Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Dec 22, 2010

Debaran PMR 2010

Assalamualaikum semua... Syukur ke hadrat Ilahi, kita masih bisa menjejak buminya yang indah, sebenarnya tidak ramai yg sedar nikmat udara segar sekitar kita. Syukur, kita masih punyai ibubapa yang begitu perihatin dgn perkembangan sahsiah dan pelajaran kita - biar masih ramai yg mengendahkan sapaan dan belaian ibu. Syukur.... syukur... syukur. Pejamkan matamu dan fikirkan segala nikmat yang telah Allah anugerahkan sekian umurnya kini. Nikmat akal, minda yg cergas, nikmat sihat,nikmat kasih-sayang.. Anak2, hari ini kita berdepan dgn ujian lagi. Kelak, akan ada yg menitis air mata gembira mahupun duka.. ada yg terloncat girang, mahupun berteleku kesedihan, pastinya ada yang erat memeluk ibu @ kawan sedih melihat keputusan yg tidak disangka2. Apapun, jgn lupa setiap itu adalah ANUGERAH, terselit seribu macam rahsia/hikmah untuk kita analisa sendiri. InsyaAllah... All the best!