon rahmat kasih Ilahi agar Adik Syazwan kembali pulih seperti biasa. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih, Penyayang.. Ameen.

umi: bergenang kolam mata melihat sahabat mengucup tangan sejuk anak penuh kasih-sayang dalam usaha menenang dan menyabarkannya.. Allah...
zwani.com myspace graphic comments