Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Sep 12, 2009

Santapan Ukhuwwah Rasulullah

Assalamualaikum.. salam perjuangan untuk ank-anak yang sedang bergelut di dewan peperiksaan (SPM, STPM) . Hari ini, umi nak share kaedah makan cara Rasulullah yang sangat bagus untuk dipraktikkan dengan sahabat-sahabat.. iaitu makan dalam talam. Hmm makan dalam talam ini, bukan sekadar untuk 'save' tenaga tak perlu basuh pinggan banyak-banyak, atau seronok-seronok main rebut-rebut lauk, tetapi ada banyak kelebihan-kelebihannya. Antaranya:

1) SUNNAH RASULULLAH

Rasulullah saw pernah bersabda:

“Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


2) MENGERATKAN UKHUWWAH

Makan secara berjemaah, akan mengurangkan sikap individualistik. Kita rela berkongsi nasi, lauk-pauk. Tengok kawan agak-agak dah nak habis lauk, kita cubit lauk kita, bagi sikit pada rakan. Selain itu, sambil-sambil makan, boleh berkenalan pulak.


3) TAK MEMBAZIR

Sesetengah orang tak boleh makan banyak, setengah orang kena makan banyak untuk dapatkan tenaga. Yang makan banyak boleh ambil nasi yang tak makan banyak, maka tak terjadilah pembaziran.

Jom! Kita amalkan makan secara berjemaah untuk eratkan ukhuwwah.

umi - teringat kenangan terindah bersama umnfl's group 03' ( along, anis, shida, wani, arwah ateh, jihah, farhana, nailah ) miss 'the moment' so much..

Sep 9, 2009

UPSR selesai...

Assalamualaikum wbt.. Ya Allah, kupasrahkan segala urusan kepada-Mu. Hari ini adalah hari terakhir UPSR, anak umi Nu'man tika ini gigih di dewan peperiksaan, memerah minda.. hasil usaha tekun siaga selama ini. Pohon restu dan rahmat. Terimakasih kepada semua yang membantu memberi semangat pada kami sekeluarga terutama nu'man.. Thanks a lot!

Sep 6, 2009

Bila hati bonda berbicara

Assalamualaikum..

Salam sesuci Ramadhan semua! Bagaimana amalan sepanjang bulan penuh berkat ini ? Barangkali ada anak-anak yang sudah khatam .. tahniah! Mabruk alaik.. Tekad untuk khatam sebelum hujung Ramadhan, sekarang masih berjuang. Doakan! Beberapa hari, bergelut jiwa merasai debar ibu bila anaknya menuju ke gerbang juang upsr. Fuh! Macam ni, rasanya ... sangat memilukan. Berkejar ke sana ke mari, menyempurnakan tugas isteri, pendidik dan ibu serentak.. Fokus hari untuk anak tersayang (Nu'man).

Esok, 7 Sept 2009 : jam 8 bermulalah pertempuran itu. Diperah segala yang tersimpan. Semoga Allah bukakan khazanah ilmu buatnya seluas-luas.. rezeki ilmu, diterangkan hatinya. MasyaAllah... umi hanya berdoa, menadah tangan. Mencari kekuatan diri tatkala meraih cinta Ilahi. Mudah-mudahan sayang seorang ibu akan buah manis untuk anak tersayang.. satu amanah Ilahi. Tatkala tangan menadah memohon limpah restu-Nya, lahirnya bicara bonda merawat resah yang memanjang..

Sesungguhnya kuperolehi tenang
Bila ralit kubicara dengan-Mu Ya Rabb,
Indahnya susunan bicara kalam-Mu,
Bagai memujuk pilu dan resah-Ku,
Bahasa-Mu sangat indah,
Tiada upaya dipintas pakar bahasa,
Bila dibaca dan ditadabbur segala,
Sirna segala resah dan keluh jiwa,
terserap dalam indahnya,
Susunan bahasa cinta-Nya yang Agung.

Nukilan: umimaudah lewat tadarrus semalam...

Salam perjuangan untuk anak-anak pelajar yang sedang menduduki peperiksaan percubaan SPM, juga yang bakal menduduki peperiksaan percubaan STPM - 8 Sept - Moga kalian adalah yang terbaik!

Sep 2, 2009

Adakah rindu itu satu anugerah @ derita ?

