Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Feb 22, 2010

Semalam yang terduga


Salam seindah suria... umi mengikuti satu kisah cinta suami-isteri yang terkadang dilanda ombak goyah- seteru bahagia- syaitan yang sering membawa ura durja. Maka berbicara sang suami;
" Hati merindu, kasih mencari, sayang bertaut. Duhai hati berbisiklah kalbu, rangkul segala buat isteri penawar jiwa. Walau berbadai, diredah jua. Demi teguhnya cinta ar-Rahman".. Si isteri mendengar bicara penuh hiba, lalu membalas ucap, "kekanda yang sentiasa di hati, kurangkul semula kasih yang hampir rebah, kukucup cintamu yang hampir kuranap semalam, justeru kuhamparkan lautan setia, usah gusar kekanda.. kasihmu tiada ke mana.. Temui cinta kita yang terbina sekian lama.. " Maka, akhirnya suami-isteri ini kembali berdamai, mengikat setia dunia akhirat.

Aduh! umi terkasima...

Feb 21, 2010

Lama tak jumpa...

Salam, kira2 hari. Rupanya genap 10 hari umi tidak up-date blog. Patutlah ramai anak2 bersungut.. sori sori... Cuti sekolah yang agak memenatkan. Penuh aktiviti, tanggungjawab, peristiwa. Segalanya memerlukan perhatian, komitmen. Semenjak umi mengambil dua keputusan besar- 1. Menyambung pelajaran master di USM. 2. Menghantar Nu'man ke SMART, kehidupan umi banyak dihabiskan dalam kereta. Menguruskan anak sulung yang baru belajar berdikari, mencari bahan untuk umi sambung belajar, menguruskan rumahtangga - dalam ruang masa yang semakin suntuk - Ya Allah... sangat mendambakan bantuan-Mu dalam usaha membina diri dan keluarga. Berulang-alik ke USM, bertemu Dr Farid yang tidak jemu membimbing. Setiap minggu mengambil dan menghantar pulang Nu'man. Subhanallah... kutemu erti kehidupan, pengorbanan, kesungguhan dan usaha memaksimakan potensi diri.

Feb 11, 2010

Mengapa harus menyepi ?

Salam seindah bayu... maaf kerana lama menyepi, tidak melakar coretan rasa. Hmm baru2 ni, ada sedikit, baru mencatat separuh- diganggu dgn tugasan mengejut- Subhanallah! Betapa masa begitu cemburu, mampukah kita mengejar... terkadang umi jadi hairan sendiri, bagaimana sempat manusia mencuri masa, berkumpul sambil memperkatakan sesuatu yang buruk tentang orang lain, sempat pula merancang untuk menjatuhkan maruah dan air muka orang lain. Ya Allah, semoga Allah memberi kesedaran dan keinsafan kepada mereka ni. Azabnya akibat mengadu domba, mengeji dan mengata sesama insan. Allahu akbar.. Minggu depan, kami sekeluarga rombongan pengantin ke Muar (adik ipar) - Alhamdulillah, adik kami (wafi) selamat dijabkabulkan dengan gadis impian (syida) semoga bahagia dunia akhirat! Sebenarnya byk ingin dicoretkan, tapi masa yang sangat terbatas untuk hari ini. Cukuplah sekadar ini.. InsyaAllah sambungan cerita mengenai 'erti kehidupan' - akan umi titipkan di lain bicara. Salam penuh ta'zim!