Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Aug 28, 2010

Perlukah bersedih ?


Assalamualaikum wbt. Salam semurni Ramadhan, hari ini 19 Ramadhan - sekian kita telah melaksanakan ibadah puasa yg sangat sarat dengan pengajaran, pengkisahan. Bulan ini kita menguji sabar, tahap iman. Bulan ini juga adalah bulan tarbiah. Sering kita terduga, kekuatan menempis segala gerak dosa dan noda juga satu juang yang hebat buat hamba kerdil seperti kita. Umi terpanggil untuk membicarakan isu 'sedih'.. sejak beberapa hari ini, ada beberapa anak2 remaja msj, menelepon - menangis2.
Kes 1:
"Umi... saya sangat menyintai seorang ustaz yang baru pulang dari Mesir. Dia sangat baik, alim. Jadi imam terawih di surau saya.. saya sangat sedih bila dapat tahu, ustaz itu akan bernikah - hati saya sangat menginginkannya... umi, apa harus saya buat? "
Kes 2:
"Umi... suami saya tidak pedulikan saya lagi, kami bergaduh... Raya ini tak tahulah bagaimana - persiapan raya belum buat. Saya sedih umi... keluarga saya porak-peranda"
Kes 3:
"Umi... saya rungsing nak exam, umi. Hati saya tidak tenang, saya takut akan gagal..."
Astaghfirullah.... mencurigai masa depan boleh menjejaskan iman dan akidah, mohon diberi petunjuk kepada insan2 ini. Semoga mereka kembali tenang, pasrah dan menyerahkan segala urusan yang tidak mampu kepada-Nya kerana hanya DIA yang Maha Mengetahui..
" Ya Allah... " itulah lafaz keramat yg sering muncul dari hati yang pasrah. Terkadang ujian kerdil ini buat kita terduduk... "Ya Allah... beratnya..." tanpa kita sedar, berapa banyak nikmat Allah yang telah dapat sejak kita dianugerahi nyawa oleh-Nya.
Firman Allah SWT: (Ibrahim: 34)
".... sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya.. "
kerana nikmat Allah cukup besar berbanding ujiannya kepada kita. Justeru kenapa kita harus sedih dengan ujian itu? Harusnya kita sedih dengan sifat angkuh kita yang tidak pernah bersyukur. Seharusnya kita sedih dengan sifat menguasai yang kita ada, ego kita dengan nikmat kaya, sihat, cantik dan sempurna - Ya Allah... akukah itu?
Firman Allah SWT: (Ar-Rahman: 13)
"Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan? "
Bergetar jiwa bila umi baca potongan ayat ini - mampukah kita mencalonkan ahli syurga jika nafsu berkehendak dunia tidak mampu kita kawal, tundukkan? Ya Rahman... Ya Rahim..
Bayangkan betapa indahnya kejadian pendengaran yang Allah berikan, jauh dari tuli dan pekak, kulit yang cantik, makanan yang enak2..
Sedarkah kita - sifat makhluk yang sering bersedih dengan yang lampau, telah hilang justeru melupakan apa yang sedia ada di hadapan mata -
Firman Allah SWT: (an-Nahl: 83)
"Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya... "
Usahlah bersedih kerana kita ada nikmat-Nya, usahlah menangis kerana kita harus gembira dengan anugerah-Nya.

Aug 26, 2010

Cinta Tanpa Syarat

- aksi adik -

Ketika itu, anak bongsu umi baru dua tahun.. Aktifnya bukan main, semua perkara yang baru ingin dicuba, bijak.. kreatif.
"Siapa ada nampak handphone sony umi? " Anak2 terdiam bagai tergamam. Iffah sempat menjeling ke ruang bilik air. Berkerut dahi umi..
"Tak mungkin.. "
Umi memberanikan diri ke tandas... Sungguh terkejut. Ada sesuatu dalam lubang tandas..
"Allahu akbar... phone umi! " terus berusaha untuk menyelamatkan alat telekomunikasi, di dalamnya ada macam-macam..
"Siapa buat ? " jegil mata umi .. semua anak tunduk kecuali yang satu ini.. perlahan-lahan anak umi yang bongsu angkat tangan.. senyum munggilnya kali ini terasa pedih..
"Adik... buat.." sengeh..
Hati umi membahang... Ya Allah! Secepat kilat, rotan di dinding jadi pautan. Wajah anak mula pucat. Ada bicara yang terlekat di renggung, rotan yg hampir mencecah betis si kecil. Gerakan terhenti, umi menarik nafas panjang... Astaghfirullah... "Si kecil ini belum mengerti apa2.." Apakah harus kuhukum tanpa tarbiah cinta bonda?
Perlahan-lahan.. umi melutut, anak umi kembali senyum. Umi pegang bahu.. " Adik.. adik sayang umi? " Angguk... "Umi syg adik... " Hanya itu yang mampu diucap sebelum badannya dirangkul penuh kecintaan. Abang2 dan kakaknya yang bungkam dari tadi semua menerpa dan memeluk sambil menangis..
"umi... kami minta maaf, kami tak nampak adik buat apa tadi... " sebak suara kakak.
Ya Allah... sabar seketika, hasilnya satu penyesalan yg lebih bermakna.. Abang2 dan kakak lebih berwaspada dan menjaga adik. Sejak dari hari itu, adik tidak lagi membuang barang ke lubang tandas.. Ya Allah.. cinta kami tanpa syarat.. Cinta dan faham anak barangkali hadir ketika bijak, tapi cinta ibubapa telah lama hadir sebelum anak2 lahir lagi!