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Ketika meniti hari-hari yang agak sarat dengan rasa rindu, pernahkah kita terfikir adakah rindu itu satu anugerah, lontaran dari makna cinta dan sayang atau ianya satu derita yang mendatang dari limpahan kasih pada seseorang. Rindu ada berbagai ragam.. rindu buat ibadah, rindukan satu suasana, rindukan sekelompok manusia, rindu pada seseorang.. juga berbagai cara untuk mengubati rindu ini. Terkadang tersangat rindu membuatkan hati sebak dan menitis air mata, apatah lagi, bila kerinduan itu dibuai dengan lagu nasyid sedih.. lebih tragis lagi bila tiba-tiba orang yang dirindui itu kedengaran suaranya... ya Allah.. rindunya!

umi - adakah anda juga merindui seseorang yang istimewa? Sama-sama kita doakan agar insan yang dirindui, dilapangkan amalnya dipermudahkan urusannya dan dilindungi Allah sentiasa.


Aug 31, 2009

Semangatku Semangatmu jua

Barangkali benarlah bicara orang bijak - pandai, "Bersakit dulu, bersenang kemudian", Subhanaallah..
" Ya Allah.. " rungut si anak.
" Kenapa ? " ibu bertanya.
" Kenapa kita miskin, ibu? " berkerut dahi menahan lapar.
" Allah nak naik taraf kita, nak " pujuk ibu.
" Bagaimana pulak... " pertikai si anak.
" Bila susah, kita redha. Iman meningkat, pahala berganda! Bila lapar, kita puasa" senyum ibu.
" Tapi jika orang itu tidak redha dengan kesusahan dia macam mana ibu? "
" Subhanallah... mohon dijauhkan anak ibu.." gundah sang ibu.
si anak terdiam. Menekan perutnya yang menyanyi minta diisi.. Dua hari telah putus makanan kerana banjir yang melanda pantai timur.

Bicara itu telah lama berlalu... Umi faham, tika itu terasa sukar dan susahnya jadi orang miskin. Tidak adilnya DIA. Melihat sahabat di sekolah yang makan enak-enak, tapi ka
ta ibu jadi azimat dan perangsang. Puasa jadi penawar, tawakkal membukit. Meniti kejayaan hasil usaha, doa dan azam yang bukan sedikit. Kini ibu di alam sana, namun bicara keramatnya masih terngiang. Tabahnya ibu, hebatnya wanita itu!

Kini kutemui lagi wanita-wanita hebat seperti itu, sepanjang perjalanan ke USM - ( untuk urusan master dan PHD) umi ditemani 3 sahabat, ukht Murni, ukht Hajar dan Dr Sofiah ( bakal PHD ) . Umi hanya sekadar mendengar cerita perjuangan, kesusahan dan ketabahan sahabat-sahabat ini. Syukurnya ditemukan, dipertautkan hati, dimesrakan atas nama ukhuwwah islamiah. Ya Rabbi.. Sesungguhnya semangat kami berpadu , mendokongi untuk menimba kejayaan dan kecemerlangan dunia akhirat. Ameen.

Syukuri Nikmat-Mu


Salam Ramadhan... Sekian lama, mencuri ruang untuk jemari ini kembali mencecah catatan di blog, akhirnya hasrat ini termaklum. Rupanya benar kata pujangga, masa adalah pencuri sejati, terasa baru sangat meniti awal ramadhan, sekarang masuk hari ke-11. Alhamdulillah, masih dibekalkan Allah dengan nikmat sihat, suami umi risau sangat jika umi tidak mampu melaksanakan ibadah ini. Berkat sucimu Ya Ramadhan.. Terimakasih, Ya Rahman, Ya Rahim.. kasihmu sangat melata, buat hamba yang hina ini. Anak-anak umi cergas dan bersemangat, alhamdulillah. apatah lagi saat berbuka, senyumnya sampai ke telinga. Ramadhan ini juga, berkesempatan berbuka dengan ayahbonda di kampung. Seronok dan semua gembira, kemudian yang lelaki ke masjid, perempuan berjemaah di rumah. Ramadhan, diisi dengan pebagai program yang sukar dilaksanakan di bulan-bulan yang lain. Bertadarus, solat, tazkirah, muhasabah.. Subhanallah! Sesungguhnya syukurnya diri ini kerana masih dianugerahi 'ruh dan jasad' untuk menikmati semua ini.. Limpah kasih-Mu yang tiada sempadan biar terkadang terasa diri sangat tidak layak untuk menerima segalanya ini. Terimakasih, Tuhan..

