
Rentetan Musibah Allah di Indonesia: Terkini, lebih 400 orang dikhuatiri maut apabila empat buah kampung di tepi bukit itu runtuh tertimbus.Operasi menyelamat mangsa amat sukar kerana rumah mereka 'disedut' ke bawah tanah sedalam empat meter. Setakat ini, mereka terpaksa menggunakan tangan untuk menggali tanah. Beberapa mayat ditemui di sebuah sungai berhampiran, dijangka banyak lagi akan timbul. Satu pasukan 100 anggota telah tiba namun mereka tidak mampu mengalihkan pelbagai jentera berat ekoran kebanyakan jalan terputus dan sempit untuk dilalui. Ramai warga Barat dikhuatiri terperangkap di beberapa buah hotel sekali gus pasukan penyelamat asing dengan anjing pengesan dan peralatan inframerah mula memasuki Padang. Ini kerana kumpulan penyelamat tempatan kurang peralatan dan ramai anggota penyelamat turut terkorban. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meramalkan di antara 3,000 hingga 4,000 orang terkandas di bawah runtuhan dan 1,100 lagi maut.
Ya Allah.. bagiku ini bukan lagi sekadar musibah biasa. Gegaran amarah dan tanda akhir kiamat memberikan petandanya. Namun siapakah yang ambil peduli ? Dalam serakahan manusia mengekar duniawi. Yang larut bergelumang noda dan dosa masih tekal di situ. Gerakan Islam masih dipandang sepi dan durjana. Pendakwah masih menjadi tetamu tercorot di media. Media masih dengan bangga memaparkan imej bangsa yang bercampur hak dan batil. Subhanallah. Runtun hati melihat saudara Islam di Padang seruntun hatiku menyaksikan anak-anak mula berpeleseran dan membuang masa. Duhai umat, kini masanya kita insaf dan kembali.. Ayuh! Allahuakbar.
a lebih sejahtera. Subhanallah, indahnya ukhuwwah Islamiah ini.Ukhuwwah ini juga menimbulkan rasa simpati pada musibah yang menimba saudara seagama di Padang, Indonesia. Bayangkan jika kita di tempat mereka, hulurkan bantuan semampunya biar sekadar doa menadah kesejahteraan mereka. Hari ini juga kita dikejutkan dengan sejadah berdiri solat, kali ini di Permatang Pauh, Bukit Mertajam pula, baru-baru ini di Pasir Mas. Ramai yang tidak mengetahui kejadian aneh itu berlaku di Bongor, Baling, tidak jauh dari kediaman umi sendiri. Ya Allah.. betapa hebatnya kuasa Allah SWT. Umi yakin, Allah ada mesej besar untuk kita. Justeru ingatlah.. Kiamat sudah hampir, jangan sampai terlalu leka dengan dunia. Syukurlah.