Pesanan buat ayahbonda:
Anak yang salah perlu ditegur, dimarahi, ditarbiah penuh cinta dan kasih. Tapi jangan sampai melabelkannya.
'Bodoh! Degil! Kamu memang begitu dan begini! " - semua label adalah kesimpulan kita terhadap anak. Apabila keputusan dibuat bermakna kita telah memuktamadkan label itu. Ianya menjadi doa. Betapa hodohnya doa ibubapa jika mereka mendoakan anak-anak yang bodoh, degil dan malas...

umi - Ya Allah... mohon hidayah-Mu dalam tarbiah keluarga ini.

Aug 20, 2010

Aku seorang wanita..


Assalamualaikum semua, selamat meneruskan ibadah puasa. Semoga segala amal ibadah kita dikira sebagai kuntuman bunga segar menghiasi laman syurga.. Sudah lama, umi tidak berbicara di sini.. agak lama.. seminggu kot, sebab sibuk atau tidak pandai menguruskan masa - umi byk berbicara di facebook. Maybe lebih simple dan mudah. Namun blog ini masih dirindui - di sini, ruang utk umi berbicara dengan dunia luar, menghantar bicara tarbiah dan mesej rindu pada anak2 di rantauan - nun jauh di IPT, dalam @ luar negara. Pagi2 ini, umi bangun awal, sediakan juadah sahur, siap je.. tgk jam.. masih awal;
"... awal lagi ni.. jam 5, baru kejutkan anak2, bukankah sahur sebaiknya dilewatkan. Apatah lagi, anak2 umi masih kecil, belajar bertatih fadhilat puasa, justeru umi mencuri peluang ini.." - menterjemahkan kerinduan di ruang blog yang telah ditinggal sekian lama.
"...apa khabar, wanitaku? - Ramadhan ini, ramai wanita bertungkus mencari rezeki. Umi temui wajah2 gigih ini di bazaar, meneman suami menjual juadah berbuka. Ramai sekali wanita. Ada wanita kelihatannya lebih berkuasa dari suami, dialah yg menentukan harga barang, susun atur barang- manakala suami hanya menurut sahaja. Barangkali wanita ni pemimpin tika di bangku sekolah, siapa tahu. Ada wanita yg hanya menurut arahan suami - ciri2 wanita solehah nih!
"... mampukah aku? - hari ini juga umi diminta kaunselor untuk mengendalikan slot muhasabah selepas majlis baca yassin dan tahlil di Masjid Baling utk anak2 calon PMR, SPM dan STPM bersama waris (ibu) masing2. Umi tatap lagi, wajah sayu ibu-ibu yg menyeka titis air jernih yg gugur denga hujung lengan baju.. " Oh.. wanita..
'... aku wanita punya hati nurani.. " itu alunan suara Siti Norhaliza (umi suka lagu ni)
Wanita sebenarnya punya kekuatan jiwa yg tidak mampu dikalahkan oleh lelaki (ini kata ustaz umi dulu) - wanita mampu menanggung susah mengandungkan belasan anak selama 9 bulan, manakala suami bila diminta mendokong bayi sehari pun - dah bersungut, letih, capek! - wanita kuat menahan sakit tika me'neran' berbelas anak, namun suami sakit demam pun mula meracau mcm nak mati.. Wanita HEBAT! Kisah hebatnya wanita banyak umi sebut dalam siri ceramah umi tika mengisahkan Isra' Mikraj - kita tidak lupa kisah MASHITAH - tukang sisir Firaun tika mendaulatkan cinta Tuhannya mengatasi segala ancaman dan kejamnya Firaun.. Ya Allah.. Sungguh, wanita ini hebat.
"... namun, apakah aku sehebat wanita-wanita serikandi ini?
Jika diterpa musibah, terus menyalahkan takdir... "Why me... ?"
Jika diserbu masalah, melatah menyalahkan semua ... "Kenapa begini... ?"
Jika digoda nafsu.. hanyut sesat dalam syurga dunia yg fana... " Muslimah... mukminahkah aku?"
Justeru teringat kata ustaz umi - wanita susah masuk syurga kerana nafsunya 9, wanita juga mudah masuk syurga hanya dengan satu akuran...
TAAT, cintakan suami.. mendengar cakap suami, menerima tiap kekurangan, tiada sungutan @ keluhan, menghargai kelebihannya, sentiasa membantu ketika sukarnya, menjadi penyejuk mata, sentiasa di sisi dalam tidur dan jaganya.. Ya Allah, Ya Rahman.. Ya Rahim..
Engkaulah.. yang lebih mengetahui setiap apa yg terdetik dalam jiwa hamba-Mu.
Jadikanlah aku... ISTERI SOLEHAH buat suami tercinta.