Aug 14, 2009

Ahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum... Semanis ucapan salam, semanis itulah senyuman yang diukir tika mengucapkan kalimah mulia. Ya Allah, demikian indahlah bicara inderalihat kita. Syukurlah kita masih boleh menikmati nikmat ini. Kali ini, umi ingin berkongsi cerita tentang program semalam. Jumaat, ada dua jemputan ceramah Ramadhan, isinya sama.. cuma cara dan audien yang berbeza.
Audien 1:
Umi bersama guru-guru Tadika. Kebanyakkannya masih muda (20 - 25 tahun) dan bersemangat. Hadirnya diwajibkan oleh pengurusan, justeru ada yang rela dan barangkali ada yang terpaksa. Namun umi hanya melihat wajah yang 'menadah ilmu' - ketika zikir, sebahagian menitiskan airmata. Alhamdulillah, Ramadhan dihayati, hadirnya disyukuri.
Audien 2:
Umi bersama dengan kaum ibu. Semua dah berumahtangga, kebanyakkan di penghujung usia (50-70 tahun). Ada seorang wanita berjumpa umi sebaik ceramah selesai.
Ibu: Boleh saya tanya umi soalan ?
Umi: InsyaAllah. Apa yang boleh saya bantu ?
Ibu: Saya ada 5 anak, 4 sudah selesai (belajar-berumahtangga) . Tapi yang bongsu ada masalah..
Umi: Bagaimana tu?
Ibu: Biarlah saya berterus-terang. Dia tak dengar cakap saya.. (nada sedih)
Inilah keluhan sebahagian kaum ibu. Keresahan gejala sosial remaja. Rata-rata anak yang tidak mendengar cakap ini lebih 'close' dengan pak we/mak we yang dijadikan tempat meluah perasaan. Ya Allah, bantulah ibu-ibu ini mendidik anak, anugerahkanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah. Semoga Doa menjelang Ramadhan dimakbulkan Ilahi.. Amen.

Aug 10, 2009

Cabaran Pulau Kapas - Practice Make Perfect


Khamis 6 Ogos 09' - Jam 10 malam, rombongan Pengawas SMKB ke Pulau Kapas. Berdepan dengan pengalaman dan cabaran yang baru. Bermula dengan naik bot laju ke pulau, kemahiran mengapung dalam air masin dan 'snorkelling' ( termasuk kena sengat 'landak laut' - fuh! sakitnya hanya Tuhan yang tahu.. apatah lagi dengan 19 lubang tertusuk sengat di kaki kanan ) Ya Rahman! Betapa anugerahnya segalanya itu.. Terharu dengan semangat 'teamwork' barisan guru pengiring, thanks to cg Salahudin - to be so sporting - cg Mutalib - sentiasa setia dengan celoteh lawak -, cg Rihta - urusetia yang mantop! , cg Roendah - so caring dan sabar , cg Halimaton - mencetus motivasi , tak lupa kak Zai dan anis yang sudi join! Hmm.. menceritakan pengalaman naik bot laju ni, mulanya takut.. kemudian seronok lah plak! Subhanallah begitu mudah berubah perasaan (namanya manusia). Apa yang umi dapat kongsi di sini ialah keberanian dan yakin pada diri - the world will be yours - selagi belum mencuba, kita belum tahu indahnya saat berjaya. Jika gagal, kita perlu cuba lagi.. dan lagi.. Usaha berterusan pasti buahnya jaya.. dan umi berjaya mengapung diri dalam air setelah beberapa tahun mencuba (terimakasih pada coach Roendah), barangkali 'nikmat jaya' ini, umi yakin untuk ikut group pergi 'snorkelling' di lokasi yang lebih indah, sekali lagi kami naik bot laju.. MasyaAllah.. indah sungguh pemandangan laut, batu karang, ikan-ikan yang menari di sekeliling ,warna-warni alam.. terasa sangat kerdil kudratnya insan. Program kali ni temanya 'Practice Make Perfect' - sekufu betul dengan segala pengisian, walaupun tak sepadat mana, tapi amat bermakna untuk semua . Program 'Explorace' dikendalikan oleh MT 09' cukup melelahkan, berlari sekeliling pantai. Akhirnya semua terjun laut! Umi lihat muka anak-anak yang puas, seronok (release tention belajar dan tanggungjawab pengawas seketika) .. Malam itu, ruang chalet 'Mak Cik Gemuk' digamatkan oleh slot 2 - Forum Gila - Subhanallah! tak sangka begitu kreatif, bertenaga dan sangat bekerjasama oleh semua. Kami tak kering gusi dibuatnya ( Thanks to anakanda Anis Shaari - kini bertugas di UiTM Merbok kerana sudi menyumbang bakti ) idea dan setiap patah kata peransang membina semangat anak-anak Pengawas SMKB. Marvelous! Sabtu - 8 Ogos 09' : kami ziarah sekitar Terengganu, paling menarik di Taman Tamadun Islam - seronok menjejak kaki ke masjid-masjid cantik di seluruh dunia dalam masa 1/2 jam! Terengganu... InsyaAllah kami datang lagi!

