Jom kita menyumbang untuk umat Islam di KEMBOJA !! Fisabilillah...

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Jun 30, 2009

Bunga-bunga CINTA SeMPEnA Hari LAhir

Alhamdulillah... Hari ini genap usia umi 39 tahun. Tambah seri, tarikh keramat ini dikongsi bersama dengan anak ke-2, Nubhan. Kejutan suami tersayang saat menjelang jam 12 tengah malam masih terasa. Panggilan telepon dari insan-insan yang mengingati tarikh keramat, jeritan mesej yang tidak berhenti dari jam 12 tengah malam. Ucapan dan pelukan kasih dari sahabat-sahabat seperjuangan di SMKB. Senyum lirik anak-anak pelajar dan alunan lagu 'Allah selamatkan kamu.. ". Tika membuka internet, teruja dengan ucapan hepi besday melalui blog umi. Terimbau kejutan sambutan harijadi di KRB 09' oleh anak-anak fasi dan urusetia. Segalanya adalah satu ANUGERAH! Ya Allah, menikmati ANUGERAH ini, menjadikan umi insan yang tidak berhenti bersyukur, terimakasih, Ya Tuhan.. Ya Rahman.. kerana limpahan kasih-sayang pastinya dari-Mu jua. Ikhlas memberi dan menebar kasih. Doakan umi sejahtera dunia akhirat, doakan ketabahan untuk hati dan jiwa yang lemah ini, doakan kesihatan untuk jasad ini. Ya Allah, janganlah kau paling palingkan nikmat ini. Terasa kehangatan silaturahim muhajirin dan ansar suatu dekad yang lalu.. InsyaAllah... Sesungguhnya, hari ini adalah hari mengingati saat getir ibu melahirkan. Al-Fatihah... Kudus doa untuk bonda tersayang (Arwah Munah Hj Abdullah) , kasih-sayangmu tak ternilai.. Terimakasih ibu...

- umi berkongsi birthday dengan anak ke-2, Nubhan -

Ucapan kudus, tazkirah untuk anak-anak kelas 3as 09' - hadiah gula-gula -

Kejutan kek harijadi dari kelas 3ka - Subhanallah !

Suapan tangan murabbi - ruhila (ketua kelas 3ka yang berkarisma)
disulami ceria ketawa anak-anak pelajar 3ka 09'



Jun 29, 2009

Syukurku Di Ambang 39'

Salam semua! Allahuakbar.. Sesungguhnya Anugerah ini segalanya dari DIA. Dari-Nya kita datang, pada-Nya jua kita kembali. Hidup ini adalah ladang akhirat. Terkadang leka menyinggah, lagha menjengah, alpa dilamun keindahan dan ujian dunia. Sesekali terasa sangat kerdil berbanding dengan insan lain. Anak-anak pelajar IPT datang ziarah ke bilik umi, membukit ilmu dengan langkah patriot membawa wadah Islam. Subhanallah, anak-anak muda itu begitu semangat menyumbang idea, bicara untuk adik-adik SMKB. Terimakasih. Ya Allah, suburkanlah jihad mereka, tautkan hati kami dengan talian iman, agar sentiasa mekar dan seiiring dunia akhirat. Menjelang usia, menyambut ulangtahun ke-39 ni ( 1 Julai ). Banyak yang terluah, tersirat. Syukur pada-Mu Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.... Umi syukur;
1. Anugerah usia : selepas menempuh segala kritikal ujian sakit bulan lalu. setelah bertungkus mengharung saat kritikal sakit di ICU, umi masih diberi peluang menyambut hari lahir ke-39 bersama insan-insan tersayang... Sayang Allah!!
2. Anugerah kasih-sayang : terasa sangat limpahan kasih suami, anak-anak, kaum-kerabat, sahabat, pelajar dan semua yang mengasihi atas nama ihsan, ukhuwwah fillah. Doa kalian adalah penawar sakit, membina jati diri melawan ujian Ilahi;
3. Anugerah sihat : manusia sering tewas melawan nafsu makan, Ya Allah.. setelah ujian ini umi lalui, barulah sedar erti 'makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang'. Sering berlaku ghalit dengan urusan dunia, terlupa makan sehingga gastrik menyinggah baru kelibut mencari ubat. Terkadang makan sehingga terlupa berhenti kerana terlalu enak! Baru kini umi memahami hasrat tersirat di sebalik sunnah. Sesungguhnya perut yang kosong, ubat penyakit hati dan malas.. Alhamdulillah. Terimakasih, Tuhan.. atas anugerah sakit ini. Aku, hamba-Mu yang sangat kerdil dan tiada upaya..

Doakan umi...

- sambutan harijadi umi ke - 38 (2008) -

Jun 26, 2009

KRB 09' - Kasih Tercipta!