Aug 10, 2010

Assalamualaikum semua,

Sambil2 mencari koleksi soalan untuk anakanda Nubhan, umi terjumpa cerita ini.. Pelbagai perkara yang bermain di minda umi...ibu yang perihatin? maybe tidak memahami anak, anak yg sangat cintakan ibunya... Hmm... sama2 kita renungkan..

"saya bernama syaza bin suran,anak bongsu dari 6 beradik…saya anak yang paling bodoh dalam keluarga….kakak dan abg saya semua dah berkerja
kakak 1-enggenieer
kakak 2-enggenieer
abang 1-akitek
abang 2-Enggenieer Perisian Komputer di England
abang 3-Falsafah matematik di US

jadi saya minta bantuan encik dapat memberi cara bagaimana nak menghadapi UPSR…ibu saya sering menumpahkan air mata kerana saya mendapat keputusan yang tak cemerlang…tapi pada Pra-UPSR hari tu saya mendapat keputusan 4A1C…ibu saya merotan kerana ada C dlm ujian itu…sedangkan subjek lain saya dpt dengan cemerlang…subjek yang paling saya lemah adalah sains…boleh tak encik terangkan macam mana nak study smart…saya nak berjaya demi ibu kesayangan saya…kalau lah encik mulia orangnya berilah saya caru untuk belajaR DENGAN SEMPURNA….wabillah hitaufik wassalammualaikum warahmatullah hiwabahrokatuh…"

Ahlan Wa Marhaban Ya Ramadhan


Assalamualaikum semua.. Marhaban Ya Ramadhan! Besh.. ada rezeki kita bertemu dgn bulan yang penuh berkah ini. Di dalamnya ada segala kenikmatan beribadah.. Terawih, Tadarus, LailaturQadar.. Ya Allah... Ya Allah.. Ya Allah.. syukurnya Ya Allah.. Setelah beberapa kali diuji, akhirnya jiwa berbesar hati menerima tawaran Allah di Bulan Ramadhan. Ketika umi mencari bahan2 untuk master di internet, terjumpa iklan drama 'Ketika Cinta Bertasbih' - fuh, apa lagi, terus je download. Alhamdulillah, episod 1 sudah didownload- ditonton. Sedih, kisah rumahtangga da'i.. Antara ujian, cabaran, fitnah manusia terkadang sukar diramal dan disangkal. Hanya Allahlah yang mampu memelihara maruah hamba-Nya. Jika berminat download boleh serve kat laman web ni.. http://www.mediafire.com. Selamat menonton!

umi - Ya Rahman, Ya Rahim... anugerahkan aku nikmat kasih-sayang-Mu.

Aug 6, 2010

Tarbiah C.I.N.T.A

bersama anak2 SMK Jerai
bersama anak2 SK Pulai.

Assalamualaikum semua... mencari-cari tajuk yg sesuai untuk buku terbaru umi, suatu hati terlontar kata2 'tarbiah cinta' tika umi berceloteh dalam salah satu siri ceramah motivasi umi. Wow! this is nice.. Idea spontan terkadang lintasan yg terbaik. Alhamdulillah... cita2 umi untuk terus menyumbang bakti kepada anak bangsa dalam bentuk pengisian 'motivasi jiwa' mula tercapai.. terimakasih kepada sahabat2 umi dan kaunselor sekolah2 sekitar Daerah Baling dan Pulau Pinang.. sudi memberi ruang untuk umi menabur kasih dan idea. Paling best, bila umi dihubungi anak2 yg baru 1-2 menerima input santapan rohani dari umi lewat slot motivasi jiwa..
"umi.... saya suka dgr umi bagi ceramah"... Yang indah itu dari Allah..
"umi... saya dah mula sedar.. " .... Alhamdulillah, Yang Memberi hidayah ialah Allah.
"umi... datanglah lagi... " ... InsyaAllah, doakan umi diberi nafas yg segar, bertenaga untuk terus berdakwah..
"saya sayang umi! " ... hati umi berbunga C.I.N.T.A.. maka tarbiah cinta mula memainkan peranan, memandu anak2 ini bercinta di jalan yg benar, agar terhindar dosa dan noda, menghalakan cinta sebenar pada Yang Berhak... DIA.

UMI - I Love ALLAH -
zwani.com myspace graphic comments