H1N1 - Gusarnya ...

Assalamulaikum.. Warga SMKB baru saja selesai mendengar taklimat H1N1 dari Pegawai Kesihatan Baling.. Hmm kegusaran dan ketakutan pada virus merbahaya ini bertambah. Ada anak-anak SMKB yang mula pakai topeng, alhamdulillah. Umi ... belum lagi kot! Jika mampu, secara jemaah atau sendirian, buatlah solat hajat tolak bala. Ini inzar, amaran Allah SWT untuk hamba-Nya menjelang kiamat. Umi difahamkan, virus akan merebak dan merosakkan fungsi sistem dalam badan mereka yang ada sakit kronik, namun ia bukan satu kelegaan pasti buat mereka yang normal, ajal-maut di tangan_Nya. Hanya DIA yang Maha Tahu, sebab dan asbab maut tiap insan. Mohon dijauhkan dari segala bencana. Nauzubillah..

Aug 5, 2009

Masa yang cemburu @ kita yang terburu ?

Assalamualaikum...
Su
bhanallah, betapa suntuknya masa, terkadang perlu dicuri. Teringat surah al-Asr, Firman Allah SWT - "Sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh" - Ya Allah, jadilah kami hamba yang sentiasa mengisi kekosongan masa dengan perkara berfaedah.. Ameen.
Sejak kebelakangan ini, sangat sibuk dengan urusan - lawatan pengawas ke Pulau Kapas - di samping menumpukan sessi petang dengan anakanda Nu'man -
bakal menduduki UPSR - , di sekolah, di rumah, antara sekolah dan rumah.. terisi dengan agenda yang dirancang tiap malam hari. Jemputan ceramah untuk Teknik Menjawab PMR-SPM harus dipenuhi, permintaan sahabat-sahabat untuk menyiapkan buku-buku yang masih tersadai di dalam laptop, kehendak anak-anak, jua permintaan diri sendiri..
Segalanya perlu ditimbangtara, disusun mengikut priority dalam tempoh 24 jam - masa amanah Allah SWT
- Ya Allah, berikanlah kekuatan untuk hamba sekerdil
ini menyempurnakan segala hajat insan disayang..

Tarikh 4 Ogos - ada sejarah dalam rangka program Teknik Menjawab.. Sehari bersama anak-anak dari SMKA, SABK dan KAA Pulau Pinang seramai lebih kurang 900 orang, cukup manis untuk dikenang. Terimakasih kepada JPN Pulau Pinang, terimakasih kepada semua yang memberi sumbangan.. Suami dan anak-anak tersayang sangat memahami perjuangan. Tak lupa, asma' yang sudi meneman. Gembira dengan semangat peserta, InsyaAllah pastinya kejayaan milik anda semua! Lebih manis, sebaik sampai di rumah, ada pula peserta yang menghantar mesej...
- Alhamdullah, pengisian yang diberi memberi kesan di jiwa. Syukur sangat...

Terimakasih TUHAN atas segala limpah-Mu.

- senyum peserta mendengar celoteh umi -

- semangat penuh enegetic anak-anak peserta -


zwani.com myspace graphic comments