Alhamdulillah, hanya DIA yang Maha Tahu betapa syukurnya atas kurnian ini. KRB 09' , terbina hasil idea Aminah, Ghani, terlaksana dengan restu pengetua SMKB, Cikgu Zul, terlakar dalam memory dengan kesungguhan, kehebatan dan rasa tanggungjawab barisan urusetia, fasilitator. Teruja dengan komitmen Marzuan,Wan Farhana, Nurulbadri seawal lantikan urusetia.. Buat Hasma yang terpaksa menangguh pulang untuk menyempurnakan tugas media dan dokumentasi, menyiapkan movie KRB untuk tatapan indah semua. Demikian juga Wan Nor, tampil di Kem sebaik turun dari Bas sebaik pulang dari UIA, demam pun belum kebah. Kesanggupan Shimah memikul beban tugas fasi atas nama 'bidan terjun'.. Terimakasih juga buat Syifaa' yang sudi menyinggah dan menyumbangbudi. Barisan urusetia lain.. Subhanallah. Jutaan terimakasih untuk Siti (bersilang tugas sebaik Urusetia Makan-minum serta tugas suri) Muriza yang merangkap tugas tarbiah, tegas memastikan semua peserta peka akhlak dan sahsiah sepanjang program, NurulIzzati yang merangkap su tugas khas, cekap dan sentiasa ceria menongkah hiba umi dan semua yang di sisinya, tidak lupa buat Badrul yang setia meneman pengarah... mengambil posisi urusetia yang tidak dapat hadir sepenuhnya... Ya Allah, terimakasih kerana memberi anugerah kasih anak-anak ini. Peserta kem, biar pada awalnya ramai yang bersungut kerana terkorbannya cuti hujung minggu, namun di hujung program ramai yang berhiba, bertangis sedih berpisah dengan fasi dan urusetia. Salam semut ilham Aminah, menyemarakkan kasih yang tercipta! Tahniah buat semua.. Semoga segala pengorbanan dan sumbangan kalian mendapat ganjaran dari Ilahi. Umi, sebahagian dari insan yang terlibat, memantau perjalanan program juga terkena tempias kasih ini, terasa hangat pelukan dari urusetia, fasi dan juga peserta.. Jika ada kekurangan dan ketidaksempurnaan, harap dimaafi. Sesungguhnya amat besar nikmat ukhuwwah bagi mereka yang benar memahami dan menghayati kerana pada ukhuwwah fillah inilah, tercipta kasih yang abadi, CINTA ILAHI! Segalanya ter'cipta' di KRB 09!!




- bergambar beramai-ramai -



- umi bersama fasilitator (aminah, unaizah dan wan) -


Jun 22, 2009

Di atas nama C.I.N.T.A

Assalamualaikum.. beberapa hari diterpa kesibukan kerja, menguruskan persiapan KRB 09, alhamdulillah, hari ini dapat juga menyambung bicara maya. Mencatatkan coretan, hasil pemerhatian insan kerdil di bumi Allah SWT ini. Umi sangat suka bicara pasal cinta, kerana bagi umi, manusia kerdil tanpa cinta. Cinta insan tanpa disulam cinta Rabb, cinta itu jadi pincang. Cinta Rabb tidak dihiasi cinta sesama insan, terkuburlah silaturrahim yang menjadi tunjang kekuatan ummah. Atas nama C.I.N.T.A lah, sebuah keluarga jadi ceria, sahabat tak lekang berhubung, musuh sukar mampir, riak meminggir. Pastinya subur ikatan iman, sebagaimana suburnya bunga-bunga cinta sesama insan. Semalam, tika makan di Warung berhampiran Bank Islam.. umi temui beberapa keluarga. Ayah dengan anak.. berjalan beriringan. Wajah si ayah subur ceria, wajah anak penuh semangat. Pastinya ayah membawa anak melengkapi dokumen untuk ke IPT. Umi disapa seorang bekas pelajar SMKB.
" Umi ke ni? Kurus nye.. umi sihat! " ramai yang tahu tentang umi yang baru sembuh dari kritikal dua bulan lepas.
" Alhamdulillah.. "
" Anak saya dapat USM. " si ayah berkata. Ada nada syukur di situ.
" Subhanallah... Syukur. " umi memegang tangan si anak, genggam erat.
" Sekarang nak uruskan hal-hal nak masuk U ni la.. "
" ok, ok... tahniah dari umi. Belajar rajin-rajin ek!"
Kami bersalaman. Peluk-peluk.. Umi tepuk bahu, tumpang bangga.
Mencuri panjang pada si ayah, yang membetulkan kedudukan.
Pastinya kedudukan yang agak kemas dan yakin, kerana anak kesayangan sudah jadi pelajar IPT.
Alhamdulillah.. sekitar umi, lalu-lalang.. ramai lagi pasangan ayah, ibu dan anak, anak dengan ibu. Umi doakan agar anak-anak ini sentiasa meletakkan ibu, ayah. Insan pendorong sehingga berjaya merangkul segulung ijazah. Minta jauh dari halangan, samada cinta atau budaya atau apa sahaja. Haruslah diingat atas nama C.I.N.T.A, korbankan dulu hasrat untuk berseronok.. berlibur tanpa batas, kerana keseronokan itu bersifat sementara. Hanya cinta Allah yang hakiki, cinta ibu dan ayah. Penuhilah impian mereka.. Di IPT nanti, jika ada pun cinta ajnabi yang menyinggang, jangan sesekali menggantikan taat cinta kita pada yang lebih berhak.. Salam perjuangan!

Feb 21, 2009

ADIK YANG HEBAT!


Anak umi yang bongsu, namanya Nuzman. Sungguh aktif, kelakar, cerdik, pintar, segak.. etc lah. Pokoknya he's so special and 'everything' to me and my family . Susuk badannya pun kemas, mantop! Bukan calang-calang orang boleh dukung dia lebih dari lima minit! Kalau pi 'shopping' pun, abi dia je la yang sanggup berkorban, itu pun kebas tangan bila sampai ke kereta. Adik memang hebat! Kelahirannya pun bukan ikut laluan biasa, satu-satunya anak yang lahir secara pembedahan. Detik kelahirannya pun, impak ujiannya tu sampai sekarang, bukan pada umi sahaja, yang lebih seriknya pada suami tersayang. Katanya "umi, no more kids k! abi tak mampu mengharungi ujian menunggu umi di luar bilik bedah lagi" ... Syahdu nyer.. Umi sayang abi!

zwani.com myspace graphic comments